Restaurant Review


Blackwood interior deco...sila abaikan cousin berbaju merah itu
Hari Raya makan banyak sangat lemang, ketupat dan rendang sampai dah muak. So ajak husband jalan cari makan di sekitar Perlis. Jumpa Blackwood Cafe di Arau yang sangat kontemporari dan chic. Jom tengok apa yang best.

Desserts and Pastries display area


Sue rambang mata tengok arrays of cakes yang sangat sedap dan pastries yang banyak dalam display area tu.


Interior deco at our table. Siap ada soft cushion dekat seat

Ok Blackwood Cafe, recommended dish is steak and chops. Sue order baked chicken rice with cheese, husband pula Chicken chop with apple batter, cousin pula Egg sandwich croissant, kids pula semestinya French fries dan nugget.

Baked chicken rice with tomato and cheese

Ni food yang Sue order, full of vegetables and cheese on top of tomato puree rice. Rasa sedap jugak, sesuai makan diwaktu masih lagi panas.


Chicken chop with apple batter and Blackpepper sauce 

Ni pula order husband. Ayam dimasak dengan baik dan tak kering. While blackpepper sauce yang dimasak menggunakan resepi sendiri sangat sedap. Tapi paling best Apple batter tu, rasa macam makan goreng pisang.

Kids tak sabar nak makan. Cuba tengok ada planes yang menghiasi bumbung kedai

Now...jom tengok dessert yang kami pilih pula iaitu Tall blackforest Cake.

Love the chocolate notes on plate

Kek ni sangat tinggi dan rasa sama dan serupa seperti Blackforest di Secret Recipe. Sepotong kek berharga RM 12.50. Ada banyak jenis kek yang boleh dinikmati seperti Red Velvet, Choc Moist, Carrot Cake dan banyak lagi. Coffee di Blackwood sangat sedap. 

Now Sue dah jumpa tempat untuk belanja clients dan lepak di Perlis sebuah cafe yang cosy dan senyap. Sesuai untuk minum kopi dan borak bersama clients. For those yang ada di Perlis, jangan lupa singgah ke Blackwood Cafe & Restaurant di Arau, Perlis.

Salam sayang,
Suhaili
(www.suerizal.com)






No comments:

Post a Comment