Posts

Showing posts from June 9, 2017

Salam 15 Ramadhan: Bacalah Alquran

Pejam celik pejam celik...singkatnya waktu. Dah masuk pertengahan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini agak mencabar buat Sue. Ramadhan kali ini Sue menjaga ibu yang tidak berapa sihat dan menguruskan 2 rumah sekali. Semoga Allah ringankan ujian dan permudahkan segala urusan Sue.

Buat sahabat2 yang juga diuji dengan musibah, penyakit, kekurangan...yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada ganjaran yang Allah berikan. Tenangkan hati dan fikiran kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran. Antara tips Sue menghilangkan keletihan disebabkan jadual waktu Ramadhan yang amat ketat ialah dengan Al-quran. 10 minit membaca atau mendengar ayat2 suci Alquran sangat2 menenangkan. Semoga sahabat2 juga dapat manfaat yang sama.

Jangan lupa perbanyakkan sedekah, berdoa, membantu sesama muslim dan melakukan ibadah dengan khusyuk. Semoga kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar. 

Salam sayang,
Suhaili Isa