Friday, August 16, 2019

Cara pakai Bengkung Premium Beautiful



Hi everyone....Sue biasa dapat DM daripada clients minta Sue sharekan cara pakai waist nipper Premium Beautiful yang betul.

Ada client yang beli daripada Shoppee, Lazada, kawan penjual atau beli lelong kat mana-manalah...tapi tak diajar cara pakai yang betul. Nak tau tak...salah cara pakai Premium Beautiful ni...memang tak dapatlah result berkesan. Lepastu korang salahkan produk tak bagus.

No...no...no...Sue tak salahkan you all pengguna. Sue salahkan orang yang menjual je tapi tak bagi consultation yang betul. Kalau jual just terdesak nak dapat duit balik je....mohon bertaubat sebab anda merosakkan market, merosakkan nama baik produk dan merosakkan badan pengguna.

ehhhhh....panjang pulak akak membebel.hahahahhahaa....
ok ni Sue share cara betul pakai waist nipper Premium Beautiful.


Ok....next entry...Sue akan share macam mana pulak nak pegi toilet bila pakai Premium Beautiful tanpa merosakkan Premium Beautiful anda dan mudah nak buka dan pakai Premium Beautiful semula.

Kalau korang ada topik best yang nak Sue share & explain, feel free to drop comments below.

Thanks for dropping by,
Suhaili Isa...signing off

Wednesday, August 14, 2019

10 minuman Starbucks yang bawah 150kalori



www.suhailiisa.com

Selalu bila Sue post gambar Starbucks kat social media....ramai followers akan tanya Sue pilih minuman apa? So....harini rasa nak share sikit beberapa minuman yang Sue order kat Starbucks tapi rendah kalori dan gula. Yelah kan umur dah meningkat kene jaga kesihatan tapi still nak nikmati kehidupan ni.hehehehehe well 35 tu tak tua sangat tau.... the perfect age nak tengok samada wanita tu cantik, hebat dan confident dengan diri sendiri....tengoklah kehidupannya pada umur 35 tahun.

Ok berbalik pada Healthier Starbucks drink tu.... ada 10 jenis minuman yang korang boleh order tapi masih lagi di bawah 150kalori.

1. Iced Americano
korang mintak no sugar/no syrup. Selalunya memang iced Americano barista tak letak gula. Next korang amek brown sugar 1 peket je tau. Iced Americano dengan brown sugar = 60 kalori


2. Nonfat Iced Green Tea Latte
korang mintak kurang gula dan tukarkan kepada soy milk. Iced Green Tea Latte hanya 120 kalori jer.


3. Iced Caffe Latte
sama jugak macam green tea latte, korang minta tukarkan kepada skim milk/soy milk. Iced Latte = 130 kalori.


4. Caramel Light Frapuccino = 140 kalori


5. Caramel Macchiato.
Minta Barista untuk skinny, tall and non-fat milk drink. Caramel Macchiato = 100kalori.


6. Iced Shaken Black Tea
order iced tea tanpa susu dan kurangkan syrup. Iced tea = 45 kalori


7. Strawberry Acai Refresher
minta size Grande... 90 kalori jer....


8. Iced Skinny Mocha= 90 kalori
order size Tall dan minta gantikan susu dengan non-fat milk


9. Cappucino = 80 kalori
order size Grande, non-fat milk, 80 kalori


10. Iced Black tea Lemonade = 90 kalori size Grande


So...next time korang jejak kaki ke Starbucks walaupun tengah ON DIET....korang boleh order 10 jenis minuman ni & still boleh diet.

Siapa cakap diet takleh enjoy life kan?



For next entry....korang nak Sue share pasal apa? Let me know in the comments below.



Thanks for stopping by,

Suhaili Isa signing off....

Tuesday, August 6, 2019

6 Sebab Wanita lepas bersalin Rambut Gugur



Rambut gugur, botak, kelemumur, kepala gatal, rambut busuk...ni semua masalah besar bagi orang perempuan. Walaupun bertudung, nampak macam selamat dah kesihatan rambut terjaga....tapi bila bukak tudung.....perggghhh bau rambut busuk tu satu surau office boleh bau.


www.suhailiisa.com
Rambut gugur lepas bersalin terjadi hampir kepada semua ibu lepas bersalin
Tambah lagi bila lepas shampoo dan keringkan rambut...sikat je rambut tu segenggam rambut gugur sampai nak nampak dah kulit kepala. Belum campur lagi kelemumur dan gatalnya kepala tu. Husband dok sebelah tu pun geli tengok keruping-keruping kelemumur. Husband siap membebel lagi bila lubang watertrap tandas tersumbat sebab banyak sangat rambut isteri gugur.


Kenapa orang perempuan banyak masalah rambut?


www.suhailiisa.com
Rambut Gugur Teruk?

  • Diet pemakanan yang tak seimbang.Orang yang amalkan diet extreme atau berat turun dengan mendadak.....kebarangkalian rambut korang gugur teruk sangat tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang dan berwarna warni.

  • Kurang zat dan vitamin terutamanya kalsium,kolagen yang dah berkurangan dan juga pemakanan yang tinggi lemak dan bergula. Kurangkan minuman bergula dan bubble tea korang tu tau kalau taknak rambut gugur. Korang boleh try Minkaffe coffee no sugar atau teringin sangat nak benda manis....amalkan sweetality yang 0 kalori sesuai untuk jaga level gula dalam darah.

  • Stress jugak meningkatkan risiko rambut gugur. Anda stress? Sue syorkan anda dapatkan tidur berkualiti dengan Biovelocity sleepmate untuk mengurangkan stress. Lepas beranak ibu-ibu perlu jalankan tanggungjawab urus anak-anak, suami, rumah dan kerjaya...stress yang melampau menyebabkan anda tak dapat rehat yang cukup, makan makanan yang tak seimbang dan keletihan. 

  • Masalah hormon tiroid yang tak seimbang jugak boleh menyebabkan keguguran rambut yang teruk. Untuk seimbangkan kesemua hormon dalam badan wanita, anda disarankan untuk mengamalkan herba maharani untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita.

  • Melahirkan anak juga menyebabkan hormon tidak seimbang dan menyebabkan rambut wanita banyak gugur. Disarankan ibu lepas bersalin mengamalkan herba maharani untuk seimbangkan hormon.

  • Syampoo yang mengandungi kandungan Sodium Laureth Sulfate (SLEs) menyebabkan hakisan pada kulit kepala dan menyebabkan keradangan pada akar rambut. Rambut boleh gugur dengan banyak. Check kandungan syampoo anda. Pastikan syampoo anda bebas SLEs, bebas paraben, antioksidan, antibakteria dan tidak berbuih banyak yang menyebabkan kulit kepala boleh terhakis.
www.suhailiisa.com

6 Sebab yang Sue share kat atas ni antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan rambut gugur. Sedia maklum yang rambut adalah mahkota seorang wanita. Rambut juga menjadi tempat kesukaan suami untuk membelai isterikan?

Jadi sampai bila anda nak biarkan 10 masalah rambut ni berpanjangan? 
1. Rambut rosak
2. Rambut gugur
3. Rambut nipis dan lembik
4. Rambut penuh kelemumur
5. Rambut kasar macam dawai
6. Rambut dan kulit kepala busuk dan gatal
7. Rambut berbuah
8. Rambut bercabang
9. Rambut berminyak
10. Botak



Baca juga tips mengurangkan rambut gugur di artikel
cara kurangkan rambut gugur.