Sunday, March 29, 2020

Covid-19 Malaysia: PKP Hari ke- 12



Assalamualaikum....it is day-12 of Movement Control Order(Perintah Kawalan Pergerakan) in Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan ni dah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. I know....everyone is getting anxious to get out from house.

Tapi kita sabar dulu ok.... Kementerian Kesihatan Malaysia jangkakan akan ada gelombang ke-3 bakal melanda Malaysia minggu depan. So...everyone please stay at home and do not go out to buy groceries for the time being. 

SITUASI TERKINI SEHINGGA 28 MAC 2020

Kes baru: 159
Jumlah kes: 2320
Kes sembuh: 320
Kematian: 27

Hari Jumaat 27 Mac, Perdana Menteri ke-8 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dah bentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 di Malaysia ni. Sue sharekan ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi kat bawah ni ok.

Thursday, January 23, 2020

Cara pakai Legging Thera Pants



Tengah HOT sekarang ni legging terapi kaki Thera Pants... ialah mana tak HOT nya... legging ni disulami dengan teknologi Far Infra Red untuk melancarkan peredaran darah, 13 batu terapeutik untuk melegakan otot tegang dan mengurut kaki.

www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

ok nanti Sue share details product dan review product dalam entry yang lain. Untuk entry ni, Sue share dulu cara pakai legging thera pants ni...

klik video youtube kat bawah ni ok...klik juga butang SUBSCRIBE dalam youtube untuk follow video terbaru Sue dalam channel "motherhood with suhailiisa"


Sue share sikit teaser feedback daripada pengguna yang dah berpuas hati dengan produk kami.



Haaa...ramai ejen jual Thera Pants nih...tapi apa beza Sue dengan ejen lain?

 InshaAllah Sue akan berikan perkhidmatan terbaik, selamat dan pantas serta memastikan pembelian customer berbaloi selesaikan masalah berikut:

  • kaki kebas
  • urat kaki bersimpul
  • kaki bengkak
  • kaki sakit
  • perut buncit
  • peha besar
  • punggung lebar dan jatuh
  • sakit lutut
  • kaki lenguh
perkhidmatan yang ditawarkan:
  • warranty seumur hidup
  • repair percuma untuk koyak,tercabut dan rosak
  • free diet consultation
  • free body weight management consultation selama 12 bulan
kalau malas nak whatsapp Sue tanya details...klik je link ni ok (pertanyaan lanjut)

www.suhailiisa.com

Monday, January 13, 2020

Tips cepat sembuhkan HFMD pada anak



Assalamualaikum hai everyone...disebabkan babyNuha kene kuarantin selama 7 hari disebabkan jangkitan HFMD, so....banyaklah masa mak baby nak guna internet dan update blog. hehehehe....

Ni 1st time kami mengharungi pengalaman anak terkena jangkitan HFMD (Hand,foot,mouth disease) Selama 9 tahun jaga anak-anak....nak buat macam mana kan sebab ada segelintir parents yang terpaksa hantar anak2 ke taska/nursery/sekolah disebabkan tugas atau cuti takde. Takpelah.....biar orang lain pentingkan diri, jangan kita pentingkan diri sendiri sampai susahkan orang lain. 


Kisahnya babyNUHA start demam hari Khamis lepas. Pengasuh kata babyNuha start badan macam dedar nak demam. Hari Jumaat tu Sue tak hantar ke pengasuh bila nampak badan dia naik rashes. Lega kat rumah ada ubat demam dan lega jugak kakak ipar Sue doktor...jadi tak risau sangat. 

The next day Sabtu tu bila belek tangan,lutut, kaki, bibir dan mulut Nuha memang nampak dah banyak blisters dan ulcers naik. Patut dia tido malam merengek je sampai mak dia tak boleh tido. Terus ajak husband jumpa doktor dan doktor sahkan memang HFMD. Dapatlah sijil kuarantin kat atas tu.
(Bagi parents yang bekerja di sektor kerajaan, anda boleh mengambil cuti kuarantin 5 hari sekiranya anak mengalami HFMD. Tiada cuti kuarantin untuk sektor swasta)

ni Sue share sikit info HFMD dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (apa itu HFMD) 

HFMD ni tiada vaksin, tiada ubat dan parents hanya boleh bertabah mengharungi rengekan anak-anak. Tapi kalau ada tanda anak tak aktif, pucat, taknak makan dan minum....terus ke hospital berdekatan ok.

Ini antara simptom HFMD pada anak.

ulcer mulut di bibir, lidah dan tekak. Tak selesa dan anak akan selalu menangis. comot dah Babynuha asyik menangis sebab sakit.

rashes naik di tangan

rashes di lutut dan kaki juga di punggung
Sue ambil artikel di bawah daripada BLOG KpKesihatan.com klik SINI
Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit.
Virus akan tersebar daripada pesakit kepada orang lain (khususnya kanak-kanak) melalui:
  • Batuk atau bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Bermulalah episod kami mengemop lantai, membasuh mainan, basuh baju dan lap segala perkakas menggunakan dettol. Ok ini antara benda yang Sue gunakan untuk cepatkan proses kesembuhan babyNuha.

untuk melegakan demam

Untuk melegakan tekak dan ulcer mulut

untuk rendam mainan dan basuh baju 

untuk basmi kuman lepas ke tandas atau tukar lampin

untuk spray di kawasan yang dipegang oleh anak yang terkena jangkitan. Juga untuk mengawal virus INFLUENZA dan sebagainya


Antara makanan dan minuman yang Sue bagi untuk bagi tenaga dan mengurangkan dehidrasi ialah:
  • buah tembikai merah
  • buah betik
  • fruits popsicle
  • jus buah
  • beri air masak menggunakan syringe
  • bubur nasi
  • mashed potato
  • sayuran yang dikisar
  • tauhu
  • ayam kisar

Alhamdulillah harini dah hari ke-4 kami kuarantin di rumah. Diingatkan untuk parents supaya tak hantar anak yang terkena jangkitan HFMD, Influenza, campak dan penyakit berjangkit yang lain ke taska/sekolah/tadika dan pusat penjagaan sebab akan menyebabkan wabak berlaku. Mohon jangan bawa anak-anak ke tempat awam dan taman permainan walaupun anak-anak menangis meraung nak keluar rumah. 

Jadilah masyarakat yang prihatin dan ambil langkah kebersihan supaya membendung penyakit berjangkit.


" Wabak HFMD biasanya berlaku di pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah.'
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA
Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala penyakit ini, anda boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut:
  1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya;
  3. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih.
  5. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin atau sabun dan air bersih;
  6. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.

Tuesday, January 7, 2020

7 Tips realisasikan impian dengan Vision Board 2020



Selamat Tahun Baru 2020 semua..... semoga tahun baru ini segala urusan kita dipermudahkan dan dilancarkan oleh Tuhan yang Maha Esa... 

Ok korang pernah dengar tentang VISION BOARD? Siapa pernah buat VISION BOARD? Honestly Sue selama bekerja di syarikat construction selama 8 tahun memang tak pernah bos suruh buat Vision Board. Diorang suruh kau kerja sampai penat jer....hahahahahah

Then....masuk tahun 2015, Sue belajar buat Vision Board bila start berniaga dengan SHOM & TDC. Rupanya....rahsia orang berjaya kat Malaysia dan serata dunia ialah VISION BOARD. VB ni macam visual apa yang kita nak capai dalam kehidupan kita letak dia depan mata kita....selalunya kita cari gambar dalam magazine yang bersesuaian dengan impian kita kemudian tampal di atas cardboard.Sue share example sikit kat bawah ni....

WWW.SUHAILIISA.COM

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

sooo....dah fahamkan Vision Board ni macam mana? Lebih kurang apa yang kita impikan untuk capai tahun 2020 ni, korang buat gambaran pada sekeping kadbod dan letak di tempat yang hari-hari korang akan tengok untuk motivasi diri.

eh...tiba masuk pulak soalan: "Sue...kalau surirumah nak letak impian apa?"

Allahuakbar....surirumah macam Sue jugak ada impian. Impian ni bukan bentuk material je. Kita boleh letak contoh impian personal improvement seperti:
  • Nak turun berat badan 10KG
  • Nak belajar agama
  • Nak sediakan bekal makanan sihat untuk anak
  • Nak buat tabungan duit RM 10,000
  • Nak masuk kelas memasak
  • Nak jadi ibu yang kurang marah dan tenang
  • Nak jadi ibu yang suka baca buku
  • Nak jadi isteri dan ibu yang lebih baik
ni semua boleh carik gambaran dalam internet dan buku-buku kemudian kita print atau gunting dan tampal di kadbod. Takpe!!! kau kene gelak dengan suami/mak/ayah/anak/kawan/sedara mara sekalipun..... biarkan diorang gelak. Yang penting bila kita dah buat Vision board dan hari-hari kita tengok impian kita belum tercapai....kita akan usahakan untuk capai. Barulah tak jadi angan-angan Mat Jenin..

7 Tips menghasilkan VISION BOARD

  • Dapatkan kadbod di kedai buku dengan harga RM 2 jer..
  • Senaraikan impian yang anda ingin capai di tahun 2020.
  • Tulis tajuk Vision Board yang sesuai. Contoh : Impian 2020 Suhaili Isa.
  • Cari gambar yang bersesuaian dengan impian yang anda tulis dan tampalkan di kadbod. Ingat impian anda mesti jelas. Contoh: Nak buat simpanan RM 10,000 
  • Letakkan dateline atau duedate setiap impian yang anda ingin capai supaya anda fokus usaha merealisasikan impian.
  • Tampal Vision Board anda di tempat yang mudah anda tengok setiap hari. Contohnya: Kat dapur bagi yang suka duduk kat dapur. Kat bilik tidur, kat dalam kereta atau kat mana-mana je yang anda mudah lihat...boleh juga dijadikan screensaver handphone
  • Pilih gambar yang memberikan emosi pada anda. Contoh: Gambar menangis kegembiraan bila anak lulus exam, melompat happy sebab duit simpanan bertambah


Menarik tak 7 tips yang Sue share ni? Nanti bila Vision Board korang dah siap, sharela gambar dengan Sue kat ruangan komen. Sue tolong doakan dalam setiap solat Sue InshaAllah... Sue doakan semoga semua impian tahun 2020 korang tercapai. Aaaaminnn....


Love,
Suhaili Isa