Tuesday, October 27, 2020

Sales RM 278,853 walaupun waktu COVID-19. Tahniah TDC



 Dalam pada banyak bisnes yang sedang mengalami masalah untuk menjalankan perniagaan waktu pandemik Covid-19 ni, Alhamdulillah bisnes online Sue bersama Sahajidah Hai-O dan kumpulan The Diamond Circle terus Allah limpahkan dengan rezeki pandemik. Bisnes hanya menggunakan handphone dan internet tapi menghasilkan jualan cecah RM 50,000 minimum. MashaAllah Tabarakallah..

Bulan September 2020 sekali lagi memecah rekod bila salah seorang team TDC berjaya meraih pangkat sebagai Diamond Sales Manager dengan jualan sebanyak RM 278,853. Congratulations DSM Mazura Ali yang menetap di Terengganu. Seorang ibu anak 2 yang cekal berusaha untuk berikan yang terbaik untuk keluarga. Tahniah daripada saya, Suhaili Isa dan kumpulan. Moga kejayaan Mazu menjadi inspirasi untuk semua rakan kongsi bisnes TDC. 


Tahniah DSM Mazura Ali


Bukan itu je, bulan September 2020 juga kami raikan kejayaan 34 orang biz partner TDC yang berjaya hasilkan jualan 4 angka secara online sama ada berniaga part time ataupun full time. Tahniah buat rakan kongsi #teamsuhaili iaitu Shikin Sapian dan Sawiyah Samsudin. Mereka masih bekerja sebagai kerani pentadbiran dan juga Quantity surveyor tapi masih mampu berniaga selepas waktu kerja. Hebat....saya bangga dengan semangat harimau mereka.





Tahniah juga saya ucapkan kepada 34 orang lagi team The Diamond Circle yang berjaya menghasilkan jualan 4-5 angka walaupun dalam keadaan ekonomi merudum disebabkan pandemik Covid-19. 




Waktu sekarang, bisnes online merupakan jalan paling terbaik dan paling cepat untuk kita mulakan perniagaan dengan kos paling minimum. Kita hanya perlu belajar selok belok cara marketing online alaf baru menggunakan Zero Kos Marketing teknik. Kalau coach bisnes luar, mereka kenakan caj minimum Rm 150 untuk belajar teknik zero kos marketing. 

Benda yang menariknya, saya bantu semua rakan kongsi perniagaan teknik berniaga secara online dengan hanya perlu mendaftar sebagai ejen sah SHOM & team TDC dengan RM 47 sahaja. You all yang mendaftar sebagai ejen akan terus dapat previlege:

  • Website e-commerce seperti lazada, fashionvalet, shoppe dengan payment getway sendiri secara PERCUMA.
  • Hardcopy buku "Cara Pukau Pelanggan" dan "Teknik Zero Kos Marketing" secara PERCUMA.
  • Personal coaching bersama mentor secara PERCUMA seumur hidup anda dalam bisnes.
  • Belajar cara buat income RM 500 sebulan dengan pantas secara berniaga online.
  • Daftar sahaja terus dapat 1 produk percuma (Teh tarik MinCha tanpa gula) yang boleh diniagakan terus.
  • Support sistem daripada kumpulan untuk bahan posting, testimoni,artwork, video, caption dan lain-lain secara FREE. 

Bagi yang nak mulakan perniagaan sendiri dan hasilkan extra income minimum RM 500 sebulan, terus je KLIK LINK DI SINI  tekan gambar ikon orang di penjuru kanan di atas. Terus login sebagai customer dan Sign up as Distributor. 


Next entry saya nak share Tips Di Dapur untuk Ibu-ibu. Bookmark tau blog saya ni.

Salam sayang, Suhaili Isa.

Saturday, October 24, 2020

Resepi Choc Chip Muffin untuk orang diet



 Assalamualaikum gais, lama saya tak menulis kat diari ni. InshaAllah, saya try upload 3 artikel setiap minggu untuk sharing pengalaman harian yang saya dapat ye. Harini nak share tentang GULA. Kebetulan business partner saya,Raihani Ramelan pergi buat medical checkup untuk papsmear & breast care. Doktor nasihatkan untuk kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.

Kata doktor "Gula macam  racun buat badan" pangg....rasa macam kene penampar sebab saya suka makanan manis jugak. heheheh Orang Malaysia penduduk yang memang mewah dengan makanan dan suka mencuba makanan. Tengok je berapa ramai bloggers, youtubers, influencers yang suka cuba cafe hipster & makanan hipsters.

Tak percaya lagi? Cuba pulak tengok berapa ramai orang Malaysia yang mengalami masalah kegemukan, perut buncit dan kencing manis? Seramkan? Entah-entah kita yang sedang gemuk, perut buncit dan kencing manis.Huhuhuhu.....ok that's another story.

Benda manis memang jadi kegemaran orang. Ramai yang tak sedar yang "sweet things" itu seringkali bawa penyakit manakala yang pahit itulah ubat. Bukan tak boleh ambil makanan manis, boleh saja. Makanan manis seperti buah kurma, buah-buahan anggur jadi zat untuk otak yang cerdik. Cuma makanan manis seperti kek, biskut, air manis, teh tarik susu pekat dan dessert ni yang menjadi perosak dan racun pada badan. Jadi, ambil gula putih dalam kuantiti terkawal ok!

Cerita pasal makanan manis ni, saya try nak buat Choc Chip muffin tapi kurang gula. Dekat pantry ada pemanis sucralose "sweetality" jadi dalam fikiran "why not I try bake muffins with sweetality and see how it tastes". Saya bagi tengok gambar dululah ye. 

Choc chip muffin, sesuai untuk breakfast dan minum petang


Saya suka mat salleh style muffin yang naik gebu tinggi menjulang dan besar-besar muffinnya. Dulu di KLCC di ground floor ada satu outlet bakery kecil je yang jual muffin cranberry, muffin walnut yang gebu dan besar. Lupa nama kedainya, berdekatan dengan pintu masuk laluan subway LRT KLCC. Muffin di situ sumpah menyelerakan. Ok berbalik pada resepi muffin kurang gula dan kurang kalori, ini resepinya saya tuliskan di sini.

Bahan :

2 cawan (315gm) tepung naik sendiri

1 sudu besar (13gm) baking powder

1 sudu kecil (5gm) baking soda

1/2 sudu kecil(2.5gm) garambuluh beralkali

1/2 cawan (114gm) butter tanpa garam dicairkan

1 cawan (200gm) gula (tapi saya tukar dengan 5 cubit gula sweetality 5gm)*

2 biji telur

1 cup (250ml) susu segar/ buttermilk/susu tepung

1 sudu besar (15ml) ekstrak vanilla

100gm semi sweet chocolate chips


ok aunty semua, ini bahan untuk muffin - Nuha 2 years 6mos old already


Cara buat:

1. Panaskan oven 180 darjah celsius. Griskan muffin pan atau gunakan muffin cup.

2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung,  baking powder, baking soda, garambuluh dan choc chips.  Letak tepi.

3. Dalam sebuah mangkuk lagi, pukul butter cair, gula sweetality, telur, susu dan esen vanilla. Pukul sebati. Kemudian masukkan bahan kering tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati dengan bahan basah.

4. Bahagikan bancuhan kepada 12 muffin dan bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 5 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180 darjah celsius dan bakar lagi selama 15 minit. Jangan terlebih bakar sebab nanti muffin jadi kering berderai.

5. Selepas oven bunyik "ting" tanda muffin dah masak, biarkan sejuk 10minit sebelum makan. Takut melecur pula lidah kalau makan panas-panas.


Gebunya  muffin kids buat nih...bau harum semerbak


    Untuk  kandungan nutrisi pula saya share di sini ye. Kalau ikut original recipe dengan guna 200gm gula, 1 biji muffin = 367 kcal (pengsan makannya untuk orang tengah menjaga kesihatan seperti saya)

Saya tukarkan 200gm gula putih dengan 5gm sweetality sukralosa 20 kalori, dapatlah turunkan 1 biji muffin = 262 kcal. InshaAllah nanti saya cuba kurangkan tepung pula untuk turunkan kalori bawah 200 kalori per muffin pulak. Doakan ye.

Walaupun saya tukarkan gula dan kurangkan kauntiti gula; lega yang rasa muffin masih sedap untuk anak-anak makan. Nak strict sangat tak bagi mereka makan benda manis pun tak boleh jugakan? Jadi saya sebagai mommy kene bijak ubahsuai resepi untuk kesihatan anak.

Kenapa pentingnya saya tukarkan gula biasa kepada sweetality?

Gula sweetality ialah gula tebu campuran sukralosa yang melalui proses Flavour Infusion Factor (FiF).  Teknologi FiF ini menyingkirkan kalori dan semua bahan kimia yang bahaya untuk tubuh dalam gula tebu. Setelah melalui proses FiF, gula sweetality hanya 4kalori sahaja untuk 1gm penggunaan tetapi masih kekalkan rasa manis.

botol kecil Sweetality hanya pakai 1gm sahaja. Saya hadiahkan ini untuk ayah yang mengalami diabetes. Alhamdulillah penyakitnya terkawal.

Sweetality didatangkan khas dengan sudu khas 1gm penggunaan.

Jadi anda TIDAK PERLU menggunakan gula yang banyak dalam makanan seharian. Hanya 1gm atau secubit sweetality je dah cukup untuk memaniskan senyuman. Sesuai untuk mereka yang ada diabetes dan mereka yang ingin menjaga kesihatan tapi taknak hidup tawar rasanya. Doktor pun nak rasa manis juga sekali sekala...apa salahnya kita ambil kurang gula, kurang kalori tapi masih rasa manis kan?

Begitu juga anda dah TIDAK PERLU ambil pemanis tiruan seperti maltodextrin, aspartame dan pemanis tiruan yang lain kerana Sweetality dihasilkan daripada tumbuhan organik.

Bagi yang nak hadiahkan SWEETALITY untuk ibu ayah atau nak guna untuk kegunaan sendiri, apa kata you all terus je  KLIK LINK DI SINI dan klik pada (shop nutritional food & beverage) pergi kepada Sweetality Granulated Sweetener.

MASUKKAN KOD DISKAUN "7BA57C8" untuk mendapat diskaun 10% anda.


Selamat Mencuba Resepi Choc Chip Muffin untuk orang diet. Nanti dah cuba resepi, share feedback anda di komen ye. 

Love, Suhaili Isa