Sunday, March 31, 2019

Premium Beautiful Corset ...warranty seumur hidup



Tak pernah lagi Sue buat entry full tentang Premium Beautiful... so harini Sue nak share sikit ciri-ciri Premium Beautiful Corset. Sebelum Sue share details, korang tahu tak yang Premium Beautiful ni ada WARRANTY SEUMUR HIDUP untuk sebarang kerosakan dan SERVIS REPAIR PERCUMA?

Premium Beautiful Corset ini ada 2 series.

  1. Premium Beautiful Classic (Warna Hitam)
  2. Premium Beautiful Elegance (Warna Grey)
 

Apa beza antara Premium Beautiful Classic dan Premium Beautiful Elegance?

Premium Beautiful Classic digunakan untuk pengalihan lemak, memampatkan lemak dan membakar lemak. Manakala Premium Beautiful Elegance berfungsi untuk mengekalkan berat badan dan bentuk badan selepas mendapat berat badan ideal.


www.suhailiisa.com
Premium Beautiful Classic mengambil masa 3-6bulan untuk membentuk badan dan menurunkan berat tanpa senaman berat

Premium Beautiful Corset direka khas meliputi 3 ciri:

  • Ciri Ergonomik
  • Ciri Estetika
  • Ciri teknologi dan keselamatan

Penghasilan Premium Beautiful sangat teliti dan cermat. Setiap korset melalui ujian-ujian tertentu supaya kualiti korset terjamin. Fabrik Premium Beautiful juga melalui beberapa ujian dan memenuhi standard piawaian Malaysian Standard untuk keselamatan pengguna.

Pakaian dalam you all mematuhi tak Malaysian Standard "National Safety Technical Code for Textile Products"?



www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

Setiap set Premium Beautiful corset ada 3 pieces:

  • Long Bra
  • Waist Nipper
  • Long Girdle
www.suhailiisa.com
Bahagian-bahagian Premium Beautiful corset

CIRI-CIRI ESTETIKA PREMIUM BEAUTIFUL

LONG BRA:


WWW.SUHAILIISA.COM

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com


WAIST NIPPER:


WWW.SUHAILIISA.COM

LONG GIRDLE:


WWW.SUHAILIISA.COM

WWW.SUHAILIISA.COM


Panjang lebar dah details explaination pasal Premium Beautiful ni. Untuk entry yang berikutnya,klik link BACA DI SINI tu untuk cerita macam mana Far Infra Red dihasilkan dalam Premium Beautiful dan apa fungsi FIR dalam Premium Beautiful. BACA DI SINI

Siapa yang sesuai pakai Premium Beautiful?

  • Berat 45kg-100kg
  • Masalah sakit pinggang
  • Masalah slip disc
  • Masalah Perut buncit
  • Masalah berat badan
  • Masalah bongkok dan postur badan tak betul
  • Masalah Scoliosis
  • Masalah peha besar
  • Ibu berpantang sebagai bengkung berpantang
  • Bengkung berpantang untuk bersalin czer

Bagi yang nak Sue berikan sesi percubaan pakai Premium Beautiful secara FREE dan analisis berat badan, bentuk badan dan diet yang sesuai mengikut bentuk badan...... korang boleh je whatsapp Sue 012-6842560 atau send je email kat suhaili1984@gmail.com

Salam Sayang,
Suhaili Isa

Saturday, March 30, 2019

SkuadPBExpert Travel ke Kunming, China



20 Mac lepas, berlepaslah 700 orang usahawan SHOM dan SkuadPBExpert ke Kunming China menaiki Thai Airways. Thai Airways ni antara top Airlines 2018 jugaklah. Korang tahu ke kat mana Kunming tu?

www.suhailiisa.com


Entah...Sue pun tak tau...hahahhaa...ok meh kita belajar Geografi sikit.

www.suhailiisa.com
KUNMING KAT MANA?

Haaa....Kunming tu terletak di daerah Yunnan iaitu selatan China. Dah dekat dah dengan Laos,Vietnam dan Burma. Sue pun tak pernah dengar nama tempat Kunming sebelum ni. Lepas start kerjaya sebagai SkuadPBExpert ni banyak tempat menarik kat dunia ni yang Sue belajar. 

Trip ke Kunming ni pegi masa musim bunga. MasyaAllah cantik pemandangan dia sampai terbeliak biji mata tengok kuasa Allah tu. 

www.suhailiisa.com
Sampai airport disambut dengan bunga di kepala

Menginap di hotel 5 bintang di Kunming iaitu Zhongwei Horizon hotel, kalau tengok review by Agoda rating hotel ni 8.5 excellent. Harga boleh dapat RM 262/night. Tapi trip dengan SHOM ni kami tak perlu bayar untuk penginapan sebab trip SHOM wajib fully sponsored daripada tiket flight, hotel,transporation, makanan halal dan entrance fee tempat tourist attractions.




Sampai Kunming terus ada gala dinner tema flowerla of course. Cun kan akak-akak ni pakai baju tradisional orang Kunming.

Antara tempat yang dilawati ialah:

  • Taman Ekologi Wanjiahuan
  • Stone Forest
  • Daguan Luo
  • Yuan Tong Shan Temple







Bila travel dengan team ni memang ada tema bajunya...ada hari merah,biru,kuning,hijau. Pakai sama warna senang nak cam team 1 bas. Ialah diorang ni pantang nampak kamera. Nak amek 1 shot gambar tu dekat 20minit. Mana tak kene tinggal bas nanti.hehehehe....

Baju team kuning pulak untuk trip ke Stone forest. Stone forest atau Shilin ni terhasil daripada batuan karst yang merupakan Keajaiban dunia yang Pertama. Penduduk sekeliling stone forest dikenali sebagai etnik Yi.

Di Stone Forest jugak terkenal dengan air terjun Dadie, Tasik Bulan dan juga Gua Qifeng. Ada juga strawberry garden self picking. Orang Yi percaya tasik bulan tu boleh buat manusia awetmuda dan panjang umur. Macam Shang-ri la. Betulke?







Korang kene tengok pulak apa makanan yang dihidangkan sepanjang 4H3M di Kunming tau...memang bikin orang perut lapar. Makanan tradisional di Kunming ni pedas. Wahhh barutau orang China ada yang suka makan pedas. Nah jamu mata masing-masing.











Ha.....dah kenyang dah kan? Jom tengok lagi gambar cantik kat Kunming. Next kitorang nak ke Melbourne pulak masa musim sejuk. Tapi Sue taknak pegi sorang-sorang, Sue nak ajak sekali korang pegi sama-sama free trip ke Melbourne.








Nak tau cara dapat tiket free ke Melbourne tak? Nanti contact je Sue ok.


Salam sayang,
Suhaili Isa

Tuesday, March 19, 2019

Rahim Jatuh mitos atau realiti?



Sue jenis tak percaya sangat tentang rahim jatuh ni. Iyelah sejak kecik mak Sue tak bagi Sue melasak main hoki, main ragbi, buat kerja berat semua. Dia kata nanti rahim jatuh atau terkeluar.

Sue masa tu umur baru je 15 tahun...dah mak ingatkan jangan melasak angkat benda berat nanti rahim terkeluar. Seram jugaklah bila dengar mak cerita macam mana rahim terkeluar tu. Tapi kita relaks je lagi angkat kerusi, angkat meja, angkat barang berat dan main ragbi.

Sampailah umur Sue dah 35tahun ni, barulah Sue percaya memang ada rupanya masalah rahim jatuh dan terkeluar. Bahasa medic nya Prolapsed uterus....


Apabila rahim terkeluar, doktor pakar ada yang sarankan untuk buat pembedahan. Pembedahan pula boleh menelan kos sehingga RM 15,000. Astaghfirullah al azim...mahal kos untuk selesaikan masalah rahim jatuh dan terkeluar ni. Kos perubatan sekarang makin lama makin meningkat.

Tanda-tanda rahim jatuh :

  • Kerap kencing
  • sukar mengawal kencing.Batuk terkencing, lompat sikit terkencing.
  • Rasa tak puas kencing
  • Sembelit
  • Rasa tak puas buang air besar
  • Rasa sesuatu berat keluar daripada Miss V

You all boleh baca artikel lanjut tentang masalah rahim jatuh yang di ulas oleh doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Asiah Abdullah  KLIK DI SINI


PUNCA-PUNCA RAHIM JATUH:

  • Kehamilan dan bersalin
  • Meningkat usia
  • Menopaus
  • Obesiti atau kegemukan
  • Ketumbuhan seperti fibroid
  • batuk atau sembelit kronik

CARA MENCEGAH RAHIM JATUH & TERKELUAR:
  • Elakkan berdiri terlalu lama khususnya bagi mereka yang bekerja sebagai jurutera, guru, jururawat dan doktor. Ambil masa untuk duduk dan tinggikan kaki
  • Kerap lakukan senaman otot pelvik atau senaman kegel
  • Mengamalkan pemakanan yang betul dengan pengambilan sayuran dan buah yang lebih untuk mengelakkan masalah sembelit.(Bagi yang ada sembelit, boleh amalkan 1 cawan Minkaffe setiap pagi)
  • Pakai bodyshaper yang selesa dengan badan seperti Premium Beautiful. KLIK SINI untuk details bagaimana Premium Beautiful membantu mencegah rahim jatuh.
  • Jangan merokok dan dekat dengan perokok untuk mengelakkan batuk kronik.
  • Amalkan perancang kehamilan dan jarakkan kehamilan sekurangnya 2 tahun

Rahim kita ni merupakan emas dan aset buat seorang wanita. Kalau tak dijaga dengan baik, akan mengakibatkan banyak masalah fizikal, masalah emosi dan juga masalah hubungan antara suami isteri.

Sejak umur dah meningkat 35 tahun ni... Sue dah mula ambil berat tentang kesihatan daripada hujung rambut sampailah hujung kaki. Seram pulak bila tengok punca rahim jatuh ni boleh disebabkan oleh kegemukan dan kehamilan yang kerap. 

Semoga semua wanita, mengambil masa untuk jaga kesihatan. Gunakan Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran yang optimum.


Salam sayang,
Suhaili Isa

Thursday, March 14, 2019

Travelog: Day 2: London Tour by Big Bus



Dah 3 bulan balik travel, baru ada masa nak upload travelog ke London musim sejuk bersama anak. Bagi yang nak baca prequel entry ni, boleh klik kat SINI ye.

Hari ke-2 kami di London, plan kami nak naik Big Bus dan pusing kota London. Kami beli 2 days London Pass daripada website Klook Book your Pass here
Kami dapat harga diskaun yang murah RM 417/PAX untuk 2 hari. 

London Pass ni berbaloi beli sebab korang tak perlu lagi bayar entrance fee untuk masuk melawat tempat-tempat tourist attraction di kota London tu. Awal pagi hari ke-2 tu kami ambil tube underground dari Paddington station ke Trafalgar Square. London pass tu kene collect dekat Tourism Island di Trafalgar Square.



Lepas collect pass, kitorang jalan-jalan dulu ambil gambar di sekeliling Trafalgar Square.






Baby Nuha 8months old survive the 2 degree temperature. Alhamdulillah

Bergambar dihadapan National Gallery
Memandangkan waktu musim sejuk ni siang pendek dan malam pula panjang...sekali sekala hujan turun pada waktu pagi dan tengahari. Jadi trip kami sedikit tergendala disebabkan cuaca dan musim. 

Bila travel on foot dengan bawa baby pada musim sejuk ni...pastikan you all bawa kelengkapan seperti:
1. Travel stroller yang sesuai
2. Rain cover untuk stroller

3. Stroller warmer untuk pastikan baby tak kesejukan 
4. Tambahkan jugak dengan baby carrier atau baby sling supaya baby rasa selesa dalam dakapan badan semasa menyusu.