Thursday, November 8, 2018

Alhamdulillah saya pregnant kak...

Mengandung ni boleh dikatakan impian semua wanita yang bergelar isteri. Betul ke? Entahlah tapi ramai kawan-kawan Sue letak kemampuan mengandung itu sebagai penanda aras kewanitaan. Ada kawan-kawan yang diperli saudara mara hanya kerana lewat mengandung. 


Makcik bawang ramai yang tak senang bila seorang wanita yang dah berkahwin ni tak mengandung lagi. Tak perlulah kita beri mereka tekanan lagi sebab rezeki anak ni Allah beri bila keadaan kita dah bersedia galas tanggungjawab sebagai ibu.


Tapi kalau ada kawan-kawan yang nak ikhtiar untuk hamil, Sue boleh sarankan untuk amalkan Herba Maharani.Herba Maharani berfungsi untuk stabilkan kesemua hormon dalam badan wanita. Kenapa perlu stabilkan hormon untuk mengandung ni? 



www.suhailiisa.com



Cuba baca daripada atas sampai ke bawah 5 Tanda Hormon tidak seimbang. Kalau ada 1 je simptom yang anda alami, maksudnya ambil tindakan sekarang untuk stabilkan hormon.


www.suhailiisa.com

Hormon yang tak stabil dalam badan wanita selalu menjadi punca kenapa seorang wanita tidak boleh mengandung. Antara hormon yang terlibat yang boleh mempengaruhi keupayaan seorang wanita untuk mengandung ialah:


  • Thyroid- hormon ini berfungsi untuk mengawal kadar metabolisma badan serta mengawal pencernaan. Ia juga berkait rapat dengan sistem reproduktif. Orang yang mengalami masalah tiroid selalunya akan mengalami Hyperprolactinemia 

  • Prolaktin - prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu badan. Tetapi sekiranya anda mengalami paras prolaktin yang tidak stabil, anda akan rasa simptom period tak teratur. Sebab tu kalau ibu menyusu badan,ada yang tak period sampai setahun. Breastfeeding boleh menjarakkan kehamilan.

  • Anti mullerian Hormon (AMH)- Hormon ini dihasilkan di folikel ovari yang berfungsi untuk menyokong telur-telur belum matang di ovari. Selalunya bacaan kuantiti AMH ini diperlukan untuk mengira berapa jumlah telur yang ada dalam ovari kita.

  • Follicle stimulating Hormone- Hormon ini terlibat secara langsung dalam sistem reproduktif wanita. Hormon FSH ini yang mengawal cycle period seorang wanita dan menghasilkan telur dalam ovari.

  • Luteinizing hormon- Hormon LH ni memberi signal kepada badan supaya melepaskan ovum atau telur daripada ovari. Haaa....korang jangan ingat telur tu macam ayam bertelur pulak. Ovum ni sel paling besar dalam badan wanita dan sangat cantik shining-shining gitu.... tu yang sperma semua tertarik kat dia. yeee....begitulah, sperma memang suka yang cantik menarik je. 
www.suhailiisa.com
haaaa....yang bulat bersinar tu nama dia telur/ovum wanita
  • Progesterone - Hormon ini penting untuk menyokong kehamilan. Hormon ini membantu menebalkan dinding rahim supaya ovum yang dah disenyawakan oleh sperma boleh melekat landing elok pada rahim dengan kukuh. Wanita yang mempunyai level progesteron yang rendah,biasanya akan mengalami keguguran berkali-kali.    
sistem reproduksi wanita
                    

Ha...... sekarang dah paham tak tentang hormon wanita ni? Belajar sains dalam bahasa mudah sikit supaya boleh bantu kawan-kawan yang bukan belajar aliran sains.  

Nak tau tak antara sebab wanita sukar mengandung?
  1. Masalah hormon tiroid
  2. Masalah PCOS (Polycystic ovary syndrom)
  3. Masalah hormon progesteron yang tak seimbang sehinggakan embrio(baby) tak boleh melekat di dinding rahim

Disebabkan masalah hormon ini, Herba Maharani dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang boleh membantu stabilkan hormon contohnya pati ayam hitam. Ok, nantilah kita cerita pulak bahan-bahan dalam Herba Maharani ni. 

meh kita layan adik-adik yang excited Allah beri izin untuk pregnant lepas berikhtiar dengan Herba Maharani.

www.suhailiisa.com



ikhtiar hamil
   

www.suhailiisa.com



www.suhailiisa.com
   
Apa-apa pun jangan lupa untuk berdoa dan istighfar mohon Allah permudahkan urusan rezeki anak buat kita. Ok nah layan ragam baby Nuha ni....baby Nuha dah 7 bulan dah.

Hasil makan Herba Maharani jugak ni.Beza jarak 5 tahun antara anak ke-2 dan ke3 ni. hahahahah..... sis stop makan maharani sekarang, takut keluar yang no.4 pulak.


Salam sayang,
Suhaili Isa

www.suhailiisa.com


Husna Khalisha Field trip to Selangor Fruit Valley

Assalamualaikum, lama tak update blog ni.....banyak benda nak cerita tapi asyik tertunda. Ok kita start dengan cerita Husna ke Selangor Fruits Valley. Sue pernah ke SFV ni waktu awal dibuka sebab ayah Sue merupakan antara orang-orang yang membangunkan Selangor Fruits Valley. Masa kecik dulu selalu ikut abah masuk ladang kutip buah belimbing.

pasti almuttaqin



Seawal pukul 8 pagi, Husna dah berada di sekolah untuk sarapan dan tunggu bas sampai. Husna excited sangat sebab nak naik bas dengan kawan-kawan. Ini kali kedua Husna naik bas. Dulu masa trip Singapore tahun 2016, Husna dah rasa naik bas.


Sarapan dulu di sekolah

Happy Husna dapat duduk sekali dengan kawan-kawan baik dia dalam bas
Selangor Fruits Valley yang berkeluasan 1000 hektar ini merupakan antara tarikan pelancong ke Selangor. Antara aktiviti menarik di SFV ialah:

  1. Carambola Pavillion - tempat di mana pengunjung boleh meninjau keseluruhan kawasan Selangor Fruits Valley.
  2. Ecobridge Courtyard- Ia merupakan ruang lanskap terbuka buat pengunjung bersantai.
  3. Taman Herba, rempah ratus & Laman Mini
  4. Taman Rusa dan arnab
  5. Trem Ride
  6. Sukan Air

Trem ride

kenapa muka Husna takde expression?
Ada sesi pegang arnab, tapi Sue tau dah Husna memang takut binatang. So dia tak pegang arnab. Comel-comel arnab dekat SFV ni.





Pakej lawatan ini juga disediakan minuman air kelapa dan buah-buahan potong. Sekali lagi,Husna memang tak minum air kelapa, jadi dia tak minum air kelapa.


Harga pakej lawatan ini seperti di bawah:
  • Pakej pelajar sekolah RM 10
  • Pakej warga emas RM 12
  • Pakej dewasa (antarabangsa) RM 50
  • Pakej dewasa (domestik) RM 18
  • Pakej bufet buah-buahan RM 70
Selangor Fruits Valley beroperasi dari hari Sabtu-Khamis (9.00am - 4.00pm), untuk ke Selangor Fruits Valley boleh gunakan waze.

Terima kasih buat pihak pengurusan PASTI yang bertungkus lumus menjayakan program field trip ni. Husna memang seronok sampai seminggu dia tak berhenti cerita pengalaman ke Selangor Fruits Valley. InshaAllah nanti kita pegi sekali lagi untuk rasai pengalaman di ladang buah.


Salam sayang,
Suhaili Isa