Tuesday, January 7, 2020

7 Tips realisasikan impian dengan Vision Board 2020



Selamat Tahun Baru 2020 semua..... semoga tahun baru ini segala urusan kita dipermudahkan dan dilancarkan oleh Tuhan yang Maha Esa... 

Ok korang pernah dengar tentang VISION BOARD? Siapa pernah buat VISION BOARD? Honestly Sue selama bekerja di syarikat construction selama 8 tahun memang tak pernah bos suruh buat Vision Board. Diorang suruh kau kerja sampai penat jer....hahahahahah

Then....masuk tahun 2015, Sue belajar buat Vision Board bila start berniaga dengan SHOM & TDC. Rupanya....rahsia orang berjaya kat Malaysia dan serata dunia ialah VISION BOARD. VB ni macam visual apa yang kita nak capai dalam kehidupan kita letak dia depan mata kita....selalunya kita cari gambar dalam magazine yang bersesuaian dengan impian kita kemudian tampal di atas cardboard.Sue share example sikit kat bawah ni....

WWW.SUHAILIISA.COM

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

sooo....dah fahamkan Vision Board ni macam mana? Lebih kurang apa yang kita impikan untuk capai tahun 2020 ni, korang buat gambaran pada sekeping kadbod dan letak di tempat yang hari-hari korang akan tengok untuk motivasi diri.

eh...tiba masuk pulak soalan: "Sue...kalau surirumah nak letak impian apa?"

Allahuakbar....surirumah macam Sue jugak ada impian. Impian ni bukan bentuk material je. Kita boleh letak contoh impian personal improvement seperti:
  • Nak turun berat badan 10KG
  • Nak belajar agama
  • Nak sediakan bekal makanan sihat untuk anak
  • Nak buat tabungan duit RM 10,000
  • Nak masuk kelas memasak
  • Nak jadi ibu yang kurang marah dan tenang
  • Nak jadi ibu yang suka baca buku
  • Nak jadi isteri dan ibu yang lebih baik
ni semua boleh carik gambaran dalam internet dan buku-buku kemudian kita print atau gunting dan tampal di kadbod. Takpe!!! kau kene gelak dengan suami/mak/ayah/anak/kawan/sedara mara sekalipun..... biarkan diorang gelak. Yang penting bila kita dah buat Vision board dan hari-hari kita tengok impian kita belum tercapai....kita akan usahakan untuk capai. Barulah tak jadi angan-angan Mat Jenin..

7 Tips menghasilkan VISION BOARD

  • Dapatkan kadbod di kedai buku dengan harga RM 2 jer..
  • Senaraikan impian yang anda ingin capai di tahun 2020.
  • Tulis tajuk Vision Board yang sesuai. Contoh : Impian 2020 Suhaili Isa.
  • Cari gambar yang bersesuaian dengan impian yang anda tulis dan tampalkan di kadbod. Ingat impian anda mesti jelas. Contoh: Nak buat simpanan RM 10,000 
  • Letakkan dateline atau duedate setiap impian yang anda ingin capai supaya anda fokus usaha merealisasikan impian.
  • Tampal Vision Board anda di tempat yang mudah anda tengok setiap hari. Contohnya: Kat dapur bagi yang suka duduk kat dapur. Kat bilik tidur, kat dalam kereta atau kat mana-mana je yang anda mudah lihat...boleh juga dijadikan screensaver handphone
  • Pilih gambar yang memberikan emosi pada anda. Contoh: Gambar menangis kegembiraan bila anak lulus exam, melompat happy sebab duit simpanan bertambah


Menarik tak 7 tips yang Sue share ni? Nanti bila Vision Board korang dah siap, sharela gambar dengan Sue kat ruangan komen. Sue tolong doakan dalam setiap solat Sue InshaAllah... Sue doakan semoga semua impian tahun 2020 korang tercapai. Aaaaminnn....


Love,
Suhaili Isa