Thursday, November 7, 2019

Hadiah birthday suami: Travel ke Phuket



Happy 35th Birthday encik husband,Rosharizal Rosli. Birthday dia bulan September, tapi bulan November baru nak update blog..kihkihkih...janji wife abadikan kenangan dalam blog nih... kali ni wife hadiahkan husband ME time pegi tournament futsal di Phuket, Thailand.

Phuket International Airport
Sejak kitorang kahwin lagi tahun 2009 lagi rasanya member sekolah husband dah setup Permai Futsal Club ni . Balik raya kampung husband belah Perlis, mesti diorang meet up pegi futsal match. Cuma tahun 2017 diorang start buat International tournament. Tahun 2018 diorang ke Jakarta Bandung untuk futsal match, tahun 2019 ni diorang ke Phuket pulak untuk tournament. Congratulations guys...



Match start 19hb September which jatuh hari Birthday husband yang ke-35. Tapi disebabkan tuntutan kerja & mem besar nak celebrate birthday, encik husband bertolak ke Phuket 20hb September.


Sue yang tengok gambar match diorang pun excited sebab ada satu gelanggang futsal tu atas air tau. Maksudnya diorang main futsal sambil kene hayun ombak. Perghh confirm best...tapi kalau Sue confirm muntah.Hahahaha... nah cuba korang tengok..






Cool kan? ok long story short...husband sampai airport Phuket pun dah malam terus ambil grab balik ke villa. Kat Phuket everything is expensive sebab tourist attraction. So korang prepare siap-siap enough money kalau nak ke Phuket. Villa encik husband stay dengan team members memang luas dan besar.