Sunday, April 26, 2020

9 Rahsia Kekal Sihat Sewaktu Berpuasa



Assalamualaikum readers, Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa. Tahun ni specialkan sebab kita berpuasa dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid-19 yang menyerang tahun 2020.

Next 10 years...kita dah boleh cerita pengalaman pahit dan manis kita berjuang melawan virus Covid-19. Time tu Sue dah umur 46 tahun dah nak cecah 50an dah. InshaAllah panjang umur boleh baca balik artikel ni. Pejam celik dah masuk Ramadhan-3 dah kita berpuasa. Seronok Ramadhan kali ni boleh solat terawikh dengan husband kat rumah sebab masjid dan surau tidak dibenarkan untuk solat berjemaah. Tahun sebelum ni, Sue buat terawikh di rumah je kenangkan anak-anak kecik lagi.

Bulan Puasa ni selain kita menahan lapar dan dahaga...kita juga perlu menjaga kesihatan badan jugak untuk melakukan ibadah. Terutama sekali ibu-ibu dan para isteri. Kita kene bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur dan solat sunat. Ibu dan isteri perlukan tenaga berpanjangan untuk meraih pahala berganda. Jadi...jom ikuti beberapa tips kekal sihat sewaktu berpuasa.

  • Makan makanan tinggi fiber, makanan berserat dan bernutrisi sewaktu sahur. Kenapa perlu fiber? Makanan tinggi serat ni bantu kenyangkan perut lebih lama dan membantu turunkan berat badan. Antara makanan terbaik yang boleh diambil ialah brokoli, pasta, oats.
  • Bagi yang tak boleh makan makanan berat waktu sahur, Sue suggest korang ambil protein drink dengan fiber supaya perut kenyang. Antara protein drink yang Sue suka ialah Shake me cocoa.
  • Jangan kembali tidur selepas sahur dan teruskan untuk solat sunat Subuh dan solat Subuh.
  • Elakkan berbuka dengan minuman sejuk dan berais untuk mengelak perut kembung.
  • Mulakan berbuka dengan buah kurma atau buah-buahan untuk meningkatkan kandungan gula dalam darah.
  • Minum minuman panas seperti kopi minkaffe yang boleh meneutralkan asid perut untuk mengurangkan masalah gastrik & pedih uluhati.
  • Makan sedikit dulu dan kemudian solat Maghrib.
  • Elak makan berbuka dalam kuantiti yang banyak sebab perut akan terkejut dan sakit.
  • Ambil 8 gelas air masak sewaktu puasa ikut contoh yang diberikan.
    www.suhailiisa.com
    Cadangan minum air semasa puasa
Semoga 8 tips yang Sue share kat atas ni membantu kawan-kawan untuk kekal cergas, bertenaga dan cantik sewaktu berpuasa. Orang yang berpuasa ni akan sentiasa nampak awetmuda kerana berpuasa dengan pengambilan makanan yang sihat boleh menyerap nutrien dengan baik untuk kecantikan wanita.

Orang perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan kecantikan betul tak?

Bagaimana SHAKE ME COCOA membantu mengenyangkan perut lebih lama ketika berpuasa?



www.suhailiisa.com
Kelebihan Shake Me Cocoa

No comments:

Post a Comment