Saturday, March 30, 2019

SkuadPBExpert Travel ke Kunming, China



20 Mac lepas, berlepaslah 700 orang usahawan SHOM dan SkuadPBExpert ke Kunming China menaiki Thai Airways. Thai Airways ni antara top Airlines 2018 jugaklah. Korang tahu ke kat mana Kunming tu?

www.suhailiisa.com


Entah...Sue pun tak tau...hahahhaa...ok meh kita belajar Geografi sikit.

www.suhailiisa.com
KUNMING KAT MANA?

Haaa....Kunming tu terletak di daerah Yunnan iaitu selatan China. Dah dekat dah dengan Laos,Vietnam dan Burma. Sue pun tak pernah dengar nama tempat Kunming sebelum ni. Lepas start kerjaya sebagai SkuadPBExpert ni banyak tempat menarik kat dunia ni yang Sue belajar. 

Trip ke Kunming ni pegi masa musim bunga. MasyaAllah cantik pemandangan dia sampai terbeliak biji mata tengok kuasa Allah tu. 

www.suhailiisa.com
Sampai airport disambut dengan bunga di kepala

Menginap di hotel 5 bintang di Kunming iaitu Zhongwei Horizon hotel, kalau tengok review by Agoda rating hotel ni 8.5 excellent. Harga boleh dapat RM 262/night. Tapi trip dengan SHOM ni kami tak perlu bayar untuk penginapan sebab trip SHOM wajib fully sponsored daripada tiket flight, hotel,transporation, makanan halal dan entrance fee tempat tourist attractions.




Sampai Kunming terus ada gala dinner tema flowerla of course. Cun kan akak-akak ni pakai baju tradisional orang Kunming.

Antara tempat yang dilawati ialah:

  • Taman Ekologi Wanjiahuan
  • Stone Forest
  • Daguan Luo
  • Yuan Tong Shan Temple







Bila travel dengan team ni memang ada tema bajunya...ada hari merah,biru,kuning,hijau. Pakai sama warna senang nak cam team 1 bas. Ialah diorang ni pantang nampak kamera. Nak amek 1 shot gambar tu dekat 20minit. Mana tak kene tinggal bas nanti.hehehehe....

Baju team kuning pulak untuk trip ke Stone forest. Stone forest atau Shilin ni terhasil daripada batuan karst yang merupakan Keajaiban dunia yang Pertama. Penduduk sekeliling stone forest dikenali sebagai etnik Yi.

Di Stone Forest jugak terkenal dengan air terjun Dadie, Tasik Bulan dan juga Gua Qifeng. Ada juga strawberry garden self picking. Orang Yi percaya tasik bulan tu boleh buat manusia awetmuda dan panjang umur. Macam Shang-ri la. Betulke?







Korang kene tengok pulak apa makanan yang dihidangkan sepanjang 4H3M di Kunming tau...memang bikin orang perut lapar. Makanan tradisional di Kunming ni pedas. Wahhh barutau orang China ada yang suka makan pedas. Nah jamu mata masing-masing.











Ha.....dah kenyang dah kan? Jom tengok lagi gambar cantik kat Kunming. Next kitorang nak ke Melbourne pulak masa musim sejuk. Tapi Sue taknak pegi sorang-sorang, Sue nak ajak sekali korang pegi sama-sama free trip ke Melbourne.








Nak tau cara dapat tiket free ke Melbourne tak? Nanti contact je Sue ok.


Salam sayang,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment