Saturday, November 28, 2020

Happy Anniversary to both of us!



 Phewww... alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tak sangka perjalanan hidup Allah permudahkan dan izinkan untuk sampai pada tahun 2020. The first time I heard about Wawasan 2020; I was 7 years old. Memang time tu pikir dah ada kereta terbang, rumah besar dan sangat successful dalam kerjaya. Time tu tak pikir nak ada suami dan anak. Hhahaha...




Alhamdulillah here I am, 29 years later...umur 36 tahun, I celebrated my 11th Wedding Anniversary with my enemy turned husband. Phewww rasa macam baru je semalam akad nikah. Nak cerita yang masa akad nikah tu, I memang nak lari balik rumah taknak kawen. Biasa pengantin perempuanla yang tak sabar-sabar nak cepat kawenkan? Kenal husband beberapa bulan je lepastu parents suruh kawen. So, time tu pikir betulke aku nak kawen ni...dengan career lagi. Iyelah time tu I taknak jadi surirumah & masak pun tak pandai.


Abah nikahkan...time tu 1st time nampak abah nangis & cakap dengan husband suruh jaga anak perempuan dia baik-baik.

Alhamdulillah sekali lafaz je sah bergelar isteri kepada encik Rosharizal bin Rosli. Ada satu benda kelakar terjadi time akad nikah tu tau. Time nak sarung cincin tu, cincin tak muat.hahahahha....dapat masuk separuh jari je... pengantin perempuan dah gemuk time tu. Hahahaha....

Sentuhan pertama, sarung cincin

Satu lagi benda kelakar time akad nikah tu ialah awning tudung ni. Awning tudung akad nikah ni sewa je daripada butik pengantin. Pengantin lelaki & perempuan time tu tak sempat nak prepare majlis kahwin sebab masing-masing busy dengan kerja. Baju nikah pun tak pegi buat. Awning tudung ni keras muncung..hahaha tak boleh encik suami nak cium dahi isteri. kahkahkah...