Wednesday, May 22, 2019

DIY Wainscoting murah,bajet bawah RM200



Dah masuk 17 Ramadhan ni, Sue plan nak deco sikit rumah. Dah setahun duduk rumah ni baru nak start deco rumah. Almaklumlah tahun lepas sis bersalin dan berpantang bulan puasa dan raya. Tak sempat nak deco rumah pun. Terus masuk dan susun perabot daripada rumah lama.

so...penat fikir idea apa nak deco untuk rumah yang Sue boleh buat sendiri dan menjimatkan. Tengah scroll kat Pinterest...ternampaklah design wainscoting yang tengah hot sekarang. Wainscoting ni nampak elegan, moden & polish. Boleh save tenaga dan duit daripada beli cat dan cat dinding rumah. Sue share sikit some ideas yang Sue browse kat Pinterest ye...





Kalau nak upah contractor buat, ambil masa nak pilih supplier and check quotation...so Sue decide why not buat sendiri je...sebab ilmu ID, Build & Construct memang husband & wife punya forte. Malulah kalau tak reti buat.hahhahaha...toksah letak title engineer kat nama.huhuhuh.....

Sue jumpa satu kedai kat Sungai Buloh nama dia Floor World.Floor world ni supply tiles, board, frames, wallpaper, blinds daripada korea. Sue share address kat sini.


Floor World Sungai Buloh
Jalan Sungai Buloh,
Kampung Baru Sungai Buloh,
40160 Shah Alam, Selangor


Kat FloorWorld ni ada dah frame yang siap install, tinggal kita just gam je kat dinding. Harga pulak starting from RM20/ frame. Tapi design wainscoting yang Sue nak buat takde ready made frame size, jadi Sue ambil pre-cut lepastu nanti gam sendiri jadi frame empat segi.

Ada macam-macam jenis material untuk buat wainscoting ni. Ada yang pakai kayu dan board. Tapi Sue pilih PVC Material.




Kalau you all nak design style mewah tu...korang boleh pilih European Line series ni... Harga pulak Sue share kat sini ye...quite cheap untuk Standard Line.




Big boss tengah riki nak tukar tile kot eh?
Nak cepatkan proses bila cari barang kat Floor World ni, korang print sesiap idea wainscoting yang korang nak. Lepastu bawak sekali gambar dan ukuran dinding rumah korang. Kemudian pegi je terus tanya technical team diorang yang available kat Floorworld tu supaya diorang boleh bagi suggestion dan quote price.

Sue just nak buat simple design je untuk 1 dinding, so...dia quote kami harga RM 163 termasuk wainscoting, gam, filler & caulk gun.



Antara barang yang we all beli....
1. Chair Rail / Wainscoting Cap
2. Mold frame
3. Heavy duty Super Glue
4. Adhesive
5. Caulk Gun





Cara nak buat tu senang jer....korang install heavy duty super glue tu pada caulk gun, lepastu korang letak gam pada setiap hujung panel wainscoting. Lepastu lekat wainscoting pada dinding dan tekan dalam masa 10-20 saat. Kalau you all sorang je yang buat, boleh guna masking tape untuk lekatkan panel pada dinding sementara glue tu "set".

Ooooo....sis lupa, benda paling penting korang kene ada ialah timbang air (water level) bukan penimbang berat badan korang tu tau... haa ni nah akak share gambar.. brand Stanley ni baru Rm59.90 jeee

Fungsinya untuk make sure level frame korang tu sama dan straight. kang...senget benget frame kalau main lekat ikut dannn je kan? hehehe...




Ok... ni Sue tunjukkan hasil simple wainscoting design...ampunkan sis sebab sis buat dengan kehadiran baby 1 tahun melekat kat kaki dan 2 orang anak lagi berlari-lari di belakang. Lega semalam husband balik kerja awal...dia tolong lekatkan frame lepas sis ukur dan tanda centre line pada dinding.


sebelum
Selepas
ok....siap dah dinding raya ku.....kalau ada mood dan datang saka rajin...Sis cuba siapkan dinding lain dengan design wainscoting yang lain pulak...



By the wayyy....Sue nak share promo Premium Beautiful untuk musim raya ni...tak pernah seumur hidup ada SALE 50% DISCOUNT ni...
Korang terus je contact Sue untuk grab PB harga murah sekarang tau.
Admin Bengkungpalinghot- 0126842560