Friday, April 26, 2019

Anugerah SM/SSM 2019 Central Region



Alhamdulillah 1st quarter of 2019 ni, Sue achieved something and helped a few people tambah pendapatan dan naik pangkat. Biiznillah...everything with the power of Allah. Congratulations kak Sya, Afni and Awi on your tremendous achievement for 1st quarter of 2019.

Actually apa bendalah Anugerah SM/SSM ni kan? I have talked and blogged about this since 2014.hahahaha..... Hari Anugerah SM/SSM ni ialah hari meraikan usahawan cemerlang yang berjaya menyiapkan hasil jualan sebanyak RM 20,000 dan juga RM 60,000. Lebih kurang macam Hari Penganugerah APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) haaaa....tapi this SM/SSM pangkat means you akan dapat bonus every month 36%-41%

Tahniah SSM Sawiyah Samsudin...ibu anak 3 yang masih bekerja sebagai contract executive
Tahniah Kak Syamilah...umur cecah 40tahun pun mampu berniaga


Something new for this year celebration tau...this time around, syarikat Sahajidah Hai O dah tak guna normal tiket like kertas macam tu...tiket pendaftaran peserta dah improve menggunakan wristband.




Event SM/SSM ni berlangsung di IDCC Shah Alam...Sue suka IDCC ni sebab parking senang dan hall luas. Ada attached Hotel bersebelahan Convention Centre which is Pegasus Hotel. Cuma satu je kurang best....limited food stalls. hehehehe....kalau event full day mestilah perut lapar cari makanan. Nah Sue share aturcara majlis Anugerah SM/SSM 2019 yang berlangsung pada 20 April lepas.







Setiap kali event, mesti company akan bagi doorgift yang best-best. Kali ni doorgift yang Sue dapat ialah sekotak Teh Tarik MinCha yang Fazura dok tergila-gilakan hari2. Sekotak Min Cha ni dekat RM 39.60 tau...kitorang dapat free je.


Event kali ni ....Sue raikan 2 orang agent  Sue iaitu SSM Sawiyah Samsudin dan SM Noor Syamilah Shamsuddin. Ehhh...sama pulak nama ayah masing-masing.heheheh....sebenarnya ada seorang lagi agent Sue iaitu SM Nor Afni Suziana Abu Bakar yang berjaya siapkan sales RM 20,000 tapi beliau akan diraikan secara gilang gemilang kat Northern Region celebration.



Banyak acara yang menarik semasa 1 hari di IDCC tu antaranya:

  • Fitness & Blood Glucose Screening
  • Pop-up store Infinence Holiday Collection for KLFashion Week
  • Sesi pelancaran produk baru Sweetality "Gula sihat Zero Kalori"
  • Sesi food testing Gula sihat Sweetality dan minuman BV Alfalfa
  • Cabutan bertuah Bonanza Spring Draw














Alhamdulillah tahniah buat semua top Achievers Sales Manager & Senior Sales Manager. Tahniah juga diucapkan kepada semua mentor yang mengasah skill usahawan yang bermula tanpa sebarang pengalaman berniaga.

ok jom tengok acara menarik sekitar majlis Anugerah SM/SSM 2019 Central region.







Antara acara menarik sewaktu majlis berlangsung ialah sesi Body & Health Screening.  

Saturday, April 13, 2019

7 Kesilapan orang berniaga



Ramai sekarang yang dah mula start berniaga kecil-kecilan secara online ataupun mula berniaga kecil-kecilan secara offline. Zaman sekarang ekonomi tak stabil and of course kos sara hidup makin lama makin meningkat; buatkan ramai orang perlu buat 2-3 kerja dalam satu masa.



Tak salah berniaga sambil bekerja sebab kita punya keluarga untuk disara. Cumanya kita perlu pandai bahagikan masa dan bersedia untuk hadapi setiap cabaran yang Allah bagi. Bila anak dah bertambah 2 orang, baru kita akan rasa pressure kewangan tak mencukupi nak beli susu, pampers, bayar pengasuh, kos perubatan, kos pendidikan lagi. 

Sue pun tahun ni dah masuk tahun ke-5 berniaga online menggunakan medium facebook, instagram,blog dan juga referral system. Tak sangka Sue masih boleh bertahan dalam bisnes walaupun ada waktu yang memang down sampai rasa nak give up bisnes dan start keje balik. Rasa nak give up tu benda normal...even usahawan jutawan pun pernah rasa.

Ada a few tips yang Sue nak share sebelum korang nak mulakan bisnes online tanpa perlu melompat-lompat bisnes atau melompat-melompat menjual produk. Ada yang berniaga semua benda dia nak jual. Tapi hasil tetap tak nampak....sebab apa? Ini Sue kongsikan tips....

1. Tak kuat semangat
- Biasa bila kita mula buat banyak kerja dalam satu masa, akan datang banyak masalah dalam kerja hakiki, bisnes dan keluarga. Kita perlu belajar cara menguruskan masalah satu persatu. Kadang-kadang masalah kerja datang, kita stop kejap bisnes tanpa selesaikan masalah. Jadi masa tu kita rasa bisnes ni  tak penting dan menyusahkan.

2. Taktau BIG WHY bisnes 
Ramai yang bila nak start bisnes ni, tak tanya pun diri sendiri kenapa aku nak berniaga ni? Paling-paling pun alasan nak berniaga sebab nak tambah duit. Bulan pertama & kedua berniaga seronoklah sebab semua customer datang menyembah kita sebab nak beli barang. Masuk bulan keenam...orang dah taknak beli barang kita....kita dah mula give up dan tukar jual produk lain pulak. Hasilnya tak nampak pun income bertambah...hutang pulak makin banyak. Jadi apa sebab anda nak berniaga harini?

3. Anda menunggu produk perfect dan product yang semua orang berebut beli tanpa ada saingan

Jangan tunggu!!!! Sebab Tak ada  bisnes atau produk yang perfect yang anda post gambar je..... 33 juta penduduk Malaysia semua berebut nak beli. Kita perlu belajar marketing dan belajar cara nak pikat hati pelanggan. Marketing is crucial. Orang bukan taknak beli barang kita....tapi orang taknak beli dengan kita je....

4. Anda tak pegi belajar ilmu bisnes dan marketing

Zaman dah berubah,tahun 2019 ni trend marketing dah semakin berubah. Facebook pun dah pandai dah tukar algoritm tak bagi orang menjual secara FREE kat platform Facebook personal account. Jadi kita jangan kedekut keluarkan modal untuk belajar berniaga. Ilmu tu lagi berharga daripada duit simpanan korang.

5. Anda TAK SABAR


Berapa ramai yang harini suka terjebak dengan pelaburan suspicious dan skim cepat kaya? Labur modal lepastu tunggu jer duit beranak? Come on....wake up!!! there is no such things as bisnes goyang kaki. Jangan malas dan jangan tak sabar....mindset orang melayu ni asyik nak cepat kaya je ke? Keje susah takmau buat? Bisnes perlukan masa,usaha dan tenaga. Modal duit tu perkara terakhir sekali dalam senarai keperluan perniagaan.... yang paling penting dalam bisnes ni ialah modal insan

6. TAKUT RUGI

Dey....minachi.....kalau awal-awal dah pasak dalam kepala takut rugi bila buat bisnes, confirm Allah beri kerugian dalam bisnes kau. Allah tu bertindak ikut sangkaan hambaNYA...

7. Buat macam-macam bisnes,tapi semua tak jadi

Haaa.....point no.7 ni lah kemuncak kepada citer kita harini...disebabkan kau tak sabar, taktau BIG WHY, takut rugi, malas belajar ilmu berniaga, tak kuat semangat dan mengharapkan product perfect....korang akan mula buat semua jenis bisnes dan jual semua jenis benda. Akhirnya penyata kewangan korang semakin negatif bakinya.

Korang jangan buat tau 7 kesilapan dalam berniaga ni....Jangan lupa jugak belajar pengurusan kewangan supaya korang tak terguna atau merompak duit bisnes masing-masing.

Salam sayang,
Suhaili Isa

Tuesday, April 2, 2019

Selamat Pengantin Baru Ira & Rais



Lama sangat takde kenduri kahwin dalam family Sue lepas Sue kawen 10 tahun lepas.Alhamdulillah tahun ni dapat bertungkus lumus untuk siapkan walimatulurus cousin Sue bersama pasangan pilihan hati. Cousin Sue ni kiranya cousin yang rapat dengan Sue. Daripada dia baby lagi, Sue jaga dia.



Selamat Pengantin Baru buat Iya dan Rais. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke Jannah. Majlis nikah dan persandingan dibuat selama 2 hari. 16Mac tu tarikh pernikahan dan 17Mac pula tarikh persandingan. Jom kita tengok ragam masa hari pernikahan 16Mac tu. Masa hari nikah tu juga Sue buat kenduri doa selamat untuk baby Nuha yang dah masuk 1 tahun. Sue panggil kumpulan Marhaban memeriahkan majlis.



Alhamdulillah dengan sekali lafaz, terus sah bergelar suami dan isteri. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab suami dan isteri serta ibu dan ayah dengan sebaik mungkin.



Lepas majlis pernikahan, ada majlis Marhaban pulak kat rumah pengantin perempuan serta jamuan untuk para tetamu.





Lepas selesai majlis pada hari Sabtu tu, we all continue siapkan goodie bags untuk 1000 orang tetamu. Berpeluh keti jugak nak siapkan goodie bag dan hantar ke dewan. Lega encik husband bawak kete 4WD, boleh sumbat semua kotak dalam kete dia.


Pengantin kata nak tema Hijau Emerald Green dan Silver Grey...jadi tu dia beratur goodie bag emerald green untuk para tetamu.Kami letak cookies choc chip dan chocolate nips untuk para tetamu yang hadir.

Hari Ahad 17Mac tu, seawal pukul 9am ayah Sue dah suruh semua orang pegi dewan untuk setting dewan. Cousin Sue ni dah kehilangan ayah tahun 2016. Jadi ayah Sue la yang jadi leader dalam urusan walimatulurus. Tepat jam 12noon, pengantin pun sampai diiringi kompang, selawat dan flower girls lagi. Korang tau sapa jadi flower girls? Ni budak bertuah 2 orang kat bawah ni.


Dewan Komuniti Batu Muda kat Batu Caves ni Sue suka sebab siap ada aircond, tandas, surau lelaki perempuan, changing room dan sewa pun murah je RM 1500.


Makanan untuk para tetamu daripada catering yang bagi Sue memang harga berbaloi dan sedap. Ada menu ayam goreng rempah, daging masak hitam, gulai ikan masin nenas, acar buah, papadom, gulai kambing, ice cream stall dan dessert stall.


Hiasan pelamin dan dekorasi dewan jugak bagi Sue memang cantik dan naik seri pengantin dan dewan bila bergambar. Memang macam raja seharilah. Nanti Sue listkan semua vendor untuk majlis perkahwinan ni beserta bajet ye. Mana tau kalau korang tengah planning untuk kahwin, boleh dah start buat persiapan.

Ok...jomlah tengok gambar sekitar majlis resepsi Ira X Rais...