Sunday, December 2, 2018

Travelog: KLIA-Dubai-Heathrow London



Assalamualaikum, alhamdulillah finally dapat jugak travel dalam tahun 2018. Maklumlah tahun ni Sue busy pregnant, bersalin, berpantang dan menyusukan anak sambil sesuaikan diri dengan status mak anak 3. Memula ingat dah tak berpeluang dah nak travel tahun 2018 ni, alhamdulillah 3 bulan je plan nak ke London, Allah izinkan.

Ok kita kasi can Big Boss bergambar sakan dekat KLIA.

Flight dari KLIA ke Dubai berlepas pukul 1.20am pada 2 Dec. Sue pilih untuk travel dengan Emirates Airbus A380 sebab first time nak travel long haul flight 13hours. Sebelum ni paling lama pun 8jam ke Gold Coast. 

Kami pilih untuk transit di Dubai selama 5 jam untuk freshkan badan dan regang-regangkan badan. Perjalanan ke Dubai mengambil masa 6 jam 30 minit dan Alhamdulillah  dalam flight baby Nuha tido nyenyak. Lega sis dia tak meragam sangat. Sampai Dubai pukul 4.15am. 

Off to Dubai, baby Nuha tido sedap
In-flight menu memang best dan semuanya halal. Jadi tak risau nak makan. Baby food pun disediakan. Bagi yang bawa baby menaiki Emirates, mereka akan diberikan toy&blanket serta free baby kit pouch untuk diaper changing dan feeding.

Spirit of Dubai
 

Bila touchdown Dubai tu rasa lega sikit sis sebab sis ni penakut naik flight.hehehehe.... Di Dubai International Airport, kita kene selalu aware dengan VMS Board departure& arrival diorang sebab Dubai Airport ialah Silence Airport yang jarang ada pengumuman penting.


make sure you all selalu check board ni ye...jangan terlepas flight pulak
Untuk kemudahan traveller yang bawa anak kecil, Dubai Airport sediakan stroller untuk kemudahan si kecil. Stroller diorang guna MacLaren Globetrotter tau...bukan Sweet Cherry.heheheh....I hope KLIA pun boleh buat benda yang sama di airport untuk memudahkan traveller.




Memandangkan kami sampai di Dubai pukul 4 pagi, jadi kami tunggu untuk solat Subuh di Dubai Airport. Memula cari surau wanita takde. Dalam hati tu terfikir takkanlah orang perempuan didiskriminasi nak solat di Dubai ni kan...traveller ramai wanita jugak.




Then Sue tanya Sales advisor booth Kielhs dekat mana surau wanita, rupanya di Dubai Airport ada 1 je surau wanita dan terletak di hujung airport berdekatan departure gate B29. Memang ramailah kaum wanita yang solat di surau sebab surau satu je.

Jangan lupa pastikan you all bawa sesiap telekung atau pakailah pakaian yang readytoSolat sebab telekung not provided.





Sementara bergilir tunggu turn nak solat, Baby Nuha lapar. Lega dalam flight tadi diorang bagi baby meal sedap. Ni rupa baby meal homemade by Ella's Kitchen.



ini memang favourite baby nuha


Di Dubai Airport memang seronoklah kalau nak shopping minyak wangi. Hehehehe...tapi Sue tak gemar perfume. Dubai Airport jugak ada banyak kafe menarik dan Costa coffee, tapi Sue suggest jangan beli Costa Coffee dekat Dubai sebab mahal. Korang minum kat London je sebab murah.




H&M outlet Dubai kene terjah sebab ada promosi Buy 1 free 1...lepastu belilah manisan Turkish delight untuk ole-ole. Ok kami nak boarding flight ke London lagi 6jam 30minit sampailah Heathrow. 



Kita pun adalah gambar dekat Dubai Airport. Husband ingat dia sorang je bleh 


Nah tengok view yang Sue capture daripada flight A380 dan aktiviti kitorang dalam flight. Ya Allah, bagi Sue yang penakut ni....lagi 3 jam nak sampai London tu, Sue dah gelisah dah. Nak muntah semua ada. Bilanya nak sampai nihhhh....stress rasa.


Bosan dalam flight kita main B612

Inflight Menu


Selepas 13 jam mengharungi pengalaman long haul flight, Alhamdulillah akhirnya sampai jua ke Heathrow London. 
*Tips bila korang sampai Heathrow, korang kene bergegas berlari menuju ke kaunter immigration sebab orang ramai. Korang jangan lenggang kangkung macam kat Malaysia. Alamatnya nanti korang tunggu 1 jam la nak lepas immigration counter


Suhu 12C sejuk jugak




Kami menaiki Heathrow Express untuk ke apartment di Paddington. Heathrow Express ni lebih kurang macam KLIA Ekspress tu. Perjalanan daripada Heathrow ke Paddington station mengambil masa 15minit.

Di London best sebab semua tempat termasuk train ada disediakan wifi percuma. Bukan wife percuma ek...hehehehe

Next entry Sue share our apartment dan 1st day activity di London during winter. Winter season ni siang pendek dan malam panjang. Pukul 5 petang dah malam dah. So kami pun confuse kejap. Bawah ni Sue buat senarai kos perjalanan kami selama 6H5M jerr.... bos besar takleh cuti lelama. Sue pun takleh cuti lelama sebab bisnes tengah peak.

Salam sayang,
Suhaili Isa

London & Paris Trip Cost:
1. Flight = RM2857/pax. Baby Nuha only RM305 (Emirates)
2. Hotel = RM2611.03 (Airbnb at Paddington) (RM870/person after divide by 3 adults)
3. Heathrow Express (Airport to Paddington 2/12/18) = RM49/pax
4. Travel Insurance (3 pax) = RM138.75 (AXA Affin)
5. Oyster Card = £20 per card (Kad £5 & Topup £15) (Approx. RM110/kad)
6. London Pass (2 Days) = RM417/person (Klook)
7. Madame Tussaud = RM137/person (Klook)
8. Heathrow Express (Paddington to Airport 7/12/18) = RM66/person
9. Eurostar Train London - Paris Return = RM327/person
10. Disneyland Paris 1 Day/2 Park = RM321/person
11. RER Train dari Paris Gare Du Nord - Disneyland (Return) = €15.20/person (Approx RM73/person)
Notes:
1. Hampir semua train ticket and entrance free di London utk child below 4 years old.
2. Tiket Heathrow Express beli lagi awal lagi murah. Better beli 2 months early. Perjalanan between Heathrow Airport - Paddington station just take 15min only.
3. Tiket Eurostar beli lagi awal lagi murah. Better beli 2 months early. Perjalanan between St. Pancras - Paris Gare Du Nord station just take 2 hours 30 min only.
4. Airbnb boleh dapat lagi murah if stay dekat area outskirt & jauh dari Central London. Just nanti ambil masa utk travel and transportation. So depend on your budget and time.
5. Major cost flight & airbnb yg major contribution to total cost. If dapat lagi murah so total cost pun lagi murah.
6. Better ambil Airbnb sebab ada dapur utk masak. Kami bawak food dari Malaysia n masak di sana. Makan kat luar 3x je. Bawak bekal ke Disneyland sama. Sbb Halal food tak banyak & mahal. So dapat jimat kos makan.
7. Kopi & pasteri kat London murah sangat. Wajib enjoy coffee dekat sana. Barang dapur dekat Tesco Express pun murah.

No comments:

Post a Comment