Wednesday, July 3, 2019

Wedding Najwa & Fauzee



Sue sempat hadir majlis kenduri kahwin family kakak ipar Sue di Menara Mustapha Kamal Ahad lepas 30 Jun. Such a beautiful wedding & Glam Hall tu sangat cantik. Sue buat review dalam blog ni supaya boleh bagi idea untuk bakal pengantin yang tengah cari idea untuk Majlis perkahwinan you all ok....




InshaAllah Sue nak launch e-book Diari Ratu Sehari sikit masa lagi...you can get a copy of that e-book at RM 5 only. Ebook ni Sue letak complete guide sebijik macam Wedding Planner yang orang bayar puluh-puluh ribu tu....


30 Jun yang lepas Sue menghadiri majlis perkahwinan Najwa & Fauzee yang bertempat di Glam Hall, Menara Mustapha Kamal. Hall tu sangat luas dan sesuai untuk tetamu lingkungan 1000-2000 orang. 




Setting dewan, kerusi meja makan tetamu, VIP table, meja buffet, meja dessert, photobooth dan makanan sampingan semuanya diatur dengan tersusun dan cantik sangat. Kerusi meja makan tetamu diberikan sentuhan deco moden "Ghost Chair" yang nampak mewah sesuai dengan tema Off White Wedding.



Di bahagian luar dewan pula, stall street food diatur di bahagian taman dewan yang sangat cantik. Terasa seperti picnic di taman Hyde Park London pulak. hehehhe.... Ada beberapa booth yang menyediakan makanan seperti soto, apambalik, ice-cream, kambing grill dan beberapa makanan lain lagi. 





Tuan rumah family pengantin perempuan sangat cantik dengan persalinan batik dan berwarna maroon. Naik seri semua family pengantin dalam dewan yang bertemakan off white.


Ok jom kita tengok makanan.....alhamdulillah sue suka makanan kenduri ni sebab nasi sedap, daging masak hitam sedap, sotong sambal sedap,dalca sedap...ehhh semualah sedap.Hahahaha.... sebabkan Sue ni peminat karipap....Sue memang suka giler karipap yang disediakan sebab tak pedas sangat, tak oily and good looking.hehehhe....


Kalau nak tau makanan tu sedap ke tak...tengok muka husband.Dia makan sampai tak nampak orang sebelah...maksudnya sedaplah tu...

First time pegi wedding jumpa churros. Tapi Sue rindu giler churros kat Gold Coast Australia.

memula ingatkan tak sedapp,sekali dah rasa....tak cukup sepinggan makan kambing.

apam balik,kuih cara,karipap & apam polkadot pun best

Dalam sejarah Sue pegi wedding,this is the first time yang Sue nampak mak & ayah Sue makan kenduri bertambah banyak kali.hehehehe...


The best part during the wedding, ada persembahan video dan iringan live band yang memang smooth jer melodi diorang. Korang boleh follow IG @matahari.entertainment



Dekat Glam Hall ni convenient sangat sebab toilet banyak, ada banyak sofa yang disediakan untuk tetamu, surau lelaki dan wanita di GF luas dan bersih, parking pun banyak. Mudah untuk tetamu uruskan keperluan masing-masing sambil datang meraikan pengantin.

Oklah....jom tengok lagi gambar sekitar majlis berlangsung. Kami antara tetamu yang pulang lewat sekitar pukul 4.00 petang pada hari tersebut. Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin perempuan yang menjemput Sue & family sekeluarga.

Selamat Pengantin Baru Najwa & Fauzee....semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Aaaaminn...

Love,
Suhaili Isa







No comments:

Post a Comment