Thursday, April 9, 2020

8 cara kuatkan sistem imunisasi melawan virus dan bakteria



Assalamualaikum everyone.... apa khabar semua? Harini dah hari ke 21 kita dalam perintah kawalan pergerakan kan? Kes Covid-19 kat Malaysia pun dah cecah 3,963 orang.


www.suhailiisa.com

InshaAllah Jumaat ni kita akan tau samada perintah kawalan pergerakan ni bakal dilanjutkan ataupun tidak. Bagi Sue sendiri yang ada anak bersekolah ni, Sue harap PKP ni diteruskan sehingga kadar jangkitan semakin menurun dan semakin perlahan. 

Haritu Sue terbaca antara nasihat doktor Imelda Bachin tentang jangkitan Covid-19 ni. Doktor Imelda tulis, mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang kuat boleh melawan jangkitan Covid-19 ni dengan sendirinya. Penderma plasma Reza Huzairi Zayn pun share yang dia pulih dengan cara kuatkan sistem imunisasi badan.

So... Sue nak share 8 cara kuatkan sistem imunisasi badan melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Vitamin C- Sue amalkan pengambilan 500mg vit C dan makan buah jambu, oren dan sayuran tinggi vit C macam brokoli dan bayam.

  • Tambahkan zink dalam diet harian - Sue ambil makanan seperti daging, ikan dan jugak minum kopi minkaffe yang ada kandungan magnesium dan zink.

  • Tambahkan makanan probiotik - makanan mengandungi probiotik ialah tempe, yogurt dan kimci. Tapi Sue banyak amalkan Prolicious drink untuk buang kolesterol sekaligus tambah bakteria baik dalam usus.

  • Makan Bawang Putih - bawang putih ini merupakan makanan semulajadi yang mengandungi natural antibiotik iaitu Allicin. Tapi Sue tak mampu nak makan bawang putih biasa sebab bau busuk. Jadi Sue amalkan Garlic Tablet tanpa bau busuk. Sendawa pun tak menyebabkan bau busuk. Jadi bila solat ganjaran pahala lebih besar. Kan umat islam disarankan bersugi sebelum solat supaya mulut tak berbau?

  • Makan lebih buah sayur - Ingat tau makanan harian kita mesti ada sayur dan buah.

  • Kalau taknak makan sayur dan buah, boleh blend buat jus tapi jangan letak gula. Kalau malas sangat nak blend jus, try lah Prolicious drink ada pelbagai jenis jus buah tanpa gula untuk kuatkan sistem imunisasi.

  • Dapatkan Cahaya Matahari - kenapa kene amek cahaya matahari? sebab cahaya matahari ada Vit D untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

  • Dapatkan tidur yang berkualiti- waktu PKP ni rasanya ramai yang dapat cukup rehat dan tidur kan? Tapi bagi mereka yang ada masalah insomnia, masalah depression, masalah susah hati fikir bisnes....Sue recommend korang gunakan Biovelocity sleepmate untuk tidur berkualiti.

Ok hope 8 tips ni bermanfaat untuk you all ok... Jangan lupa amalkan :


  1. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun/ hand sanitizer.
  2. Kekal di rumah dan jangan keluar rumah tanpa alasan yang kukuh.
  3. Pakai face mask apabila keluar rumah dan ke tempat awam/pasar.





No comments:

Post a Comment