Tuesday, December 12, 2017

10 Kualiti Supermom

Apa definisi anda tentang “Supermom”?

Ada yang kata Supermom ialah ibu yang mampu melakukan 10 kerja dalam 1 masa. Ada yang kata Supermom ialah ibu yang boleh menguruskan keluarga tanpa bantuan suami. Apa pun definisi Supermom anda... mari Sue share 10 kualiti yang perlu ada pada seorang “Supermom”.

1. Mampu untuk mengatakan “TIDAK” 
Seorang Supermom mampu berkata “TIDAK” kepada majikan,saudara mara, ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja yang cuba mengambil kesempatan atas masa dan tenaga mereka. 

2. Supermom tahu bila mereka memerlukan bantuan.
Seorang Supermom tahu kemampuan mereka terbatas. Mereka berfikiran terbuka untuk menerima dan meminta bantuan dalam menguruskan rumahtangga, pekerjaan dan anak-anak. Mereka bukanlah orang yang perfectionist atau yang rasa diri mereka serba boleh.

3. Supermom seorang ibu yang penyayang tetapi tegas.
Seorang supermom tidak memanjakan anak-anak mereka dan suami mereka. Seorang supermom pandai membahagikan tugas kepada anak-anak mengikut umur mereka. Seorang supermom bertanggungjawab mendidik anak-anak menjadi seorang dewasa yang bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

4. Supermom ialah seorang yang mampu berinteraksi dengan baik kepada suami dan perkahwinan.
Seorang Supermom, mereka tahu yang anak-anak akan gembira apabila keluarga mereka lengkap dengan ibu dan bapa yang pandai menjalankan tanggungjawap. Oleh itu Supermom akan selalu duduk berbincang dengan suami dan memastikan skill komunikasi yang baik diginakan dengan suami berbanding menggunakan emosi terhadap suami.

5. Seorang Supermom suka berkawan dengan ibu yang lebih tua dan lebih muda daripada mereka.
Seorang Supermom akan sentiasa mencari kawan yang baik daripada kalangan ibu-ibu yang lain supaya mereka dapat belajar antara satu sama lain cara membesarkan anak.
Ibu yang lebih berumur mempunyai pengalaman mendidik anak yang luas. Manakala ibu-ibu muda pula boleh belajar skill keibubapaan daripada mereka.

6. Supermom percaya kepada kata hati diri sendiri.
Seorang supermom mereka akan sentiasa mencari nasihat pada yang pakar dan kemudian akan meneliti samada nasihat yang diberikan sesuai untuk diginakan kepada anak mereka.

7. Seorang Supermom ialah seorang yang memahami anak-anak dan suami.

8. Seorang Supermom ialah seorang ibu yang tidak mementingkan perfectionist dalam kehidupan anak-anak dan suami.

9. Seorang Supermom WAJIB pandai membahagikan tugasan di rumah dan WAJIB pandai mengajak anak-anak dan suami untuk terlibat dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

10. Dan....akhir sekali...Seorang Supermom ialah seorang ibu yang tidak terikat dengan jadual yang ketat. Ibu yang baik dan ibu yang happy ialah ibu yang boleh menjadi rakan terbaik buat anak-anak dan suami. Ibu yang spintan dalam kehiduoan seharian ialah ibu yang happy dan menggembirakan anak dan keluarga.


Semoga 10 Tips ini membantu ibu-ibu diluar sana menjadi seorang Supermom.

Love,
Suhaili Isa