Tuesday, March 19, 2019

Rahim Jatuh mitos atau realiti?

Sue jenis tak percaya sangat tentang rahim jatuh ni. Iyelah sejak kecik mak Sue tak bagi Sue melasak main hoki, main ragbi, buat kerja berat semua. Dia kata nanti rahim jatuh atau terkeluar.

Sue masa tu umur baru je 15 tahun...dah mak ingatkan jangan melasak angkat benda berat nanti rahim terkeluar. Seram jugaklah bila dengar mak cerita macam mana rahim terkeluar tu. Tapi kita relaks je lagi angkat kerusi, angkat meja, angkat barang berat dan main ragbi.

Sampailah umur Sue dah 35tahun ni, barulah Sue percaya memang ada rupanya masalah rahim jatuh dan terkeluar. Bahasa medic nya Prolapsed uterus....


Apabila rahim terkeluar, doktor pakar ada yang sarankan untuk buat pembedahan. Pembedahan pula boleh menelan kos sehingga RM 15,000. Astaghfirullah al azim...mahal kos untuk selesaikan masalah rahim jatuh dan terkeluar ni. Kos perubatan sekarang makin lama makin meningkat.

Tanda-tanda rahim jatuh :

  • Kerap kencing
  • sukar mengawal kencing.Batuk terkencing, lompat sikit terkencing.
  • Rasa tak puas kencing
  • Sembelit
  • Rasa tak puas buang air besar
  • Rasa sesuatu berat keluar daripada Miss V

You all boleh baca artikel lanjut tentang masalah rahim jatuh yang di ulas oleh doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Asiah Abdullah  KLIK DI SINI


PUNCA-PUNCA RAHIM JATUH:

  • Kehamilan dan bersalin
  • Meningkat usia
  • Menopaus
  • Obesiti atau kegemukan
  • Ketumbuhan seperti fibroid
  • batuk atau sembelit kronik

CARA MENCEGAH RAHIM JATUH & TERKELUAR:
  • Elakkan berdiri terlalu lama khususnya bagi mereka yang bekerja sebagai jurutera, guru, jururawat dan doktor. Ambil masa untuk duduk dan tinggikan kaki
  • Kerap lakukan senaman otot pelvik atau senaman kegel
  • Mengamalkan pemakanan yang betul dengan pengambilan sayuran dan buah yang lebih untuk mengelakkan masalah sembelit.(Bagi yang ada sembelit, boleh amalkan 1 cawan Minkaffe setiap pagi)
  • Pakai bodyshaper yang selesa dengan badan seperti Premium Beautiful. KLIK SINI untuk details bagaimana Premium Beautiful membantu mencegah rahim jatuh.
  • Jangan merokok dan dekat dengan perokok untuk mengelakkan batuk kronik.
  • Amalkan perancang kehamilan dan jarakkan kehamilan sekurangnya 2 tahun

Rahim kita ni merupakan emas dan aset buat seorang wanita. Kalau tak dijaga dengan baik, akan mengakibatkan banyak masalah fizikal, masalah emosi dan juga masalah hubungan antara suami isteri.

Sejak umur dah meningkat 35 tahun ni... Sue dah mula ambil berat tentang kesihatan daripada hujung rambut sampailah hujung kaki. Seram pulak bila tengok punca rahim jatuh ni boleh disebabkan oleh kegemukan dan kehamilan yang kerap. 

Semoga semua wanita, mengambil masa untuk jaga kesihatan. Gunakan Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran yang optimum.


Salam sayang,
Suhaili Isa

Thursday, March 14, 2019

Travelog: Day 2: London Tour by Big Bus

Dah 3 bulan balik travel, baru ada masa nak upload travelog ke London musim sejuk bersama anak. Bagi yang nak baca prequel entry ni, boleh klik kat SINI ye.

Hari ke-2 kami di London, plan kami nak naik Big Bus dan pusing kota London. Kami beli 2 days London Pass daripada website Klook Book your Pass here
Kami dapat harga diskaun yang murah RM 417/PAX untuk 2 hari. 

London Pass ni berbaloi beli sebab korang tak perlu lagi bayar entrance fee untuk masuk melawat tempat-tempat tourist attraction di kota London tu. Awal pagi hari ke-2 tu kami ambil tube underground dari Paddington station ke Trafalgar Square. London pass tu kene collect dekat Tourism Island di Trafalgar Square.



Lepas collect pass, kitorang jalan-jalan dulu ambil gambar di sekeliling Trafalgar Square.






Baby Nuha 8months old survive the 2 degree temperature. Alhamdulillah

Bergambar dihadapan National Gallery
Memandangkan waktu musim sejuk ni siang pendek dan malam pula panjang...sekali sekala hujan turun pada waktu pagi dan tengahari. Jadi trip kami sedikit tergendala disebabkan cuaca dan musim. 

Bila travel on foot dengan bawa baby pada musim sejuk ni...pastikan you all bawa kelengkapan seperti:
1. Travel stroller yang sesuai
2. Rain cover untuk stroller

3. Stroller warmer untuk pastikan baby tak kesejukan 
4. Tambahkan jugak dengan baby carrier atau baby sling supaya baby rasa selesa dalam dakapan badan semasa menyusu.




Tuesday, February 26, 2019

Bengkung Premium Beautiful Korset

Mungkin ramai dah kenal dengan Premium Beautiful korset kan? Tapi Sue pasti ramai lagi yang belum tahu tentang 2 versi Premium Beautiful yang ada di pasaran selama 25 tahun di Malaysia.

Harini Sue nak share tentang bengkung Premium Beautiful yang dipanggil waist nipper dan karakteristik waist nipper yang lain daripada bengkung yang sedia ada di pasaran.

Waist nipper Premium Beautiful didatangkan dengan LIFETIME WARRANTY untuk sebarang kerosakan,koyak,patah dan tercabut. Anda boleh hantar Premium Beautiful anda yang rosak secara FREE.... bengkung jenama lain....TAK BOLEH.

Enjoy the video....


Wednesday, February 6, 2019

London Trip: How to eat Crispy Roll dUCK

Harini Sue nak share cara makan crispy duck roll...

December 2018 Sue melawat kakak di London, so dia bawa kami makan roasted duck di Noodle Oodle Baywater. Kami belajar cara makan Crispy Duck Roll...

Memang the best...kalah Vietnamese spring roll...
Here you go...watch the video...


Warmest Love,
Suhaili Isa

Tuesday, January 29, 2019

Premium Beautiful Korset Bonanza Spring Lucky Draw

Hi Assalamualaikum semua...

Lama Sue tak share great news about Premium Beautiful. Here you go... Im going to spill some exciting news including FREE CASH, FREE Travel Packages and many more!!

Get ready everyone.... Starting 1st Jan - 31st March 2019, to all yang dapatkan 1 set Premium Beautiful Classic akan dapat 10 penyertaan Lucky Draw.

www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com

Haaaa....apa macam? Terkejut tak bila tengok Cash prize ni? RM38,000 tu sisters..... boleh buat macam--macam. Ni Sue listkan apa yang korang boleh buat dengan CASH RM 38,000:

  • Bayar hutang
  • Pegi Umrah
  • Invest duit dalam ASB/Unit trust
  • Simpanan kecemasan
  • Renovate rumah
  • Downpayment kereta
  • Downpayment rumah
  • Pegi holiday
  • Bayar PTPTN
Banyak lagi korang boleh buat dengan RM 38,000 tu.


www.suhailiisa.com


Haaa....bagi yang nak sangat holiday tu.... SHOM bagi hadiah pakej melancong untuk 2 orang tau bernilai RM 6000. Nak pegi London pun cukup aihhh...


www.suhailiisa.com


Siapa handphone dia dah menunjukkan tanda-tanda perlu ditukar? Nah.... SHOM bagi hadiah lucky draw IPHONE XS untuk 5 orang yang bertuah. Seram wehhhh tengok harga handphone pun sampai RM 5000. Korang takyah beli guna duit sendiri, korang ambil peluang Lucky Draw ni je.


www.suhailiisa.com


Tak cukup dengan handphone....dia bagi IPAD Mini pulak untuk 5 orang bertuah jugak tu.


www.suhailiisa.com

Haaa....siapa nak handbag baru? SHOM hadiahkan handbag InfinenceXFazura bernilai Rm1000 lagi tu. 45 beg jumlah kesemuanya.

www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com

Macam mana nak take part dalam Lucky Draw ni???


  1. Dapatkan 1 set sahaja Premium Beautiful korset anda secara cash/credit card/ansuran 0% bernilai RM 1999.80.
  2. Dengan resit pembelian tu, anda simpan dan automatik anda akan dapat 10 entri Lucky Draw. Haaaa....untung berganda dan peluang nak menang tu tinggi.
  3. Nantikan cabutan bertuah pada 13hb April 2019.


www.suhailiisa.com


Lagi goodnews Sue nak share...Kalau korang grab Premium Beautiful bulan Januari ni, lagi UNTUNG sebab boleh dapat 20 entri Lucky Draw terus. UNTUNG ke UNTUNG????

Haishhh....akak rasa bahang betul ni....panas you all!!! SHOM ni permurah betul nak bagi hadiah grand dan banyak macam ni. 

Jadi jangan lupa GRAB 1 SET PREMIUM BEAUTIFUL anda hari ini dengan contact Sue 012-6842560 SEKARANG jugak.


Salam sayang,
Suhaili Isa





Tuesday, January 15, 2019

Infinence Mask....Topeng Muka?

Siapa suka pakai topeng muka? Hehehehe...gelihati pulak tengok ayat topeng muka tu...teringat cerita The Mask.



Hehehehe.....smokey!!! Harini Sue nak cerita pasal Infinence Mask. Biasakan orang perempuan seminggu sekali atau sebulan sekali mesti tepek Mask kat muka. Bagi kulit lembut dan segarkan muka. Apa brand yang korang suka? Macam Sue, Sue suka organik mask yang Sue buat sendiri. Tapi terjumpa pulak Infinence Mask ni terus jatuh cinta.






Perluke guna face mask sebenarnya? Bagi Sue yang rasa tak penting sangat jaga kecantikan ni kan...rasanya macam tak perlu. Tapi bila sedar umur dah 35 tahun this year.....haishhhh kulit muka makin kering dan biasalah nak berkedut dah. So Sue trylah Hydrating Face Mask Infinence.




Ok yang putih ni nama dia Deep Hydration Firm & Shape Treatment Mask berfungsi untuk melembapkan muka, menegangkan kulit kedut serta mencerahkan muka. 

Dirumus khas dengan bahan seperti :

  •  gliserin,
  •  kolagen laut,
  • lidah buaya, 
  • ekstrak spirulina, 
  • ekstrak alga, 
  • natrium hyaluronat,
  •  eksktrak daun mate, 
  • ekstrak daun teh hijau, 
  • Vitamin B3 
  •  Pro vitamin B5 


ok yang hitam ni pulak nama dia Infinence Intensive Brightening Treatment Mask. Si hitam ni berfungsi untuk melegakan keradangan kulit kering, membersihkan muka dan mencerahkan kulit you all.

Antara bahan yang terdapat dalam Brightening treatment mask ialah:
  • Vitamin B3
  • Pro vitamin B5
  • Ekstrak kulit Mulberi putih
  • Ekstrak epal
  • ekstrak daun teh hijau
  • ekstrak camellia Japanese
  • ekstrak kulit lemon
  • ekstrak Gotu Kola
  • ekstrak chestnut kuda Eropah
  • kolagen laut
  • gliserin
  • ekstrak alga

Tapi soalan sis masih belum terjawap....
" Perlu ke pakai Face Mask ni?" bahan Infinence facemask ni sis gerun siap ada chestnut kuda laut...apekebenda chestnut kuda laut?


oooo rupanya bawah kulit muka kita ni penuh kotoran dan berdaki

Semalam test pakai mask sambil baring dengar lagu.....perrgghhh ME TIME sangat...rasa relax
wooo...ini sis barutau. Boleh melancarkan peredaran darah bagi kulit muka ada Nur gitu



haaa.....sis-sis sekalian, kalau rasa muka kusam...cuba amek wudhu' lepastu korang tepek Infinence Mask ni kat muka. Baca bismillah dulu biar dapat pahala bila pakai mask.

Eh....apehal tak dapat pahala pulak? Seorang isteri yang mencantikkan diri untuk menggembirakan hati suami, Allah bagi pahala baaaaanyaaaakkkk ok. Lagilah kalau isteri beli guna duit sendiri....InshaAllah dapat pahala seperti bersedekah jugak.

Yelah kekadang suami ni kedekut sikit dengan isteri. Jadi isteri beli dulu dengan duit sendiri. Kemudian suami dah nampak cahaya Nur di muka isteri menjadi secantik bidadari.... haritu jugak dia akan tanya....
"muka sayang makin cerah dan jelita..ayang pakai apa?"

Haaaa.....bila dia keluarkan ayat macamni....kau jangan tunggu lagi...time ni kau bagi terus point-point suh suami pulak belikan. Haaa....macam tu lah sis hantar proposal kat suami bila teringin nak suami belikan sesuatu.hahahahaha....

Oklah....Sis nak pegi jogging dulu. You all layan dulu video cara pakai Infinence Mask ni ok.



Salam sayang,
Suhaili Isa


Monday, January 14, 2019

Daytrip ke Bukit Fraser...betulke Bukit Fraser SERAM?

Semalam Sue berkesempatan bawa family ke Bukit Fraser. Serious....ni baru first time nak pegi Fraser's Hill...tak sangka pulak jalan nak naik ke atas tu berliku-liku, menakutkan dan hanya ada hutan dan gaung. Sue bertolak dari Rawang ke Fraser Hill mengambil masa 1 jam 30minit je.

Cuaca di Fraser Hill nyaman dan tak hujan. Sebelah malam pulak suhunya boleh mencecah 19 darjah celsius. Sampai je kat Fraser Hill, kami ke Masjid dulu untuk solat Zuhur.



Air nak ambil wudhu tu sejuk macam sejuk kat London. Menggeletar sekejap sis masa amek wudhu'.Selesai solat Zuhur, kami terus ke food court bersebelahan Taman Awam.Perut rasa lapar sangat lepas mengharungi bukit bukau tu. Kami pilih makan di restoren Arzed yang menghidangkan menu western dan juga masakan thai.

Budak-budak yang excited sampai makan pun cepat-cepat sebab nak main kat taman permainan sebelah food court. Rasa nak tercekik tekak mak sebab kene paksa makan laju.huhuhu....






Dah puas main, kitorang bergerak pusing-pusing tengok apa yang best kat Fraser Hill ni. So kami terjumpalah Allan's water park. Kiranya macam empangan tadahan air yang kecil ditukarkan menjadi pusat rekreasi paddle boat. Kat situ ikan dia besar-besar dan gemuk. Mulut ternganga sedia menanti orang bagi makan.







Tapi Sue rasa seram pulak nak naik paddle boat tu tengok keadaan sekeliling hutan yang suram. hehehe...Bukit Fraser sangat famous sebagai tempat Bird Watching. Banyak spesis burung yang jarang dijumpai bermigrasi ke Bukit Fraser.

Disebelah Allan's Water ialah Edible Garden. Kat sini tempat diorang tanam sayuran, buah dan nursery untuk bunga. Sue beli ubi purple kat sini straight baru cabut daripada ladang.









Ok dah beli ubi dan sayuran...kita pusing-pusing lagi ke Fraser Hill Clock Tower untuk ambil gambar kat situ. Kat Fraser Hill ni banyak Banglo binaan bercirikan perkampungan British yang menjadi tempat peranginan dan persinggahan pelancong. Sue suka binaan peninggalan rumah berkonsep Little England.

Bukit Fraser juga kaya dengan sejarah dan misteri terutamanya misteri bagaimana Sir Henry Gurney dibunuh atau bagaimana misterinya kehilangan Louis James Fraser iaitu orang yang membuka Bukit Fraser ni.





Di Bukit Fraser terdapat juga Golf course buat pencinta penebas rumput especially encik suami saya. Green fees dalam RM 31.50 hari Isnin-Sabtu. Pada hari Ahad yuran RM 42.







Sebelum pulang ke Rawang, anak-anak Sue main permainan yang disediakan secara percuma di kawasan Bird Watching berdekatan Clock Tower tu. Disebabkan cuaca sejuk, jadi bunga kat Fraser Hill ni MashaAllah sangat cantik. Geram sis tengok tapi tak berani nak petik.

Pukul 4.30pm kami dah gerak untuk turun bukit dan pulang. Kami tak sempat nak singgah The Paddock untuk naik kuda dan main Archery. Sebenarnya risau dan seram nak turun bukit dan hutan lewat sangat sebab bawa anak-anak kecil. Almaklumlah Jalan Fraser Hill tu memang terkenal dengan cerita seram dan mistik.

InshaAllah satu hari nanti ada rezeki lagi nak naik Fraser Hill semula untuk rasa minum petang di kafe menarik di Fraser Hill. Korang dah pernah ke Fraser Hill?







Salam sayang,
Suhaili Isa