Tuesday, March 19, 2019

Rahim Jatuh mitos atau realiti?



Sue jenis tak percaya sangat tentang rahim jatuh ni. Iyelah sejak kecik mak Sue tak bagi Sue melasak main hoki, main ragbi, buat kerja berat semua. Dia kata nanti rahim jatuh atau terkeluar.

Sue masa tu umur baru je 15 tahun...dah mak ingatkan jangan melasak angkat benda berat nanti rahim terkeluar. Seram jugaklah bila dengar mak cerita macam mana rahim terkeluar tu. Tapi kita relaks je lagi angkat kerusi, angkat meja, angkat barang berat dan main ragbi.

Sampailah umur Sue dah 35tahun ni, barulah Sue percaya memang ada rupanya masalah rahim jatuh dan terkeluar. Bahasa medic nya Prolapsed uterus....


Apabila rahim terkeluar, doktor pakar ada yang sarankan untuk buat pembedahan. Pembedahan pula boleh menelan kos sehingga RM 15,000. Astaghfirullah al azim...mahal kos untuk selesaikan masalah rahim jatuh dan terkeluar ni. Kos perubatan sekarang makin lama makin meningkat.

Tanda-tanda rahim jatuh :

  • Kerap kencing
  • sukar mengawal kencing.Batuk terkencing, lompat sikit terkencing.
  • Rasa tak puas kencing
  • Sembelit
  • Rasa tak puas buang air besar
  • Rasa sesuatu berat keluar daripada Miss V

You all boleh baca artikel lanjut tentang masalah rahim jatuh yang di ulas oleh doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Asiah Abdullah  KLIK DI SINI


PUNCA-PUNCA RAHIM JATUH:

  • Kehamilan dan bersalin
  • Meningkat usia
  • Menopaus
  • Obesiti atau kegemukan
  • Ketumbuhan seperti fibroid
  • batuk atau sembelit kronik

CARA MENCEGAH RAHIM JATUH & TERKELUAR:
  • Elakkan berdiri terlalu lama khususnya bagi mereka yang bekerja sebagai jurutera, guru, jururawat dan doktor. Ambil masa untuk duduk dan tinggikan kaki
  • Kerap lakukan senaman otot pelvik atau senaman kegel
  • Mengamalkan pemakanan yang betul dengan pengambilan sayuran dan buah yang lebih untuk mengelakkan masalah sembelit.(Bagi yang ada sembelit, boleh amalkan 1 cawan Minkaffe setiap pagi)
  • Pakai bodyshaper yang selesa dengan badan seperti Premium Beautiful. KLIK SINI untuk details bagaimana Premium Beautiful membantu mencegah rahim jatuh.
  • Jangan merokok dan dekat dengan perokok untuk mengelakkan batuk kronik.
  • Amalkan perancang kehamilan dan jarakkan kehamilan sekurangnya 2 tahun

Rahim kita ni merupakan emas dan aset buat seorang wanita. Kalau tak dijaga dengan baik, akan mengakibatkan banyak masalah fizikal, masalah emosi dan juga masalah hubungan antara suami isteri.

Sejak umur dah meningkat 35 tahun ni... Sue dah mula ambil berat tentang kesihatan daripada hujung rambut sampailah hujung kaki. Seram pulak bila tengok punca rahim jatuh ni boleh disebabkan oleh kegemukan dan kehamilan yang kerap. 

Semoga semua wanita, mengambil masa untuk jaga kesihatan. Gunakan Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran yang optimum.


Salam sayang,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment