Monday, September 14, 2020

Anxiety Disorder....macam mana perasaannya?



 Assalamualaikum,,lama Sue tak menulis dalam blog ni. Tahun ni agak busy dengan urusan bisnes dan keluarga. Kemudian kita masih lagi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sampai bulan Disember 2020. Harini Sue cuma nak share sikit cara yang Sue buat untuk lawan masalah Anxiety.

Sekarang ni penyakit Anxiety ni makin ramai yang hadapi lagi-lagi waktu perintah berkurung dan wabak pandemik Covid-19. Mungkin ramai yang masih tak tahu macam mana simptom Anxiety ni... antaranya;

  • Telinga rasa pekak
  • Sukar nak menelan rasa tercekik
  • Rasa perut berangin tapi tak boleh sendawa
  • Rasa tangan dan kaki kesejukan
  • betis dan kaki mula rasa lemah
  • Sesak nafas seperti lemas
  • Mata berpinar
  • Jantung berdebar laju
  • Dalam minda berfikir tanpa henti
  • Tak boleh fokus sebab cemas dan ketakutan
  • Tak boleh tidur malam sebab cemas
  • Takde selera makan
Sebenarnya anxiety ni boleh menyerang bila-bila masa je selepas kita mengalami trauma. Dalam kes Sue, Sue hadapi anxiety ni lepas Sue berdepan dengan kemalangan nyaris maut semasa memandu bersama 2 anak dalam kereta dan Sue sarat mengandung anak ke-3, 8 bulan. Trauma tu buatkan Sue tak boleh tido malam, tak boleh memandu, takut keluar rumah dan takut tinggal seorang diri. 

Bayangkan waktu Sue tengah memandu di lane tengah 80km/j tiba-tiba kereta hilang power enjin dan semua fungsi kereta mati sendiri. Power window tak boleh berfungsi, aircond tak berfungsi, hazard light tak berfungsi, kemudian dalam 200m di belakang 2 lori treler besar sedang laju ke arah kami. Ya Allah waktu tu Sue hanya menjerit Allahuakbar sebanyak 3 kali dan ajar anak-anak mengucap.

Sue jerit lagi Allahuakbar 3kali sambil halakan stereeng kereta ke tepi jalan walaupun tiada emergency lane sambil tangan kiri tekan banyak kali hazard light. Ya Allah lagi 100m lori belakang nak rempuh kereta, hazard light berfungsi dan lori belakang nampak signal hazard light dan mengelak kereta Sue. Terus Sue berhentikan kereta dan tarik handbrake dalam keadaan menggeletar...bawa keluar Arfa waktu tu 7 tahun dan Husna 5 tahun daripada kereta.

Dalam kepala waktu tu hanya bayangkan...anak-anak mesti hidup. Aku mati takpe...anak-anak mesti hidup. Sue call suami minta dia datang kat tempat kejadian. Suami waktu tu dia tak paham dan tak ambil  tahu pun trauma yang isteri dia hadapi sebab dia kata perkara biasa. Tapi diri yang mengalaminya masih trauma teruk menggigil tangan nak pegang stereeng dan tak boleh memandu selama 1 tahun pada tahun 2019.

Alhamdulillah tahun 2020 ni, Sue dah boleh atasi 60% trauma tu. Sudah boleh memandu dari Rawang ke Kajang tetapi masih tak boleh memandu waktu malam dalam jarak jauh. Setiap kali memandu, otak Sue akan berperang dengan bisikan yang kata "kejap lagi kau eksiden""kejap lagi kau mati" Haaa...yang nilah yang paling sukar sekali sebab kita gunakan sepenuh tenaga nak fokus pada pemanduan dan halang bisikan syaitan ni sambil berzikir.

Kalau memandu pun Sue akan drive di lane paling kiri. Jantung akan start berdebar bila Sue terperangkap dalam traffic jem. Waktu tu macam-macam dalam fikiran sampai kepala rasa macam ada beribu semut kecil dalam otak. Selalunya selepas Sue alami anxiety attack, Sue akan muntah banyak kali, badan rasa lemah dan pitam.

Macam-mana Sue boleh kurangkan trauma dan anxiety?

Benda paling sukar sekali bila nak sembuhkan anxiety tanpa ubat ni ialah...kita kene berdepan dan lawan ketakutan itu sendiri. Setiap kali Sue lalu jalanraya yang mencetuskan anxiety dan memori trauma tu datang balik....Sue akan jerit dalam kereta cakap pada diri sendiri "aku tak kan kalah lagi dengan trauma aku" "aku taknak kene buli dengan anxiety lagi"

Surprisingly....cara yang Sue buat tu sikit sebanyak dapat lawan takut dan block memory trauma.