Wednesday, May 10, 2017

7 Tanda Rezeki yang Berkat

Setiap daripada kita mesti nak cari rezeki yang halalkan? Wajib kita cari rezeki dengan cara yang halal iaitu tidak mencuri, menipu, mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Tapi bukan sahaja rezeki yang halal kita perlukan...rezeki kita mestilah juga berkat. Rezeki yang berkat akan menghasilkan keluarga yang bahagia dunia & akhirat. 

Jadi...jika kita sentiasa ditimpa masalah rezeki dan keluarga kita makin jauh daripada landasan Allah SWT, semak semula keberkatan rezeki kita. 

7 Tanda Rezeki yang Berkat:
a) Rezeki yang berkat akan menghasilkan iman yang mantap dan hati yang selalu mengingati Allah SWT.
- Maksudnya orang yang berkat rezekinya...dia sanggup tinggalkan tugasannya sekejap bila azan berkumandang. Dia akan sentiasa risau sekiranya hak Allah tidak dilaksanakan dengan sempurna sewaktu bekerja. Dia tidak akan malas beribadah wajib dan sunat.

b) Hati makin rasa tenang
Rezeki yang berkat akan dapat meraih pandangan Allah SWT.Hanya Allah sahaja yanh dapat memberikan ketenangan hati yang hakiki walaupun anda menghadapi masalah yang besar. 

c) Menjadi Insan yang pemurah
Rezeki yang diberkati akan melembutkan hati seseorang untuk lebih bersedekah dan berzakat tanpa ada rasa sayang pada hartanya. Orang yang mendapat rezeki yang berkat percaya yang rezeki yang dimiliki semuanya datang dari Allah SWT.

d) Dijauhkan Bala oleh Allah SWT
Rezeki yang berkat menghindar seseorang daripada bala besar oleh Allah SWT kerana Allah sentiasa melindungi manusia yang mencari keberkatan dalam mencari rezeki.

e) Dapat membentuk keluarga yang harmoni
Tanda keberkatan rezeki yang paling ketara ialah keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Seringkali kita dapat lihat ada keluarga yang sentiasa bahagia dan bertolak ansur dalam segala hal. Walaupun rezeki mereka sikit...tapi mereka masih boleh hidup bahagia.

f) Anak-anak cemerlang dunia dan akhirat
Kita nak anak kita pandai dan cerdik dalam pelajaran? Allah janji rezeki yang berkat dapat mendidik anak-anak menjadi orang yang cemerlang dunia dan akhirat.

g) Sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT samada sikit atau banyak.
Rezeki yang sikit sentiasa mencukupi dan banyaknya sentiasa boleh dikongsikan tanpa rasa terlalu sayang dengan rezeki pemberian Allah. 

Semoga kita dapat mencari rezeki yang halal dan berkat. Jagalah solat kerana solat menghindar kita daripada rezeki yang tidak berkat.

Love,
Suhaili Isa