7 Skincare yang Sue pernah guna. No.6 & No.7 tu paling berkesan

Korang mesti dah banyak kali bertukar skincare kan? Sama jugak macam Sue, sejak daripada umur 13 tahun lagi Sue start dah pakai skincare dan tercari-cari skincare yang sesuai dengan kulit muka combination berminyak dan kering. Meh Sue share antara skincare yang pernah Sue guna.

No.1 : Tea tree skincare
Sue pakai skincare ni daripada umur 13 tahun. Tapi bila pakai je kulit muka rasa macam terbakar dan tegang. Muka jadi burn waktu tu. Jadi terus stop pakai skincare sebab muka merah teruk.


No.2: Cetaphil

Masuk umur 15 tahun muka Sue dah start berjerawat nanah penuh kat muka. Pegi jumpa pakar kulit dan pakar suggest pakai facial wash Cetaphil. Dulu Cetaphil ni ada dalam bentuk bar soap. Harga Bar soap tu dalam Rm 30 masa tu. Setiap kali jumpa pakar kulit, mesti habis duit dalam Rm 200- Rm 300 sekali dengan antibiotik.


No.3 : Temulawak

Masuk umur 18 tahun dah masuk Universiti, Sue berjinak-jinak dengan skincare Temulawak.


Huishhh krim ni bagus. Sue ada ketuat kat jari, sapu krim ni ketuat hilang. Cumanya Sue tak suka bila pakai kat muka, kulit jadi putih macam tepung gomak dan berkilat-kilat. Buang kau dalam tong sampah.

Alhamdulillah daripada umur 19tahun ke 21 tahun tu kulit muka Sue jarang naik jerawat sebab Sue banyak makan Vitamin C dan jarang makan ayam. Sue hanya basuh muka dengan air suam dan kekadang pakai sabun Cetaphil tu je. Sue banyak makan ikan daripada ayam. Memang kulit muka bersih.

No.4 : Olay face wash

Konon muka dah cantik bersih, Sue tukar pulak Olay Skincare. Mungkin tak sesuai dengan kulit muka Sue, masa Sue umur 23 tahun, jerawat bernanah naik balik sampai habis satu muka tu. isshhhh kalau nak diceritakan tu memang hodohlah. Sampai orang lelaki pun jijik nak dekat dengan Sue. Nanti Sue share gambar ok.

Lepastu Sue terus stop pakai Olay dan cuci muka semula dengan air suam dan letak masker bawang putih kat muka sebagai antiseptik.


No.5: Nivea
Lepas kahwin dan anak dah sorang, Sue pakai facial wash Nivea pulak.
Sue suka Nivea ni sebab dia water based facial wash. Sesuai dengan kulit muka Sue. Sue guna skincare ni sampailah Sue dapat anak ke2.



Tapi start umur Sue 32 tahun, kulit muka start balik berjerawat teruk dan bernanah. Serupa macam umur 13 tahun balik. Habis bekas jerawat penuh kat muka. Time tu memang tak guna apa-apa skincare pun dan Sue cuci muka dengan air suam dan letak masker bawang putih atau kunyit je.

Sehinggalah Sue jumpa Infinence skincare dan juga Garlic Tablet.

No.6 : Infinence Skincare


Alhamdulillah sekarang ni Sue dah tukar pakai Infinence skincare dah 2 tahun jugak. Apa yang suka Infinence ni guna hydrating foam wash yang tak keringkan kulit muka Sue. Facial wash dia jugak boleh guna untuk tanggalkan makeup. Toner, serum dan daycream dia sumpah bila pakai tu muka rasa segar dan ringan.

No.7: Garlic tablet
Next Sue amalkan 2 biji Garlic tablet ni untuk basmi kuman supaya tak naik jerawat bernanah lagi. Bawang putih ada bahan kimia semulajadi dipanggil Allicin yang membantu kawal pembiakan bakteria. Kalau bawang putih biasa kan ada bau busuk. Tapi Garlic tablet ni takde bau langsung. You all wajib cuba bagi yang selalu naik jerawat bernanah tu.



You all pula, berapa banyak skincare yang korang pernah cuba sebelum ni sampai korang jumpa skincare yang serasi dengan kulit? Jomlah kongsi dan drop komen kat bawah ye.


Salam sayang,
Suhaili Isa

Comments

Popular posts from this blog

Pes Tom Yum Thai sedap

Resepi Mee Suah untuk bayi 9 bulan

Koleksi Baju Raya Leeyana Rahman di Bangi