Saturday, April 13, 2019

7 Kesilapan orang berniaga



Ramai sekarang yang dah mula start berniaga kecil-kecilan secara online ataupun mula berniaga kecil-kecilan secara offline. Zaman sekarang ekonomi tak stabil and of course kos sara hidup makin lama makin meningkat; buatkan ramai orang perlu buat 2-3 kerja dalam satu masa.



Tak salah berniaga sambil bekerja sebab kita punya keluarga untuk disara. Cumanya kita perlu pandai bahagikan masa dan bersedia untuk hadapi setiap cabaran yang Allah bagi. Bila anak dah bertambah 2 orang, baru kita akan rasa pressure kewangan tak mencukupi nak beli susu, pampers, bayar pengasuh, kos perubatan, kos pendidikan lagi. 

Sue pun tahun ni dah masuk tahun ke-5 berniaga online menggunakan medium facebook, instagram,blog dan juga referral system. Tak sangka Sue masih boleh bertahan dalam bisnes walaupun ada waktu yang memang down sampai rasa nak give up bisnes dan start keje balik. Rasa nak give up tu benda normal...even usahawan jutawan pun pernah rasa.

Ada a few tips yang Sue nak share sebelum korang nak mulakan bisnes online tanpa perlu melompat-lompat bisnes atau melompat-melompat menjual produk. Ada yang berniaga semua benda dia nak jual. Tapi hasil tetap tak nampak....sebab apa? Ini Sue kongsikan tips....

1. Tak kuat semangat
- Biasa bila kita mula buat banyak kerja dalam satu masa, akan datang banyak masalah dalam kerja hakiki, bisnes dan keluarga. Kita perlu belajar cara menguruskan masalah satu persatu. Kadang-kadang masalah kerja datang, kita stop kejap bisnes tanpa selesaikan masalah. Jadi masa tu kita rasa bisnes ni  tak penting dan menyusahkan.

2. Taktau BIG WHY bisnes 
Ramai yang bila nak start bisnes ni, tak tanya pun diri sendiri kenapa aku nak berniaga ni? Paling-paling pun alasan nak berniaga sebab nak tambah duit. Bulan pertama & kedua berniaga seronoklah sebab semua customer datang menyembah kita sebab nak beli barang. Masuk bulan keenam...orang dah taknak beli barang kita....kita dah mula give up dan tukar jual produk lain pulak. Hasilnya tak nampak pun income bertambah...hutang pulak makin banyak. Jadi apa sebab anda nak berniaga harini?

3. Anda menunggu produk perfect dan product yang semua orang berebut beli tanpa ada saingan

Jangan tunggu!!!! Sebab Tak ada  bisnes atau produk yang perfect yang anda post gambar je..... 33 juta penduduk Malaysia semua berebut nak beli. Kita perlu belajar marketing dan belajar cara nak pikat hati pelanggan. Marketing is crucial. Orang bukan taknak beli barang kita....tapi orang taknak beli dengan kita je....

4. Anda tak pegi belajar ilmu bisnes dan marketing

Zaman dah berubah,tahun 2019 ni trend marketing dah semakin berubah. Facebook pun dah pandai dah tukar algoritm tak bagi orang menjual secara FREE kat platform Facebook personal account. Jadi kita jangan kedekut keluarkan modal untuk belajar berniaga. Ilmu tu lagi berharga daripada duit simpanan korang.

5. Anda TAK SABAR


Berapa ramai yang harini suka terjebak dengan pelaburan suspicious dan skim cepat kaya? Labur modal lepastu tunggu jer duit beranak? Come on....wake up!!! there is no such things as bisnes goyang kaki. Jangan malas dan jangan tak sabar....mindset orang melayu ni asyik nak cepat kaya je ke? Keje susah takmau buat? Bisnes perlukan masa,usaha dan tenaga. Modal duit tu perkara terakhir sekali dalam senarai keperluan perniagaan.... yang paling penting dalam bisnes ni ialah modal insan

6. TAKUT RUGI

Dey....minachi.....kalau awal-awal dah pasak dalam kepala takut rugi bila buat bisnes, confirm Allah beri kerugian dalam bisnes kau. Allah tu bertindak ikut sangkaan hambaNYA...

7. Buat macam-macam bisnes,tapi semua tak jadi

Haaa.....point no.7 ni lah kemuncak kepada citer kita harini...disebabkan kau tak sabar, taktau BIG WHY, takut rugi, malas belajar ilmu berniaga, tak kuat semangat dan mengharapkan product perfect....korang akan mula buat semua jenis bisnes dan jual semua jenis benda. Akhirnya penyata kewangan korang semakin negatif bakinya.

Korang jangan buat tau 7 kesilapan dalam berniaga ni....Jangan lupa jugak belajar pengurusan kewangan supaya korang tak terguna atau merompak duit bisnes masing-masing.

Salam sayang,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment