Monday, January 13, 2020

Tips cepat sembuhkan HFMD pada anak



Assalamualaikum hai everyone...disebabkan babyNuha kene kuarantin selama 7 hari disebabkan jangkitan HFMD, so....banyaklah masa mak baby nak guna internet dan update blog. hehehehe....

Ni 1st time kami mengharungi pengalaman anak terkena jangkitan HFMD (Hand,foot,mouth disease) Selama 9 tahun jaga anak-anak....nak buat macam mana kan sebab ada segelintir parents yang terpaksa hantar anak2 ke taska/nursery/sekolah disebabkan tugas atau cuti takde. Takpelah.....biar orang lain pentingkan diri, jangan kita pentingkan diri sendiri sampai susahkan orang lain. 


Kisahnya babyNUHA start demam hari Khamis lepas. Pengasuh kata babyNuha start badan macam dedar nak demam. Hari Jumaat tu Sue tak hantar ke pengasuh bila nampak badan dia naik rashes. Lega kat rumah ada ubat demam dan lega jugak kakak ipar Sue doktor...jadi tak risau sangat. 

The next day Sabtu tu bila belek tangan,lutut, kaki, bibir dan mulut Nuha memang nampak dah banyak blisters dan ulcers naik. Patut dia tido malam merengek je sampai mak dia tak boleh tido. Terus ajak husband jumpa doktor dan doktor sahkan memang HFMD. Dapatlah sijil kuarantin kat atas tu.
(Bagi parents yang bekerja di sektor kerajaan, anda boleh mengambil cuti kuarantin 5 hari sekiranya anak mengalami HFMD. Tiada cuti kuarantin untuk sektor swasta)

ni Sue share sikit info HFMD dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (apa itu HFMD) 

HFMD ni tiada vaksin, tiada ubat dan parents hanya boleh bertabah mengharungi rengekan anak-anak. Tapi kalau ada tanda anak tak aktif, pucat, taknak makan dan minum....terus ke hospital berdekatan ok.

Ini antara simptom HFMD pada anak.

ulcer mulut di bibir, lidah dan tekak. Tak selesa dan anak akan selalu menangis. comot dah Babynuha asyik menangis sebab sakit.

rashes naik di tangan

rashes di lutut dan kaki juga di punggung
Sue ambil artikel di bawah daripada BLOG KpKesihatan.com klik SINI
Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit.
Virus akan tersebar daripada pesakit kepada orang lain (khususnya kanak-kanak) melalui:
  • Batuk atau bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Bermulalah episod kami mengemop lantai, membasuh mainan, basuh baju dan lap segala perkakas menggunakan dettol. Ok ini antara benda yang Sue gunakan untuk cepatkan proses kesembuhan babyNuha.

untuk melegakan demam

Untuk melegakan tekak dan ulcer mulut

untuk rendam mainan dan basuh baju 

untuk basmi kuman lepas ke tandas atau tukar lampin

untuk spray di kawasan yang dipegang oleh anak yang terkena jangkitan. Juga untuk mengawal virus INFLUENZA dan sebagainya


Antara makanan dan minuman yang Sue bagi untuk bagi tenaga dan mengurangkan dehidrasi ialah:
  • buah tembikai merah
  • buah betik
  • fruits popsicle
  • jus buah
  • beri air masak menggunakan syringe
  • bubur nasi
  • mashed potato
  • sayuran yang dikisar
  • tauhu
  • ayam kisar

Alhamdulillah harini dah hari ke-4 kami kuarantin di rumah. Diingatkan untuk parents supaya tak hantar anak yang terkena jangkitan HFMD, Influenza, campak dan penyakit berjangkit yang lain ke taska/sekolah/tadika dan pusat penjagaan sebab akan menyebabkan wabak berlaku. Mohon jangan bawa anak-anak ke tempat awam dan taman permainan walaupun anak-anak menangis meraung nak keluar rumah. 

Jadilah masyarakat yang prihatin dan ambil langkah kebersihan supaya membendung penyakit berjangkit.


" Wabak HFMD biasanya berlaku di pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah.'
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA
Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit ini, anda boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut:
  1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya;
  3. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih.
  5. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih;
  6. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.

No comments:

Post a Comment