Tuesday, January 15, 2019

Infinence Mask....Topeng Muka?



Siapa suka pakai topeng muka? Hehehehe...gelihati pulak tengok ayat topeng muka tu...teringat cerita The Mask.



Hehehehe.....smokey!!! Harini Sue nak cerita pasal Infinence Mask. Biasakan orang perempuan seminggu sekali atau sebulan sekali mesti tepek Mask kat muka. Bagi kulit lembut dan segarkan muka. Apa brand yang korang suka? Macam Sue, Sue suka organik mask yang Sue buat sendiri. Tapi terjumpa pulak Infinence Mask ni terus jatuh cinta.






Perluke guna face mask sebenarnya? Bagi Sue yang rasa tak penting sangat jaga kecantikan ni kan...rasanya macam tak perlu. Tapi bila sedar umur dah 35 tahun this year.....haishhhh kulit muka makin kering dan biasalah nak berkedut dah. So Sue trylah Hydrating Face Mask Infinence.




Ok yang putih ni nama dia Deep Hydration Firm & Shape Treatment Mask berfungsi untuk melembapkan muka, menegangkan kulit kedut serta mencerahkan muka. 

Dirumus khas dengan bahan seperti :

  •  gliserin,
  •  kolagen laut,
  • lidah buaya, 
  • ekstrak spirulina, 
  • ekstrak alga, 
  • natrium hyaluronat,
  •  eksktrak daun mate, 
  • ekstrak daun teh hijau, 
  • Vitamin B3 
  •  Pro vitamin B5 


ok yang hitam ni pulak nama dia Infinence Intensive Brightening Treatment Mask. Si hitam ni berfungsi untuk melegakan keradangan kulit kering, membersihkan muka dan mencerahkan kulit you all.

Antara bahan yang terdapat dalam Brightening treatment mask ialah:
  • Vitamin B3
  • Pro vitamin B5
  • Ekstrak kulit Mulberi putih
  • Ekstrak epal
  • ekstrak daun teh hijau
  • ekstrak camellia Japanese
  • ekstrak kulit lemon
  • ekstrak Gotu Kola
  • ekstrak chestnut kuda Eropah
  • kolagen laut
  • gliserin
  • ekstrak alga

Tapi soalan sis masih belum terjawap....
" Perlu ke pakai Face Mask ni?" bahan Infinence facemask ni sis gerun siap ada chestnut kuda laut...apekebenda chestnut kuda laut?


oooo rupanya bawah kulit muka kita ni penuh kotoran dan berdaki

Semalam test pakai mask sambil baring dengar lagu.....perrgghhh ME TIME sangat...rasa relax
wooo...ini sis barutau. Boleh melancarkan peredaran darah bagi kulit muka ada Nur gitu



haaa.....sis-sis sekalian, kalau rasa muka kusam...cuba amek wudhu' lepastu korang tepek Infinence Mask ni kat muka. Baca bismillah dulu biar dapat pahala bila pakai mask.

Eh....apehal tak dapat pahala pulak? Seorang isteri yang mencantikkan diri untuk menggembirakan hati suami, Allah bagi pahala baaaaanyaaaakkkk ok. Lagilah kalau isteri beli guna duit sendiri....InshaAllah dapat pahala seperti bersedekah jugak.

Yelah kekadang suami ni kedekut sikit dengan isteri. Jadi isteri beli dulu dengan duit sendiri. Kemudian suami dah nampak cahaya Nur di muka isteri menjadi secantik bidadari.... haritu jugak dia akan tanya....
"muka sayang makin cerah dan jelita..ayang pakai apa?"

Haaaa.....bila dia keluarkan ayat macamni....kau jangan tunggu lagi...time ni kau bagi terus point-point suh suami pulak belikan. Haaa....macam tu lah sis hantar proposal kat suami bila teringin nak suami belikan sesuatu.hahahahaha....

Oklah....Sis nak pegi jogging dulu. You all layan dulu video cara pakai Infinence Mask ni ok.



Salam sayang,
Suhaili Isa