Wednesday, November 11, 2020

Jangan simpan sos dalam fridge



Hai semua,  artikel yang saya nak share harini ialah tentang pengurusan peti sejuk. Biasa kita panggil fridge sebab pendek nak sebutnya. Kalau sebut peti sejuk kan lambat. hhehehe... biasa mak-mak, mesti nak sumbat semua benda dalam fridge sampai penuh atas dan bawah. Bukan awak je yang buat macam tu...saya pun kadang-kadang buat benda yang sama.




No. 1: Bawang 


Bawang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk sekiranya masih tidak dikopek lagi. Tetapi bila sudah dibuang kulit, mestilah kene simpan dalam fridge ok.

No.2 : Rempah ratus 


Segala jenis rempah, serbuk kari, kurma, serbuk cili, coconut oil, minyak zaitun, vitamin dan multivitamin...tidak perlu disimpan di dalam peti ais.

No.3: Segala jenis sos dan kicap


Sos dan kicap tak perlu disimpan dalam peti ais. Tengok pada label makanan akan tertulis "simpan di tempat dingin dan kering" .
Apa jadi kalau simpan sos dalam fridge? Nanti sos tu jadi pekat, susah nak tuang. Jenuh nak tepuk bontot sos sampai sos keluar. hahahha....

No.4: Susu pekat


Ha...ini satu lagi benda yang selalu mak-mak simpan dalam fridge. Kalau kita baca label makanan pada tin, tertulis cara penyimpanan di tempat dingin dan kering. Jadi anda boleh masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam kabinet. Apa jadi kalau simpan dalam fridge? Sama juga susu pekat menjadi likat sampai tak boleh tuang keluar.

Tetapi pay attention untuk susu sejat atau evaporated milk. Yang ni you all kene masuk fridge lepas buka sebab ada tertulis di label "Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka".

No.5: Sapuan coklat


Haaa....ini satu lagi benda famous yang mak-mak masukkan dalam peti ais. You all tak perlu masukkan chocolate spread dalam fridge sebab coklat akan jadi keras susah nak sapu atas roti tu...gigih nak korek coklat pakai sudu nanti. Simpan saja dalam pantry cabinet bersebelahan roti putih. 

Tapi pay attention untuk kaya, butter, jem strawberry atau fruit jams...yang ni semua kene masuk dalam fridge selepas buka ye. Ada ditulis dilabel untuk simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.

No.6: Marjerin


Ini satu lagi bahan yang tak perlu disimpan dalam peti ais sebab bila you all simpan dalam peti ais, marjerin jadi keras. Dilabel makanan tertulis simpan di tempat kering dan dingin. Jadi masukkan marjerin dalam bekas kedap udara dan simpan dalam pantry.

Ok jangan lupa juga selalulah check tarikh luput makanan kita dan sentiasa bersihkan peti ais supaya bakteria tidak membiak. Pengurusan simpanan makanan yang baik boleh mengelakkan keluarga daripada mendapat keracunan makanan.


Biasa tak you all cuci peti ais? Saya gunakan multipurpose spray untuk bersihkan peti ais supaya bakteria tak membiak. Multipurpose spray yang saya suka guna ialah Biocleanz. Biocleanz ni guna Sea ion extract iaitu garam laut likat yang diperolehi melalui proses pengekstrakan khas yang menghasilkan garam bermineral tinggi.





Biocleanz bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, agen pembuih, bahan pengawet, racun serangga, pigmen berbahaya dan pewangi. Apa yang cool giler...biocleanz ni boleh cuci contengan dinding guna permanent marker dan semua kotoran degil yang susah dicuci di sofa, handbag, carpet, peti ais dan sebagainya.

Nanti ada masa, saya update video powernya Biocleanz ni cuci kotoran degil dengan lap jer.... 


Love from my old laptop, (I should ask dear hubby to buy me a new one!)
Suhaili Isa