Sunday, March 5, 2017

Bandung Trip 25 Feb 2017

Hello readers, ramai yang dah mula minta travel tips ke Bandung daripada Sue. So....Sue catatkan pengalaman travel ke Bandung bersama 2 orang anak kecil. Yelah...kalau travel dengan orang dewasa je,tak banyak kerenah sangatkan? Tapi travel dengan anak-anak banyak menggerakkan otak dan mencabar diri giteewww....

Our Budget:
Malindo Air return ticket for 2 adults + 2 kids : RM 1400
Hotel Green Batara 4H3M : RM 330 including breakfast
Transportation (Supir) sepanjang di Bandung : RM 380
Entrance fees + makan (4 days) : RM 400
Shopping : RM 500
Grab car from Sg buloh - KLIA - Sg Buloh : RM 120
Total : RM 3130 for 4 paxs

KLU - BDO 25th February 2017
Flight kami berlepas pada pukul 11.30am dari KLIA. Pesawat Boeing 737 Malindo Air ni mempunyai ruang kaki yang cukup luas dan selesa. Ada Inflight Entertainment untuk hiburan dan juga snack seperti vanilla muffin, sosej bun, mineral water, fresh juices and coffee. Memang puas hati dan setanding servis pesawat MAS.

Setibanya di Bandung pada pukul 1.30pm waktu Bandung, pemandu kami dah pun menunggu di Airport. Perut dah lapar, jadi kami terus je ke rumah makan Nasi Padang Simpang Raya. Of course....orang yang dah biasa ke Bandung, Nasi Padang Simpang Raya ni memang favourite. 



Disebabkan perut kelaparan, tak sempat ok nak ambil gambar juadah lauk pauk. Sedap hingga menjilat jari tau. Total harga makanan untuk 4 orang ialah RM 64 atau IDR 203,000. Banyak lauk yang kami makan. Tips makan nasi padang: (Jangan sentuh semua lauk. Asingkan lauk mana yang nak dan lauk mana yang taknak. Minta pekerja angkat semua lauk yang kita taknak)

Jangan lupa, singgah makan di Rumah Makan Nasi Padang Simpang Raya ya. Menu wajib dicuba ialah Ayam Pop, Rendang Daging, Kari telur, Bergedil dan Daging bakar.



Perut dah kenyang, ayuh kita shopping di Rumah Mode. Wisata wajib lawat bila ke Bandung.


Rumah Mode dah banyak berubah since kali terakhir Sue ke sini pada tahun 2008. Sebab kami belum solat Zuhur, jadi kami tunaikan solat di Mushola yang disediakan di Rumah Mode. Waktu solat di Bandung sedikit berbeza daripada Malaysia. Jadi buat muslimin & muslimat sekalian, jangan lupa download Apps My Solat untuk check waktu solat anda.


Kami banyak borong baju anak-anak kat Rumah Mode ni. Murah kot branded item kat Rumah Mode ni ha....alang2 belila banyak2 kan. Hehehehe sebelum balik ke Hotel untuk check in,kami duduk minum dulu di restoren Rumah Mode. Ada banyak restoren dan kafe untuk pengunjung. 



Kami memilih untuk minum petamg di Eaton Bakery. Beli 6 biji roti, 1 slice rainbow cake, 1 slice cheesecake, 1 cup teh tarik dan 1 bowl bubur pulut hitam total harga IDR 145,000 ( RM 45). Roti dia lembut bangat you all....wajib kene beli. 

Ok...badan dah letih, jom kita gerak ke Hotel Green Batara yang terletak di Jalan Cihampelas berdepan dengan shopping Mall Ciwalk. Jom tengok bilik kami sepanjang 4H3M di Bandung.







Cukup selesa dan luas untuk kami. Boleh tambah extra bed lagi. Bagi yang nak book hotel ini, make sure you all book awal penggunaan iron ya. Ok ni Sue share location hotel. Kaki dan badan dah penat. So kita sambung next entry shopping!!!


Love,
Suhaili Isa