Thursday, December 28, 2017

Diamond Night 2017: Fairy Tales



"Semua orang berhak untuk berimpian dan semua orang berhak  merealisasikan impian."

Tahniah buat 5 orang Diamond Sales Manager daripada The Diamond Circle yang berjaya mencapai hasil jualan minimum RM 180,000 dan sekaligus dianugerahkan pangkat Diamond Sales Manager dengan bonus 31%.

Majlis meraikan usahawan berlangsung di Setia City Convention Centre 
bertemakan Fairy Tales telah diadakan pada Sabtu 23 December baru-baru ni.



Malam penganugerahan Diamond Night ni mengiktiraf usahawan yang berjaya:
1. Diamond Sales Manager dengan hasil jualan minimum RM 180,000
2. Double Diamond Manager dengan hasil jualan minimum RM 720,000
3. Car Fund Achiever dengan bonus tambahan sebanyak 3%



Seperti biasa setiap kali Diamond Night,pasti akan dapat doorgift. Kali ni kami dapat sehelai instant shawl Infinence x Rizman Ruzaini mencecah harga Rm 200 sehelai. Seronokkan? Pergi majlis dapat pula doorgift menarik secara percuma.
Ok jom tengok siapa usahawan yang diraikan pada malam itu. Special sikit Diamond Night kali ni sebab cinta hati Sue naik pentas.





Tahniah sekali lagi Diamond Sales Manager Rosharizal bin Rosli. Siapa lagi yang naik pentas pada malam tu?

DSM Hartini Mohd Sidek
From Left to Right: DSM Rosharizal Rosli, DSM Wanie Zaaba, DSM Izyan Alias dan DSM Aju Zubaidah
Kejayaan 5 orang Diamond Sales Manager ini juga disebabkan sokongan kuat dan padu daripada mentor hebat Crown Diamond Manager Shaliza Aziz, Crown Diamond Manager Norain Nizar dan Crown Diamond Manager Nurul Ain Zulkarnaind serta semua rakan kongsi The Diamond Circle. Terima kasih semua


Ok jomlah kita tengok lagi gambar-gambar menarik sekitar Malam Penganugerahan Diamond yang bertemakan Fairy Tales ni.

Love,
Suhaili Isa






















Tuesday, December 19, 2017

Klinik Detail Scan Baby

Ada tak ibu-ibu mengandung yang nak buat Detail Scan baby? Harini Sue nak share klinik Detail Scan yang ibu-ibu boleh kunjungi dan berjumpa pakar O&G untuk melihat perkembangan anak dalam kandungan.

Apa tu Detail Scan? Apa beza dengan 2D/3D/4D Scan?
Detail Scan selalunya dilakukan pada umur kandungan 18-22 minggu. Detail Scan ni merupakan "Clinical Examination" untuk bayi dalam kandungan.

Waktu scan ni...doktor pakar akan melihat perkembangan muka,kepala,jantung,paru-paru,kedudukan perut dan jantung, perkembangan tengkorak bayi dan tulang belakang, pundi kencing, buah pinggang, kaki dan melihat samada bayi dalam kandungan ada masalah sumbing atau tidak.

Doktor juga akan melakukan "Doppler Study" untuk melihat kadar aliran darah dari ibu kepada plasenta dan otak baby.


Sue buat Detail Scan di Klinik Jay di Bandar Baru Sungai Buloh. Doktor pakar yang melakukan Detail Scan ialah Dr. T.P Baskaran. Sue sertakan sekali biodata doktor ni ya.

FSC @ Sg Buloh
No.12-A, Jalan BRP 7/2A
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh.
03- 6156 3570




Selain mempunyai Fetal Scan Centre di Bandar Baru Sungai Buloh, beliau juga merupakan doktor pakar di :

1. Sheela Specialist Centre for Women.
36-40,
Jalan Batai Laut 3, Kaw 16,
Taman Intan, 41300 Klang
03-33412834

2. fsc@Damai Service Hospital(HQ)
No 109-119, 1st Mile,
Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
03-4043 4900 (ext 730)

3. fsc@ Subang Medical Specialist 
29B, Jalan SS15/5A,
47500 Subang Jaya.
03-5621 1909


* Sila telefon dulu untuk set appointment Detail Scan ye...

Hasil Detail Scan, doktor akan berikan full report seperti yang Sue terima ni berserta graf pertumbuhan bayi dalam kandungan.


Sue tertarik dengan explanation yang diberikan oleh Doktor pakar ni kepada Sue. Beliau terangkan macam mana nak detect kecacatan pada mulut bayi, kecacatan tempurung kepala, kedudukan jantung dan aliran darah yang normal bayi dalam kandungan dan macam-macam lagi. 

Lega rasanya doktor kata baby normal dan sihat....ohhh lupa nak share kos untuk buat detail scan ni. Kos untuk detail scan ini ialah RM 450 termasuk antenatal consultation, detail scan procedure dan report.

Buat ibu-ibu yang nak tau perkembangan anak dalam kandungan...bolehlah buat appointment di Fetal Scan Centre yang Sue dah mention kat atas.

Love,
Suhaili Isa

Monday, December 18, 2017

TDC Premium Beautiful Expert dan Transformasi 2018

www.suhailiisa.com

When there is Unity, There is always Victory....
Sejarah bakal tercipta,Sesuatu yang hebat bakal dijelmakan.Premium Beautiful Expert in Malaysia, London, Brunei, Jakarta,Sydney...


Seiring sejalan membentuk satu kesepakatan yang hebat.

Kita bakal menjadi saksi kepada satu revolusi kejayaan dan lebih istimewa kita adalah sebahagian daripadanya. 

ANDA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI....
Sesi Meet & Greet bersama jutawan hebat yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam dunia perniagaan. Apa cabaran yang mereka hadapi dan bagaimana mereka merempuh cabaran untuk berjaya dalam perniagaan.


www.suhailiisa.com

Sudahkah anda bersedia? Sudahkah anda bersedia untuk hadapi cabaran 2018? Sudahkah anda bersedia untuk bergelar JUTAWAN? 

Sneak peek...coffee session bersama Jutawan muda pada umur 30 tahun dan selebriti social media Hanis Haizi di One World Hotel.


www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

www.suhailiisa.com

Nantikan 24 December ini bertempat Di Royale Palace Kuala Lumpur, kebangkitan pelopor utama usahawan online Sahajidah Hai O Marketing. 
Pastikan anda turut serta.

Together We Make A greater TDC 2018.


www.suhailiisa.com

Love,
Suhaili Isa

Tuesday, December 12, 2017

10 Kualiti Supermom

Apa definisi anda tentang “Supermom”?

Ada yang kata Supermom ialah ibu yang mampu melakukan 10 kerja dalam 1 masa. Ada yang kata Supermom ialah ibu yang boleh menguruskan keluarga tanpa bantuan suami. Apa pun definisi Supermom anda... mari Sue share 10 kualiti yang perlu ada pada seorang “Supermom”.

1. Mampu untuk mengatakan “TIDAK” 
Seorang Supermom mampu berkata “TIDAK” kepada majikan,saudara mara, ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja yang cuba mengambil kesempatan atas masa dan tenaga mereka. 

2. Supermom tahu bila mereka memerlukan bantuan.
Seorang Supermom tahu kemampuan mereka terbatas. Mereka berfikiran terbuka untuk menerima dan meminta bantuan dalam menguruskan rumahtangga, pekerjaan dan anak-anak. Mereka bukanlah orang yang perfectionist atau yang rasa diri mereka serba boleh.

3. Supermom seorang ibu yang penyayang tetapi tegas.
Seorang supermom tidak memanjakan anak-anak mereka dan suami mereka. Seorang supermom pandai membahagikan tugas kepada anak-anak mengikut umur mereka. Seorang supermom bertanggungjawab mendidik anak-anak menjadi seorang dewasa yang bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

4. Supermom ialah seorang yang mampu berinteraksi dengan baik kepada suami dan perkahwinan.
Seorang Supermom, mereka tahu yang anak-anak akan gembira apabila keluarga mereka lengkap dengan ibu dan bapa yang pandai menjalankan tanggungjawap. Oleh itu Supermom akan selalu duduk berbincang dengan suami dan memastikan skill komunikasi yang baik diginakan dengan suami berbanding menggunakan emosi terhadap suami.

5. Seorang Supermom suka berkawan dengan ibu yang lebih tua dan lebih muda daripada mereka.
Seorang Supermom akan sentiasa mencari kawan yang baik daripada kalangan ibu-ibu yang lain supaya mereka dapat belajar antara satu sama lain cara membesarkan anak.
Ibu yang lebih berumur mempunyai pengalaman mendidik anak yang luas. Manakala ibu-ibu muda pula boleh belajar skill keibubapaan daripada mereka.

6. Supermom percaya kepada kata hati diri sendiri.
Seorang supermom mereka akan sentiasa mencari nasihat pada yang pakar dan kemudian akan meneliti samada nasihat yang diberikan sesuai untuk diginakan kepada anak mereka.

7. Seorang Supermom ialah seorang yang memahami anak-anak dan suami.

8. Seorang Supermom ialah seorang ibu yang tidak mementingkan perfectionist dalam kehidupan anak-anak dan suami.

9. Seorang Supermom WAJIB pandai membahagikan tugasan di rumah dan WAJIB pandai mengajak anak-anak dan suami untuk terlibat dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

10. Dan....akhir sekali...Seorang Supermom ialah seorang ibu yang tidak terikat dengan jadual yang ketat. Ibu yang baik dan ibu yang happy ialah ibu yang boleh menjadi rakan terbaik buat anak-anak dan suami. Ibu yang spintan dalam kehiduoan seharian ialah ibu yang happy dan menggembirakan anak dan keluarga.


Semoga 10 Tips ini membantu ibu-ibu diluar sana menjadi seorang Supermom.

Love,
Suhaili Isa

Wednesday, December 6, 2017

Meet and Great with Fazura



Enjoy the Meet & Greet Session with Duta Sahajidah Hai O, Miss Fazura. Event berlangsung di One World Hotel. Tahniah Fazura....