Wednesday, January 9, 2019

Day 1: Paddington- Winter Wonderland, London

Lepas 17 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, sampailah kami di kota London. Daripada Heathrow Airport Terminal 3, kami menaiki Heathrow Ekspress untuk ke Station Paddington. Iyer....we all sewa apartment di tengah bandar Paddington sebab nak tengok bear Paddington tu....hehehehe...




Sampai je di Paddington Subway station, kami berjalan kaki selama 10minit ke apartment yang kami sewa di Paddington. Jom tengok apartment yang kami sewa lengkap dengan dapur, laundry, iron, TV, bathroom dan 2 double bed yang selesa di kawasan Devonshire Terrace.









Kami tempah apartment melalui apps Airbnb sebab kemudahan yang lengkap untuk 6H5M lebih jimat berbanding duduk di hotel. Tu husband Sue tengah masukkan kod untuk masuk ke dalam apartment. Yang beg merah tu ialah adik perempuan husband.



Ini hallway untuk masuk ke unit apartment masing-masing. Owner rumah beri kami kod di dalam box pintu untuk keluarkan kunci apartment. So kami tak perlu jumpa owner untuk ambil kunci. 

1 Queen size bed & 1 single bed

Kemudahan kitchenette lengkap

LCD TV, Iron board dan ruang letak barang
Kami rehat kejap, mandi dan tukar baju sementara tunggu kakak Sue yang menetap di London datang ke apartment kami untuk bawa kami makan malam di kota London dan melihat Winter Wonderland. Memandangkan kami ke London sewaktu musim sejuk, jadi waktu siang lebih pendek daripada malam. Pukul 4 petang dah gelap.




Kakak Sue bawa kami dinner di Noodle Oodle antara restoren halal yang terdapat di Bayswater Road ni. First time Sue try crispy duck roll. Sedap dia sampai menjilat jari. Menu dan portion makanan kedai ni macam makan untuk 2 orang sekali. Meh tengok apa yang kami makan.

Kalau korang nak cari restoren halal di London, korang boleh download apps ZABIHAH di apps store.


Mee Tarik  daging

Beef Kuayteow



Minum teh tarik dalam kesejukan memang perrggghhhh sedap dia


Perut pun dah kenyang, so seterusnya kami ke Hyde Park nak jalan-jalan kat Winter Wonderland. Winter Wonderland ni sebenarnya macam funfair je...tapi Sue tengok diorang punya funfair macam theme park tau. Kitorang tak naik rides sebab kesejukan dan baby Nuha pulak dah tido dalam gendong. So kami pusing Winter Wonderland dan sambung jalan malam di Oxford Street dan Bayswater Road.










Oxford Street di waktu malam

Marble Arch bersebelahan Hyde Park

Bayswater Road


Bayswater Road banyak restoren halal dan kedai souvenir serta kedai grocery. Kalau nak beli fridge magnet murah, Sue suggest beli di Bayswater sebab 15 fridge magnet boleh dapat harga RM 50 je. Dapat free 2 fridge magnet lagi semasa bayar kat kaunter.heheheh...

Tukdin Flavour of Malaysia
Apartment kami juga berdekatan dengan restoren Malaysia (Tukdin Flavour) restoren ni banyak sediakan menu makanan Kelantan. Jadi sapa suka makanan Kelantan dan Pantai Timur, jangan lupa makan kat kedai ni tau.

Kaki dah lembik sebab banyak berjalan harini, jadi kami pun balik ke apartment. Esoknya kami nak keluar awal nak pusing-pusing kota London. Sebelum tu amek gambar OOTD malam sebelum tidur.

Good Night
Salam sayang,
Suhaili Isa