Tuesday, April 2, 2019

Selamat Pengantin Baru Ira & Rais



Lama sangat takde kenduri kahwin dalam family Sue lepas Sue kawen 10 tahun lepas.Alhamdulillah tahun ni dapat bertungkus lumus untuk siapkan walimatulurus cousin Sue bersama pasangan pilihan hati. Cousin Sue ni kiranya cousin yang rapat dengan Sue. Daripada dia baby lagi, Sue jaga dia.



Selamat Pengantin Baru buat Iya dan Rais. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke Jannah. Majlis nikah dan persandingan dibuat selama 2 hari. 16Mac tu tarikh pernikahan dan 17Mac pula tarikh persandingan. Jom kita tengok ragam masa hari pernikahan 16Mac tu. Masa hari nikah tu juga Sue buat kenduri doa selamat untuk baby Nuha yang dah masuk 1 tahun. Sue panggil kumpulan Marhaban memeriahkan majlis.



Alhamdulillah dengan sekali lafaz, terus sah bergelar suami dan isteri. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab suami dan isteri serta ibu dan ayah dengan sebaik mungkin.



Lepas majlis pernikahan, ada majlis Marhaban pulak kat rumah pengantin perempuan serta jamuan untuk para tetamu.





Lepas selesai majlis pada hari Sabtu tu, we all continue siapkan goodie bags untuk 1000 orang tetamu. Berpeluh keti jugak nak siapkan goodie bag dan hantar ke dewan. Lega encik husband bawak kete 4WD, boleh sumbat semua kotak dalam kete dia.


Pengantin kata nak tema Hijau Emerald Green dan Silver Grey...jadi tu dia beratur goodie bag emerald green untuk para tetamu.Kami letak cookies choc chip dan chocolate nips untuk para tetamu yang hadir.

Hari Ahad 17Mac tu, seawal pukul 9am ayah Sue dah suruh semua orang pegi dewan untuk setting dewan. Cousin Sue ni dah kehilangan ayah tahun 2016. Jadi ayah Sue la yang jadi leader dalam urusan walimatulurus. Tepat jam 12noon, pengantin pun sampai diiringi kompang, selawat dan flower girls lagi. Korang tau sapa jadi flower girls? Ni budak bertuah 2 orang kat bawah ni.


Dewan Komuniti Batu Muda kat Batu Caves ni Sue suka sebab siap ada aircond, tandas, surau lelaki perempuan, changing room dan sewa pun murah je RM 1500.


Makanan untuk para tetamu daripada catering yang bagi Sue memang harga berbaloi dan sedap. Ada menu ayam goreng rempah, daging masak hitam, gulai ikan masin nenas, acar buah, papadom, gulai kambing, ice cream stall dan dessert stall.


Hiasan pelamin dan dekorasi dewan jugak bagi Sue memang cantik dan naik seri pengantin dan dewan bila bergambar. Memang macam raja seharilah. Nanti Sue listkan semua vendor untuk majlis perkahwinan ni beserta bajet ye. Mana tau kalau korang tengah planning untuk kahwin, boleh dah start buat persiapan.

Ok...jomlah tengok gambar sekitar majlis resepsi Ira X Rais...