Sunday, December 2, 2018

Travelog: KLIA-Dubai-Heathrow London



Assalamualaikum, alhamdulillah finally dapat jugak travel dalam tahun 2018. Maklumlah tahun ni Sue busy pregnant, bersalin, berpantang dan menyusukan anak sambil sesuaikan diri dengan status mak anak 3. Memula ingat dah tak berpeluang dah nak travel tahun 2018 ni, alhamdulillah 3 bulan je plan nak ke London, Allah izinkan.

Ok kita kasi can Big Boss bergambar sakan dekat KLIA.

Flight dari KLIA ke Dubai berlepas pukul 1.20am pada 2 Dec. Sue pilih untuk travel dengan Emirates Airbus A380 sebab first time nak travel long haul flight 13hours. Sebelum ni paling lama pun 8jam ke Gold Coast. 

Kami pilih untuk transit di Dubai selama 5 jam untuk freshkan badan dan regang-regangkan badan. Perjalanan ke Dubai mengambil masa 6 jam 30 minit dan Alhamdulillah  dalam flight baby Nuha tido nyenyak. Lega sis dia tak meragam sangat. Sampai Dubai pukul 4.15am. 

Off to Dubai, baby Nuha tido sedap
In-flight menu memang best dan semuanya halal. Jadi tak risau nak makan. Baby food pun disediakan. Bagi yang bawa baby menaiki Emirates, mereka akan diberikan toy&blanket serta free baby kit pouch untuk diaper changing dan feeding.

Spirit of Dubai
 

Bila touchdown Dubai tu rasa lega sikit sis sebab sis ni penakut naik flight.hehehehe.... Di Dubai International Airport, kita kene selalu aware dengan VMS Board departure& arrival diorang sebab Dubai Airport ialah Silence Airport yang jarang ada pengumuman penting.


make sure you all selalu check board ni ye...jangan terlepas flight pulak
Untuk kemudahan traveller yang bawa anak kecil, Dubai Airport sediakan stroller untuk kemudahan si kecil. Stroller diorang guna MacLaren Globetrotter tau...bukan Sweet Cherry.heheheh....I hope KLIA pun boleh buat benda yang sama di airport untuk memudahkan traveller.




Memandangkan kami sampai di Dubai pukul 4 pagi, jadi kami tunggu untuk solat Subuh di Dubai Airport. Memula cari surau wanita takde. Dalam hati tu terfikir takkanlah orang perempuan didiskriminasi nak solat di Dubai ni kan...traveller ramai wanita jugak.




Then Sue tanya Sales advisor booth Kielhs dekat mana surau wanita, rupanya di Dubai Airport ada 1 je surau wanita dan terletak di hujung airport berdekatan departure gate B29. Memang ramailah kaum wanita yang solat di surau sebab surau satu je.

Jangan lupa pastikan you all bawa sesiap telekung atau pakailah pakaian yang readytoSolat sebab telekung not provided.





Sementara bergilir tunggu turn nak solat, Baby Nuha lapar. Lega dalam flight tadi diorang bagi baby meal sedap. Ni rupa baby meal homemade by Ella's Kitchen.



ini memang favourite baby nuha


Di Dubai Airport memang seronoklah kalau nak shopping minyak wangi. Hehehehe...tapi Sue tak gemar perfume. Dubai Airport jugak ada banyak kafe menarik dan Costa coffee, tapi Sue suggest jangan beli Costa Coffee dekat Dubai sebab mahal. Korang minum kat London je sebab murah.




H&M outlet Dubai kene terjah sebab ada promosi Buy 1 free 1...lepastu belilah manisan Turkish delight untuk ole-ole. Ok kami nak boarding flight ke London lagi 6jam 30minit sampailah Heathrow. 



Kita pun adalah gambar dekat Dubai Airport. Husband ingat dia sorang je bleh 


Nah tengok view yang Sue capture daripada flight A380 dan aktiviti kitorang dalam flight. Ya Allah, bagi Sue yang penakut ni....lagi 3 jam nak sampai London tu, Sue dah gelisah dah. Nak muntah semua ada. Bilanya nak sampai nihhhh....stress rasa.


Bosan dalam flight kita main B612

Inflight Menu


Selepas 13 jam mengharungi pengalaman long haul flight, Alhamdulillah akhirnya sampai jua ke Heathrow London. 
*Tips bila korang sampai Heathrow, korang kene bergegas berlari menuju ke kaunter immigration sebab orang ramai. Korang jangan lenggang kangkung macam kat Malaysia. Alamatnya nanti korang tunggu 1 jam la nak lepas immigration counter


Suhu 12C sejuk jugak




Kami menaiki Heathrow Express untuk ke apartment di Paddington. Heathrow Express ni lebih kurang macam KLIA Ekspress tu. Perjalanan daripada Heathrow ke Paddington station mengambil masa 15minit.

Di London best sebab semua tempat termasuk train ada disediakan wifi percuma. Bukan wife percuma ek...hehehehe

Next entry Sue share our apartment dan 1st day activity di London during winter. Winter season ni siang pendek dan malam panjang. Pukul 5 petang dah malam dah. So kami pun confuse kejap. Bawah ni Sue buat senarai kos perjalanan kami selama 6H5M jerr.... bos besar takleh cuti lelama. Sue pun takleh cuti lelama sebab bisnes tengah peak.

Salam sayang,
Suhaili Isa

London & Paris Trip Cost:
1. Flight = RM2857/pax. Baby Nuha only RM305 (Emirates)
2. Hotel = RM2611.03 (Airbnb at Paddington) (RM870/person after divide by 3 adults)
3. Heathrow Express (Airport to Paddington 2/12/18) = RM49/pax
4. Travel Insurance (3 pax) = RM138.75 (AXA Affin)
5. Oyster Card = £20 per card (Kad £5 & Topup £15) (Approx. RM110/kad)
6. London Pass (2 Days) = RM417/person (Klook)
7. Madame Tussaud = RM137/person (Klook)
8. Heathrow Express (Paddington to Airport 7/12/18) = RM66/person
9. Eurostar Train London - Paris Return = RM327/person
10. Disneyland Paris 1 Day/2 Park = RM321/person
11. RER Train dari Paris Gare Du Nord - Disneyland (Return) = €15.20/person (Approx RM73/person)
Notes:
1. Hampir semua train ticket and entrance free di London utk child below 4 years old.
2. Tiket Heathrow Express beli lagi awal lagi murah. Better beli 2 months early. Perjalanan between Heathrow Airport - Paddington station just take 15min only.
3. Tiket Eurostar beli lagi awal lagi murah. Better beli 2 months early. Perjalanan between St. Pancras - Paris Gare Du Nord station just take 2 hours 30 min only.
4. Airbnb boleh dapat lagi murah if stay dekat area outskirt & jauh dari Central London. Just nanti ambil masa utk travel and transportation. So depend on your budget and time.
5. Major cost flight & airbnb yg major contribution to total cost. If dapat lagi murah so total cost pun lagi murah.
6. Better ambil Airbnb sebab ada dapur utk masak. Kami bawak food dari Malaysia n masak di sana. Makan kat luar 3x je. Bawak bekal ke Disneyland sama. Sbb Halal food tak banyak & mahal. So dapat jimat kos makan.
7. Kopi & pasteri kat London murah sangat. Wajib enjoy coffee dekat sana. Barang dapur dekat Tesco Express pun murah.

Tuesday, November 27, 2018

Novotel Taiping



Mungkin Sue agak ketinggalan sebab dah lama tak datang ke Taiping. Dulu Sue pernah bekerja dan menetap di Taiping selama 8 bulan atas urusan kerja. Waktu tu Sue bekerja sebagai Project Engineer untuk project Double Track.

Alhamdulillah bulan Julai yang lepas, Sue ke Taiping untuk Majlis Kenduri Kahwin sepupu di Taiping. Kalini kami memilih untuk menginap di Novotel Taiping. Dulu takde hotel ni, yang ada SSL Traders je... Jom kita tengok view dan fasiliti Novotel.



Katil Double Bed yang selesa dan empuk untuk kami. Boleh request baby cot sekiranya anda ada baby kecil. Disebabkan katil tu over empuk, jadi kedua-dua anak kami yang besar tu smack down mak ayah diorang tido sekali berhimpit atas katil. Haahahaha...



Sue suka mug dan coffee area yang Novotel sediakan. Comel pulak coffee mug dia tu. Rasa nak beli satu buat minum Minkaffe. hehehehe....




Toilet yang luas dan kelengkapan mandian yang lengkap dengan face towel, hand towel, bath towel, hair dryer, toothbrush, tooth paste, shampoo, bodywash & conditioner.



TV LCD Screen dengan rancangan Astro serta WIFI percuma.





View daripada tingkap bilik kami. Menghadap Taman tasik Taiping dan Bukit. Pemandangan memang cantik.



Ruang hallway yang luas dan rekabentuk ID yang cantik dan fresh buat para pengunjung.




Di Novotel ni jugak ada disediakan Coffee House di Main Lobby. Sue dan husband cuba minum Latte dan try cake yang disediakan di Coffee house. Memang sedap dan recommended untuk dicuba.

Cafe latte dan Hazelnut Cake RM 10/SET

Coffeehouse Gourmet

Gelatomio Ice cream


Welcoming drinks Mocktail untuk pengunjung. Bukan cocktail tau!!

Big boss tengah check email walaupun cuti

Husna makan Ice cream chocolate

Arfa makan icecream strawberry
haaa....kalau you all berkunjung ke Taiping, bolehlah menginap di Novotel Taiping. Harga semalam di Booking.com ialah RM 218/night. Di Trivago boleh dapat RM 184/night.

So cepat book harini jugak tau. Ok nah gambar pengantin di Taiping tu. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.


Gambar bawah ni pengantin lama...heheheheh Alhamdulillah 9 years and counting. 



Salam sayang,
Suhaili Isa

Testimoni Garlic Tablet Hai O



Ramai tanya betulke Garlic tablet ni boleh bantu tingkatkan kesihatan? Selamat tak untuk diambil?



Garlic tablet selamat diambil dan mendapat kelulusan KKM. Garlic tablet diambil bila perlu sahaja. Bila keadaan yang memerlukan ambil Garlic ni?


Khasiat GARLIC Tablet boleh BACA DI SINI


1. Ambil garlic tablet bila badan berangin


www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com


www.suhailiisa.com


2. Ambil Garlic tablet ni bila ada masalah kolesterol tinggi.


www.suhailiisa.com


3. Ambil Garlic tablet apabila perut gastrik.


www.suhailiisa.com


4. Ambil Garlic Tablet bila ada Resdung/Sinus


www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com


5. Ambil Garlic Tablet bila ada masalah sembelit 


www.suhailiisa.com


Haaa.....jadi ambillah Garlic Tablet ni bila keadaan badan memerlukan seperti masalah-masalah di atas ye. Jangan lupa dapatkan sebotol Garlic Tablet hanya RM 41.50 jerrr....


www.suhailiisa.com


Salam Sayang,
Suhaili Isa

Monday, November 26, 2018

Bahaya Bawang Putih yang orang tak tahu!!!



Ramai orang tak tahu betapa bahayanya bawang putih ni. Ada tak antara korang yang pernah alami masalah kat bawah ni? Kalau ada....bertindak SEGERA!!


  • Masalah penghadaman
  • Masalah metabolisma badan rendah
  • Masalah peredaran darah, kaki tangan selalu sejuk
  • Perut sentiasa kembung dan ulser
  • Kolesterol tinggi 
  • Lemak badan makin bertambah
  • Masalah darah beku
  • Masalah jangkitan kuman serta radang
  • Masalah gula tinggi dalam darah
  • Asyik selsema dan resdung
  • Masalah perut buncit

Kalau anda ada 3 daripada masalah ni, terus bertindak segera dapatkan Garlic Tablet tanpa calcium dan tanpa bau busuk.



www.suhailiisa.com

Sue dah lama amalkan Garlic Tablet ni sejak tahun 2015. masa tu amalkan Garlic sebab badan selalu berangin, perut sebu, tak boleh nak kentut, kepala pening dan sakit sebab angin dah naik kepala.

Ada tak yang bermasalah angin macam Sue ni? Satu hari ada kawan rekomen Sue ambil 2 biji garlic tablet tanpa bau dengan air suam segelas. Amalkan setiap pagi dengan perut kosong. Garlic tablet tu rupa dia macam ni....

www.suhailiisa.com
80 biji tablet untuk 2 bulan


Alhamdulillah lepas amek Garlic tablet tu kan.....memang get ready angin keluar bawah dan atas. Hahahahahha..... bila angin keluar ikut bawah tu yang perut selesa betul. Lepastu Sue mula cari info tentang bawang putih ni. Rupanya bawang putih ada natural antibiotik namanya Alicin.

www.suhailiisa.com
Alicin meninggikan metabolisma badan dan membakar lemak

Tapi Sue tak ambil Garlic ni untuk kuruskan badan pun sebenarnya. Tapi lepas bersalin dan 7 bulan lepas berpantang, berat Sue kekal 52kg. Mungkin metabolisma badan dah naik, jadi apa yang kita makan terus badan tukarkan kepada tenaga.

Lagi apa ye kebaikan Garlic tablet ni?


Baru tau yang Garlic juga boleh turunkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Alicin dalam bawang putih membantu serap kolesterol dalam darah jadi risiko penyakit jantung dan strok dapat dikurangkan.






Baru tau jugak ni yang Garlic tablet ada kandungan Vitamin C, Fiber, vitamin B6, Selenium dan Manganese. Apa fungsi fiber? Kalau orang biasa-biasa macam kita ni, kita faham kalau taknak sembelit kene ambil fiber. Jadi kalau korang sembelit kene minum air masak dan ambil fiber.







haaaa.....ini memang terbukti betul. Sue jarang kene selsema tahun 2018 ni alhamdulillah. Berkat amalkan garlic tablet selalu. Selalu kita dengar bila selsema amalkan sup bawang putih panaskan? Haaa....sekarang ambil 2 biji garlic tablet pagi dengan air suam je.




Semoga dapat beri manfaat buat semua ye.... kita jaga kesihatan bersama-sama. Testimoni pengguna Garlic Tablet KLIK DI SINI




Bagi yang nak dapatkan Garlic tablet ni, boleh contact 012-6842560 atau terus ke website e-commerce dengan step yang Sue share di bawah.


1. terus ke laman web pembelian Garlic tablet




Salam sayang,
Suhaili Isa