Tuesday, December 19, 2017

Klinik Detail Scan Baby

Ada tak ibu-ibu mengandung yang nak buat Detail Scan baby? Harini Sue nak share klinik Detail Scan yang ibu-ibu boleh kunjungi dan berjumpa pakar O&G untuk melihat perkembangan anak dalam kandungan.

Apa tu Detail Scan? Apa beza dengan 2D/3D/4D Scan?
Detail Scan selalunya dilakukan pada umur kandungan 18-22 minggu. Detail Scan ni merupakan "Clinical Examination" untuk bayi dalam kandungan.

Waktu scan ni...doktor pakar akan melihat perkembangan muka,kepala,jantung,paru-paru,kedudukan perut dan jantung, perkembangan tengkorak bayi dan tulang belakang, pundi kencing, buah pinggang, kaki dan melihat samada bayi dalam kandungan ada masalah sumbing atau tidak.

Doktor juga akan melakukan "Doppler Study" untuk melihat kadar aliran darah dari ibu kepada plasenta dan otak baby.


Sue buat Detail Scan di Klinik Jay di Bandar Baru Sungai Buloh. Doktor pakar yang melakukan Detail Scan ialah Dr. T.P Baskaran. Sue sertakan sekali biodata doktor ni ya.

FSC @ Sg Buloh
No.12-A, Jalan BRP 7/2A
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh.
03- 6156 3570




Selain mempunyai Fetal Scan Centre di Bandar Baru Sungai Buloh, beliau juga merupakan doktor pakar di :

1. Sheela Specialist Centre for Women.
36-40,
Jalan Batai Laut 3, Kaw 16,
Taman Intan, 41300 Klang
03-33412834

2. fsc@Damai Service Hospital(HQ)
No 109-119, 1st Mile,
Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
03-4043 4900 (ext 730)

3. fsc@ Subang Medical Specialist 
29B, Jalan SS15/5A,
47500 Subang Jaya.
03-5621 1909


* Sila telefon dulu untuk set appointment Detail Scan ye...

Hasil Detail Scan, doktor akan berikan full report seperti yang Sue terima ni berserta graf pertumbuhan bayi dalam kandungan.


Sue tertarik dengan explanation yang diberikan oleh Doktor pakar ni kepada Sue. Beliau terangkan macam mana nak detect kecacatan pada mulut bayi, kecacatan tempurung kepala, kedudukan jantung dan aliran darah yang normal bayi dalam kandungan dan macam-macam lagi. 

Lega rasanya doktor kata baby normal dan sihat....ohhh lupa nak share kos untuk buat detail scan ni. Kos untuk detail scan ini ialah RM 450 termasuk antenatal consultation, detail scan procedure dan report.

Buat ibu-ibu yang nak tau perkembangan anak dalam kandungan...bolehlah buat appointment di Fetal Scan Centre yang Sue dah mention kat atas.

Love,
Suhaili Isa