Hari Sukaneka PASTI

Jarang Sue cerita tentang anak ke-2 Sue dalam blog ni kan? Oklah harini nak story tentang Hari Sukaneka Husna Khalisha di PASTI. Sue tak dapat join Husna ke acara sukan sebab waktu tu Sue 14 hari dalam pantang anak ke-3.

suhailiisa

Seawal pukul 7 pagi Husna dah bangun bersiap sarapan di rumah sebab excited nak bersukan dengan kawan-kawan. Sehari sebelum sports day tu Sue belikan kasut sukan untuk Husna warna hijau jugak. Punyalah excited pakai kasut sampai taknak bukak.

Suhailiisa

Haaaa....tu kasut dia dah matching dengan uniform PASTI. Disebabkan mommy dalam pantang, kakak Arfa dan husband Sue temankan Husna ke sports day.Sampai di padang sukan, ada breakfast yang disediakan oleh pihak pengurusan PASTI. Jadi Husna makan bersama-sama kawan yang lain.

suhailiisa
Comel je anak-anak PASTI
Kemudian bila perut dah kenyang, acara hari sukan dimulakan dengan bacaan doa serta perbarisan rumah sukan. Husna mewakili rumah kuning tau. Nak dipendekkan cerita Husna masuk acara sukan pass bola. Lawak sebab Husna blur taktau macammana nak main sukan walaupun dah practice banyak kali kat sekolah.

seriusnya muka Husna tu

Pikir apa tu Husna?

You all cuba teka sama ada Rumah Kuning menang ke tak acara passing bola ni?


Hooorayyy Husna menang tempat pertama acara passing bola. Tahniah rumah Kuning.Dapat hadiah Tupperware mommy yang excited terlebih.Hehehehehe thank  you Husna sebab berusaha lari laju-laju walaupun blur.



Mommy doakan semoga Husna gembira di alam persekolahan, belajar rajin-rajin kerana Allah, jadi anak yang solehah yang taat perintah Allah dan ibubapa.

Salam Sayang,
Suhaili Isa

Comments

Popular posts from this blog

Pes Tom Yum Thai sedap

Resepi Mee Suah untuk bayi 9 bulan

Klinik Detail Scan Baby