Posts

Showing posts from July 22, 2018

Hari Sukaneka PASTI

Image
Jarang Sue cerita tentang anak ke-2 Sue dalam blog ni kan? Oklah harini nak story tentang Hari Sukaneka Husna Khalisha di PASTI. Sue tak dapat join Husna ke acara sukan sebab waktu tu Sue 14 hari dalam pantang anak ke-3.

Seawal pukul 7 pagi Husna dah bangun bersiap sarapan di rumah sebab excited nak bersukan dengan kawan-kawan. Sehari sebelum sports day tu Sue belikan kasut sukan untuk Husna warna hijau jugak. Punyalah excited pakai kasut sampai taknak bukak.

Haaaa....tu kasut dia dah matching dengan uniform PASTI. Disebabkan mommy dalam pantang, kakak Arfa dan husband Sue temankan Husna ke sports day.Sampai di padang sukan, ada breakfast yang disediakan oleh pihak pengurusan PASTI. Jadi Husna makan bersama-sama kawan yang lain.
Kemudian bila perut dah kenyang, acara hari sukan dimulakan dengan bacaan doa serta perbarisan rumah sukan. Husna mewakili rumah kuning tau. Nak dipendekkan cerita Husna masuk acara sukan pass bola. Lawak sebab Husna blur taktau macammana nak main sukan walaupun …