Thursday, March 14, 2019

Travelog: Day 2: London Tour by Big Bus



Dah 3 bulan balik travel, baru ada masa nak upload travelog ke London musim sejuk bersama anak. Bagi yang nak baca prequel entry ni, boleh klik kat SINI ye.

Hari ke-2 kami di London, plan kami nak naik Big Bus dan pusing kota London. Kami beli 2 days London Pass daripada website Klook Book your Pass here
Kami dapat harga diskaun yang murah RM 417/PAX untuk 2 hari. 

London Pass ni berbaloi beli sebab korang tak perlu lagi bayar entrance fee untuk masuk melawat tempat-tempat tourist attraction di kota London tu. Awal pagi hari ke-2 tu kami ambil tube underground dari Paddington station ke Trafalgar Square. London pass tu kene collect dekat Tourism Island di Trafalgar Square.



Lepas collect pass, kitorang jalan-jalan dulu ambil gambar di sekeliling Trafalgar Square.






Baby Nuha 8months old survive the 2 degree temperature. Alhamdulillah

Bergambar dihadapan National Gallery
Memandangkan waktu musim sejuk ni siang pendek dan malam pula panjang...sekali sekala hujan turun pada waktu pagi dan tengahari. Jadi trip kami sedikit tergendala disebabkan cuaca dan musim. 

Bila travel on foot dengan bawa baby pada musim sejuk ni...pastikan you all bawa kelengkapan seperti:
1. Travel stroller yang sesuai
2. Rain cover untuk stroller

3. Stroller warmer untuk pastikan baby tak kesejukan 
4. Tambahkan jugak dengan baby carrier atau baby sling supaya baby rasa selesa dalam dakapan badan semasa menyusu.