Monday, January 7, 2019

"Biar hati baik macam orang kampung." - Tamu Hotel & Suites Kampung Baru



Alhamdulillah permulaan 2019 Sue memang bagi semangat pada diri yang lemau. Siapa rasa tahun baru dia sama je dengan tahun sebelumnya? Haaa....meh Sue bagi booster semangat pada you all.



Ada tak yang dah menginap di Tamu Hotel & Suites ni? Terletak di Kampung Baru berdekatan Masjid Jamek. Sue baru je berkunjung ke Tamu Hotel semalam untuk Hi-tea meeting bersama barisan Top Leaders G8preneurs.


Apa yang Sue nak share ialah.....view ni. Sambil menikmati juadah Hi-tea yang disediakan, Sue kagum tengok view bandaraya Kuala Lumpur daripada kawasan perkampungan termahal di Malaysia iaitu Kampung Bharu. Tau tak ramai orang Melayu duduk di Kampung Bharu?







Sambil layan makan dua potong pizza, datang seorang lelaki Cina yang dalam lingkungan umur 50-55tahun ke meja Sue. Tapi Sue bagi dulu gambar pizza.hehehehe....


Haaaa....uncle ni datang meja Sue, Sue tak kenal langsung sapalah uncle ni daripada tadi dok pusing meja. Uncle yang tengah urut bahu abang hensem tu rupanya CDM Chan Chong Soon antara mentor jutawan bisnes Sue. Sue tak kenal sebab Sue kira masih baru dalam bisnes.




CDM Chan ni tanya Sue kenapa agaknya dia pilih Kampung Bharu sebagai lokasi untuk event? Sue jawap sebab view segitiga emas Kuala Lumpur.

Haa....dia jawap betul.


CDM Chan kata... "Hati kene baik macam orang kampung. Tapi bila bisnes, ,mesti pemikiran macam orang bandar" korang paham? Sis memula tak paham....dah balik rumah baru sis paham.





Hi-tea session tu berlangsung daripada pukul 2.30pm sampai pukul 4 petang. So lepas kenyang makan, kitorang amek gambar dulu berlatarbelakangkan KLCC. Cantikkan view?


Acara seterusnya ialah meet&greet bersama Mentor Multi millionaire yang income bulanan RM 300,000 sebulan. Sis semalam tengah bayangkan berapa banyak CDM-CDM ni kene bayar income tax ye sebab bulan-bulan income RM 300,000. Setahun gross income dah 3.6million. Telan liur sis....bangga sebab ada orang Melayu yang berjaya dan tak sombong.



Haaaa..... nampak biasa je tapi income CDM Kak Ana ni RM 300,000 sebulan

Bila dah dengar selama 40minit CDM Kak Ana explain perjalanan bisnes yang dah dirancang untuk tahun 2019 dan 2020 ni, makin tak sabar pulak Sue nak jayakan semua projek 2019 dan siapkan diri sebagai CDM 2019. InshaAllah...


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua mentor G8Unity yang beri peluang pada Sue untuk hadir Meet&Greet session bersama orang pertama yang memulakan perniagaan daripada bawah hingga terbukti berjaya.


2019, kita buat je apa yang perlu untuk capai kejayaan. Jadi atau tak....itu belakang kira. Janji Sue dah cuba buat sehabis baik. Itulah namanya semangat orang Melayu pantang menyerah sebelum ajal. Cheewaaahhh.... oklah jom tengok gambar sekitar Majlis meet&greet with Millionaires.




Bersama pasangan CDM Haji Azlan Deraman dan CDM Hajjah Siti Rohana

Multi Millionaires dan sifu-sifu hebat


Premium Beautiful Expert

Barisan CDM yang menghasilkan jualan sekurangnya RM 2 juta
Semoga ukhwah baru ini akan lebih akrab dan jemaah baru ni bakal kecapi kejayaan tahun 2019 dan 2020. Aaaminnn....

Salam Sayang,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment