Saturday, May 2, 2020

Carousell tempat shopping Preloved best & murah!



Morning you all.... harini rasa nak share pengalaman Sue dah nak masuk 4tahun 9bulan jadi penjual dan pembeli tegar dekat Carousell. Korang pernah dengar tak Carousell? Carousell ni lebih kurang macam Mudah.my tapi interface apps dia lagi menarik sebab team Carousell pandai buat sorting produk ikut demand semasa & up to date.


Pergi pada Apps store dan cari apps CAROUSELL

Ok setakat ni Sue banyak beli baju designer preloved macam Jovian, Rizalman, Fiziwoo, Mimpikita dengan harga serendah RM 50 kualiti baju macam baru keluar kedai. Bukan tu je...perabot rumah pun ada yang Sue beli preloved brand Ikea dan SSF. Condition perabot pun tiptop macam baru keluar kedai.


Eames Chair

Kerusi eames ni perabot pertama yang Sue beli daripada Carousell. Eames chair daripada SSF ni kalau brand new harga dalam RM 130 macam tu. Sue pulak memang nak carik eames chair warna hijau. Jumpa seller ni dia nak pindah rumah so nak clearkan barang rumah. Guess how much Sue dapat eames chair SSF ni? RM 45 jer dan condition kerusi dah setahun lebih tak rosak. Jimat duit RM 85.
Korang boleh jugak beli daripada shoppe tapi pre-orderlah shipping from oversea.


MALM Chest Drawer Ikea

 Chest drawer ikea ni memang lama dah Sue aim nak beli. Tengok harga kat Ikea sebenarnya taklah mahal...3 layer drawer ni brand new kat IKEA baru RM399. Tapi Sue dah terbiasa cari barang harga bawah daripada bajet dan kualiti barang tiptop...alhamdulillah dapat MALM Drawer Ikea ni dengan harga RM 145 daripada seorang business owner yang nak pindah rumah jugak. yeaayy...jimat duit RM 254 masuk tabung nak beli rumah ke-3.


Lindmon Table & Adde chair IKEA
Awal tahun ni Sue setup study area untuk anak-anak. So plan nak ada meja dan kerusi study. Memang tertarik sangat nak beli Lindmon table kat IKEA tu harga dalam Rm 100 tak silap. Kerusi ADDE Ikea tu dalam RM 38. Saja Sue scroll Carousell carik 2nd hand item berapa yang orang jual. Ternampak satu posting cikgu tiusyen nak let go meja ikea ni harga RM 40 je dan kerusi tu harga RM 20. Langsung tak buang masa contact orang tu dan beli cepat. hehehe... jimat RM 78.

Ada a few baju designer dan handbag designer yang Sue beli daripada Carousell jugak...contoh macam kat bawah ni. Biasa jugak kawan-kawan perli tak geli ke pakai barang 2ndhand? Tips dia..dapat barang terus basuh dengan dettol atau hantar dobi yang boleh basmi kuman sekali.
Fiziwoo Brand New: RM 400
Carousell Price: RM 100
Jovian Brand New: RM 85
Carousell Price: RM 25
Baju raya 2019 Nursing Kebaya RM 15
Travel stroller Halford Brand New : RM 550
Carousell Price: RM 50 we all bawak pegi London
Rico Rinaldi Kurung: RM 200
Carousell Price: RM 25
Rizalman Skirt Brand New: Rm 120
Carousell price: RM 50

Itulah beberapa barang yang Sue beli dan dapat berjimat daripada Carousell. Bagi yang belum berkenalan dengan Carousell tu...ini Sue share video interface dan user friendly apps Carousell ni.



Antara tips yang Sue boleh share semasa nak buat keputusan  membeli dan menjual dalam Carousell:

  • Pastikan seller mempunyai PROTECTION badge
  • Cari seller yang dalam lingkungan 25-50km dari lokasi kita
  • Elakkan membeli pre-order item daripada seller
  • Baca feedback yang diberikan oleh orang lain kepada seller/buyer
  • Untuk produk yang berharga lebih RM 100, elakkan transfer direct pada akaun seller untuk mengelak penipuan
  • Cari seller yang boleh COD atau kita boleh buat SELF Collect item
  • Bila nak pegi COD atau Self collect barang, jangan pergi sorang diri ye. Bawalah teman sekali.

Ok enjoy shopping sambil berjimat dengan Carousell.
Boleh dah survey baju raya idaman you all kat Carousell.


Love,
Suhaili Isa



No comments:

Post a Comment