Dinosaur Kingdom Gamuda Gardens

Happy Independence Day to all Malaysians...
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 61 Malaysia...
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Cuti selama 3 hari ni, confirm ramai yang pulang ke kampung kan? Bagi yang tak pulang ke kampung,Sue cadangkan anda pergi ke Dinosaur Kingdom Gamuda Gardens. Haaaaa.....ada small dinosaur theme park di Kundang.


www.suhailiisa.com


Tengok pun dah excitedkan? Macam nak masuk Jurassic Park pulak.Heheheheh....ok kalau you all nak ke Dinosaur Kingdom ni, guna WAZE je dan ambil exit tol plus highway Rawang Selatan. Nanti boleh nampak signboard ke Dinosaur Kingdom Gamuda Gardens.

Ada tempat parking dan pihak penganjur sediakan complimentary shuttle van daripada parking area ke pintu masuk Dinosaur Kingdom. Kat bawah ni Sue share tarikh-tarikh exhibition Dinosaur Kingdom ni berlangsung.

18 Aug - 26 Aug
31 Aug-2 Sep
7 Sep - 11 Sep
14 Sep - 17 Sep
21 Sep - 23 Sep

Dinosaur Kingdom ni start pukul 12 tengahari sampai 10.30pm.

www.suhailiisa.com
Pintu masuk Dinosaur Kingdom dan tempat menunggu shuttle van

Bayaran masuk ke theme park ni seperti kat bawah ni ye.

Dewasa : RM 30/ pax
Kanak-kanak : RM 20/pax

www.suhailiisa.com
Ini booth untuk beli tiket secara CASH

booth kecil untuk pembayaran menggunakan kad

Setiap pembelian tiket akan dapat 2token complimentary.Haaaaa....pandai bisnes diorang ni tau sebab nak main games dalam theme park perlu bayar token. Nanti korang pandai-pandailah beli extra token pada amoi-amoi comel yang jual token kat depan entrance tu.


www.suhailiisa.com


Haaaa Sue upload map theme park untuk memudahkan you all. 1st bila masuk je, korang kene pegi cuba wall climbing Pterosaur's nest tu. Kemudian pegi main tembak-tembak dinosaur dekat Dinosaur Battlezone. Lepastu bawaklah anak-anak ke Raptor's Maze tu untuk cari telur dinosaur dan selamatkan ranger yang hilang. serious yang Raptor Maze tu budak-budak rasa macam dalam citer Jurassic Park.

Pretosaur Nest



Ada banyak aktiviti untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ada juga disediakan indoor playground untuk anak-anak bermain sekiranya hari panas.





Bagi yang sukakan cabaran, you all boleh cuba Flying fox, Dino Riders, Dirt Kart Challenge dan naik dinosaur atas air di Swamp Jetty.



Antara kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung ialah:

  • Toilet
  • Smoking area
  • Surau lelaki dan perempuan
  • Kiosk makanan dan minuman
Kesemua kemudahan disediakan berdekatan pintu masuk theme park. Dinasihatkan pengunjung wanita untuk bawa telekung sendiri ya sebab telekung not provided.









Ice-cream harga RM 15

Dah penat buat outdoor activities dan isi perut masing-masing, you all kene tunggu pukul 6.00pm untuk Dinosaur Parade & dance, kemudian layan Live Show Jurassic world pulak.

Dinosaur Parade






ok....enjoy more pictures during our visit to Dinosaur Kingdom. Jangan lupa singgah Sales Gallery Gamuda Gardens menaiki shuttle van. Kami tak sempat nak ke Show house tu sebab nak solat Maghrib. InshaAllah next visit. Cepat kunjungi Dinosaur Kingdom sebelum exhibition tutup pada 23 September ni.


Love,
Suhaili Isa





Comments

Popular posts from this blog

Pes Tom Yum Thai sedap

Resepi Mee Suah untuk bayi 9 bulan

Koleksi Baju Raya Leeyana Rahman di Bangi