Monday, January 14, 2019

Daytrip ke Bukit Fraser...betulke Bukit Fraser SERAM?



Semalam Sue berkesempatan bawa family ke Bukit Fraser. Serious....ni baru first time nak pegi Fraser's Hill...tak sangka pulak jalan nak naik ke atas tu berliku-liku, menakutkan dan hanya ada hutan dan gaung. Sue bertolak dari Rawang ke Fraser Hill mengambil masa 1 jam 30minit je.

Cuaca di Fraser Hill nyaman dan tak hujan. Sebelah malam pulak suhunya boleh mencecah 19 darjah celsius. Sampai je kat Fraser Hill, kami ke Masjid dulu untuk solat Zuhur.



Air nak ambil wudhu tu sejuk macam sejuk kat London. Menggeletar sekejap sis masa amek wudhu'.Selesai solat Zuhur, kami terus ke food court bersebelahan Taman Awam.Perut rasa lapar sangat lepas mengharungi bukit bukau tu. Kami pilih makan di restoren Arzed yang menghidangkan menu western dan juga masakan thai.

Budak-budak yang excited sampai makan pun cepat-cepat sebab nak main kat taman permainan sebelah food court. Rasa nak tercekik tekak mak sebab kene paksa makan laju.huhuhu....






Dah puas main, kitorang bergerak pusing-pusing tengok apa yang best kat Fraser Hill ni. So kami terjumpalah Allan's water park. Kiranya macam empangan tadahan air yang kecil ditukarkan menjadi pusat rekreasi paddle boat. Kat situ ikan dia besar-besar dan gemuk. Mulut ternganga sedia menanti orang bagi makan.







Tapi Sue rasa seram pulak nak naik paddle boat tu tengok keadaan sekeliling hutan yang suram. hehehe...Bukit Fraser sangat famous sebagai tempat Bird Watching. Banyak spesis burung yang jarang dijumpai bermigrasi ke Bukit Fraser.

Disebelah Allan's Water ialah Edible Garden. Kat sini tempat diorang tanam sayuran, buah dan nursery untuk bunga. Sue beli ubi purple kat sini straight baru cabut daripada ladang.









Ok dah beli ubi dan sayuran...kita pusing-pusing lagi ke Fraser Hill Clock Tower untuk ambil gambar kat situ. Kat Fraser Hill ni banyak Banglo binaan bercirikan perkampungan British yang menjadi tempat peranginan dan persinggahan pelancong. Sue suka binaan peninggalan rumah berkonsep Little England.

Bukit Fraser juga kaya dengan sejarah dan misteri terutamanya misteri bagaimana Sir Henry Gurney dibunuh atau bagaimana misterinya kehilangan Louis James Fraser iaitu orang yang membuka Bukit Fraser ni.





Di Bukit Fraser terdapat juga Golf course buat pencinta penebas rumput especially encik suami saya. Green fees dalam RM 31.50 hari Isnin-Sabtu. Pada hari Ahad yuran RM 42.







Sebelum pulang ke Rawang, anak-anak Sue main permainan yang disediakan secara percuma di kawasan Bird Watching berdekatan Clock Tower tu. Disebabkan cuaca sejuk, jadi bunga kat Fraser Hill ni MashaAllah sangat cantik. Geram sis tengok tapi tak berani nak petik.

Pukul 4.30pm kami dah gerak untuk turun bukit dan pulang. Kami tak sempat nak singgah The Paddock untuk naik kuda dan main Archery. Sebenarnya risau dan seram nak turun bukit dan hutan lewat sangat sebab bawa anak-anak kecil. Almaklumlah Jalan Fraser Hill tu memang terkenal dengan cerita seram dan mistik.

InshaAllah satu hari nanti ada rezeki lagi nak naik Fraser Hill semula untuk rasa minum petang di kafe menarik di Fraser Hill. Korang dah pernah ke Fraser Hill?







Salam sayang,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment