Thursday, November 8, 2018

Husna Khalisha Field trip to Selangor Fruit Valley

Assalamualaikum, lama tak update blog ni.....banyak benda nak cerita tapi asyik tertunda. Ok kita start dengan cerita Husna ke Selangor Fruits Valley. Sue pernah ke SFV ni waktu awal dibuka sebab ayah Sue merupakan antara orang-orang yang membangunkan Selangor Fruits Valley. Masa kecik dulu selalu ikut abah masuk ladang kutip buah belimbing.

pasti almuttaqin



Seawal pukul 8 pagi, Husna dah berada di sekolah untuk sarapan dan tunggu bas sampai. Husna excited sangat sebab nak naik bas dengan kawan-kawan. Ini kali kedua Husna naik bas. Dulu masa trip Singapore tahun 2016, Husna dah rasa naik bas.


Sarapan dulu di sekolah

Happy Husna dapat duduk sekali dengan kawan-kawan baik dia dalam bas
Selangor Fruits Valley yang berkeluasan 1000 hektar ini merupakan antara tarikan pelancong ke Selangor. Antara aktiviti menarik di SFV ialah:

  1. Carambola Pavillion - tempat di mana pengunjung boleh meninjau keseluruhan kawasan Selangor Fruits Valley.
  2. Ecobridge Courtyard- Ia merupakan ruang lanskap terbuka buat pengunjung bersantai.
  3. Taman Herba, rempah ratus & Laman Mini
  4. Taman Rusa dan arnab
  5. Trem Ride
  6. Sukan Air

Trem ride

kenapa muka Husna takde expression?
Ada sesi pegang arnab, tapi Sue tau dah Husna memang takut binatang. So dia tak pegang arnab. Comel-comel arnab dekat SFV ni.





Pakej lawatan ini juga disediakan minuman air kelapa dan buah-buahan potong. Sekali lagi,Husna memang tak minum air kelapa, jadi dia tak minum air kelapa.


Harga pakej lawatan ini seperti di bawah:
  • Pakej pelajar sekolah RM 10
  • Pakej warga emas RM 12
  • Pakej dewasa (antarabangsa) RM 50
  • Pakej dewasa (domestik) RM 18
  • Pakej bufet buah-buahan RM 70
Selangor Fruits Valley beroperasi dari hari Sabtu-Khamis (9.00am - 4.00pm), untuk ke Selangor Fruits Valley boleh gunakan waze.

Terima kasih buat pihak pengurusan PASTI yang bertungkus lumus menjayakan program field trip ni. Husna memang seronok sampai seminggu dia tak berhenti cerita pengalaman ke Selangor Fruits Valley. InshaAllah nanti kita pegi sekali lagi untuk rasai pengalaman di ladang buah.


Salam sayang,
Suhaili Isa


No comments:

Post a Comment