Friday, June 2, 2017

5 Sebab Puasa tapi Berat Naik

Salam 7 Ramadhan buat muslimin dan muslimat. Sekejap je dah 1 minggu kita berpuasa. Semoga anda semua dapat menjalani bulan Ramadhan dengan jayanya. 
Berpuasa ni banyak memberikan kebaikan untuk kesihatan badan kita. Antaranya ialah:

  1. Menurunkan paras gula dalam darah
  2. Menurunkan berat badan supaya risiko kesihatan dikurangkan
  3. Memberi peluang kepada perut dan usus berehat dan melakukan detoks
  4. Menggunakan lebihan lemak dan glikogen yang tersimpan dalam hati sebagai tenaga seharian dan sekaligus menurunkan berat badan dengan selamat.
  5. Menyegarkan badan
  6. Mengelakkan sel kanser daripada membiak
  7. Memperbaiki sel-sel badan yang mati
Kebiasaannya...pada 7 Ramadhan, berat kita sudah mulai turun dan badan kita akan rasa lebih ringan dan bertenaga. Apa? berat anda tak turun dan badan rasa lemah?
Jom kita tengok apa penyebabnya.

1) TIDAK BERSAHUR

Ada yang tak larat bangun sahur. Ada yang tak biasa makan awal pagi. Ada yang bersahur pukul 12 tengahmalam dan terus sambung tidur sehingga pagi. Ada sebab kenapa Rasullullah galakkan kita bersahur dan melewatkan bersahur. Setiap makanan kita akan bertukar menjadi tenaga sekiranya kita bersahur dan melewatkan bersahur. 

Bagi kes bersahur tengahmalam pula tanpa disusuli dengan solat malam serta terus tidur, makanan kita akan diuraikan dan menjadi simpanan lemak dan mengakibatkan kegemukan. Sebabtu tak boleh tido selepas makan. Haaa..... jangan buat lagi tau. Kalau nak bersahur tengah malam...sambung terus dengan solat malam dulu.

2) TIDAK AKTIF DI SIANG HARI

Berpuasa bukanlah tiket untuk kita hanya duduk, baring dan tidur. Cergaskan diri dengan menggunakan tangga dan berjalan kaki ke pejabat. Buat senaman stretching, plank atau yoga. Jangan risau anda tidak akan keletihan kerana tubuh menggunakan lebihan lemak dan air tersimpan dalam badan untuk memberikan tenaga di siang hari. Jangan sayang lemak perut anda. Hahahahahaha....

3) MAKAN TERLALU BANYAK SEWAKTU BERBUKA

Logiknya kenapa anda tidak digalakkan berbuka dengan makan terlalu banyak ialah....
  • Perut anda akan terkejut kerana menerima makanan yang banyak untuk dihadamkan. Kemungkinan proses penghadaman akan terganggu dan mengambil masa yang lama.
  • Setelah seharian menggunakan lemak simpanan sebagai tenaga,anda berbuka dengan makanan tinggi kalori serta lemak menyebabkan kandungan lemak dalam badan bertambah kembali.

4) MINUM AIR AIS

Oooo....ini antara pantang larang kalau nak badan sentiasa cergas sepanjang bulan puasa. Ais akan mengecutkan buah pinggang yang sememangnya mengecut sewaktu bulan puasa. Ais juga menyebabkan urat saraf kita akan lemah dan berangin dan kemudiannya melemahkan kita untuk solat tarawikh.

5) MAKAN MAKANAN MANIS DALAM KUANTITI BANYAK

Biasakan dengar banyak makan benda manis boleh dapat sakit kencing manis dan cepat gemuk. Kurangkan pengambilan makanan manis dan lebihkan pengambilan buah-buahan. 


Tujuan kita berpuasa ialah supaya kita dapat beribadat dengan lebih tenang,sihat dan rajin dan bukannya fokus pada apa nak makan setiap hari. Sekiranya berat naik disebabkan kita menuruti nafsu untuk berbuka... bagaimana kita nak beribadat tanpa rasa malas? Semakin ringan dan bersih badan kita ni....semakin cergas kita untuk menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadhan.


Selamat berpuasa,

Love,
Suhaili Isa