Friday, June 16, 2017

Testimoni Kurus Min kaffe

Bulan puasa ni ramai client Sue bagi feedback badan bertenaga, perut tak lapar dan berat cepat turun bila bersahur dan berbuka dengan Min Kaffe atau kopi garam buluh ni. Tapi kalau you all sememangnya dah kurus dan perut dah kempis persis model gitu...tak perlu ambil tau. Nanti over gorgeous dan berseri-seri pulak di pagi raya. Hehehehe....Sue sendiri turun 3 kg berat selepas amalkan konsisten 21 hari Min kaffe di bulan puasa.

Ok taknak cerita meleret sangat...Jom kita layan Testimoni Kurus Min Kaffe. Thank you clients share feedback dengan Sue. Jangan lupa GRAB PROMO Min kaffe 12 kotak pada harga RM 319 SAHAJA..... 

(HARGA ASAL 12BOXES: RM 400)


Seronoknya orang yang sakit badan sebab banyak angin dah sembuh


Yang ni pula badan bertenaga dan masih boleh nyenyak tidur walaupun minum kopi.

Siapa taknak perut kempis tak perlu bersenam.? Minum je perut kempis

Sakit kepala dan migrain? Kali ni minum kopi garam buluh confirm tak sakit kepala dan migrain

Apa bahan kandungan Min kaffe atau Kopi garambuluh ni? Meh tengok ni haaaa.... Ada 9 khasiat dan kelebihan Kopi Garam buluh ni. Jadi apa tunggu lagi?



Tuan-tuan,puan-puan, adik-adik manis... PROMOSI MIN KAFFE tengah berlangsung sekarang. 16 hari promosi berlangsung dah 1 JUTA KATON Min Kaffe terjual. Haaaaa..... dosanya Sue kalau tak bantu you all grab peluang HARGA MURAH SEKARANG. 

Cepat ambil phone awak, buka whatsapp dan terus taip No: 012-6842560 dan wasap Sue dengan KOD: NAK PROMO MINKAFFE ( berapa kotak?)


Cepat adik-adik, abang-abang.... Sue bantu book Minkaffe MURAH anda SEKARANG.                                  HARGA BIASA : RM 400                                                                               HARGA PROMOSI : RM 319


Love,
Suhaili Isa

Thursday, June 15, 2017

Tips 10 Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum ....tak sangka cepat betul masa berlalu dan dah sampai kita 10 Ramadhan terakhir. Sue tulis entry ni supaya dapat ajak kawan2 dan mereka yang baca entry ini untuk sama2 gandakan usaha dan raih sebanyak pahala yang mungkin. Walaupun blog ni banyak bercerita tentang produk, perjalanan bisnes Sue dan aktiviti harian... Sue nak tulis something yang bawa manfaat dunia dan akhirat kepada readers.

www.suhailiisa.com


Tarikh 10 Ramadhan terakhir seperti berikut.

www.suhailiisa.com

Are you ready for the last 10th days of Ramadhan battle? Here are some tips to boost up our Ibadah in the last 10 days of Ramadhan.

www.suhailiisa.com

Apa Ibadah yang boleh kita lakukan? 

www.suhailiisa.com

a) Perbanyakkan solat sunat terutamanya Tahajjud, taubat, hajat,dhuha,witir dan solat2 sunat yang lain.

b) Hidupkan malam-malam 10 Ramadhan terakhir dengan membaca Al-quran. Target untuk khatam Al-quran bulan Ramadhan ini.

c) Perbanyakkan zikir

www,suhailiisa.com

d) Istighfar 1000 kali sehari

www.suhailiisa.com

e) Buat senarai doa peribadi. Mintalah apa sahaja kebaikan di dunia dan akhirat.

www.suhailiisa.com

f) Iktikaf di masjid bagi orang lelaki dan untuk wanita pula cukuplah di rumah 

g) Perbanyakkan sedekah di 10 Ramadhan terakhir.

www.suhailiisa.com

h) Menyambung silaturrahim. Maafkan segala kesilapan orang pada kita. Allah Maha Pengampun pada kita yang dosanya sebanyak buih di lautan kenapa kita sukar untuk memaafkan?

www.suhailiisa.com


Semoga tips yang Sue share ini membawa manfaat buat Ramadhan kita kali ini. Lupakan seketika Kuih raya, baju raya dan segala persiapan raya...Ramadhan hanya setahun sekali dan ganjarannya melebihi persiapan raya itu sendiri. Sue doakan mereka yang diberi rezeki oleh Allah untuk membaca entry ini...dihapuskan segala dosanya, dimurahkan rezekinya, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan diangkat darjatnya. Aaamin.....


Love,
Suhaili Isa

Friday, June 9, 2017

Salam 15 Ramadhan: Bacalah Alquran

Pejam celik pejam celik...singkatnya waktu. Dah masuk pertengahan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini agak mencabar buat Sue. Ramadhan kali ini Sue menjaga ibu yang tidak berapa sihat dan menguruskan 2 rumah sekali. Semoga Allah ringankan ujian dan permudahkan segala urusan Sue.

Buat sahabat2 yang juga diuji dengan musibah, penyakit, kekurangan...yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada ganjaran yang Allah berikan. Tenangkan hati dan fikiran kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran. Antara tips Sue menghilangkan keletihan disebabkan jadual waktu Ramadhan yang amat ketat ialah dengan Al-quran. 10 minit membaca atau mendengar ayat2 suci Alquran sangat2 menenangkan. Semoga sahabat2 juga dapat manfaat yang sama.

Jangan lupa perbanyakkan sedekah, berdoa, membantu sesama muslim dan melakukan ibadah dengan khusyuk. Semoga kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar. 

Salam sayang,
Suhaili Isa

Friday, June 2, 2017

5 Sebab Puasa tapi Berat Naik

Salam 7 Ramadhan buat muslimin dan muslimat. Sekejap je dah 1 minggu kita berpuasa. Semoga anda semua dapat menjalani bulan Ramadhan dengan jayanya. 
Berpuasa ni banyak memberikan kebaikan untuk kesihatan badan kita. Antaranya ialah:

  1. Menurunkan paras gula dalam darah
  2. Menurunkan berat badan supaya risiko kesihatan dikurangkan
  3. Memberi peluang kepada perut dan usus berehat dan melakukan detoks
  4. Menggunakan lebihan lemak dan glikogen yang tersimpan dalam hati sebagai tenaga seharian dan sekaligus menurunkan berat badan dengan selamat.
  5. Menyegarkan badan
  6. Mengelakkan sel kanser daripada membiak
  7. Memperbaiki sel-sel badan yang mati
Kebiasaannya...pada 7 Ramadhan, berat kita sudah mulai turun dan badan kita akan rasa lebih ringan dan bertenaga. Apa? berat anda tak turun dan badan rasa lemah?
Jom kita tengok apa penyebabnya.

1) TIDAK BERSAHUR

Ada yang tak larat bangun sahur. Ada yang tak biasa makan awal pagi. Ada yang bersahur pukul 12 tengahmalam dan terus sambung tidur sehingga pagi. Ada sebab kenapa Rasullullah galakkan kita bersahur dan melewatkan bersahur. Setiap makanan kita akan bertukar menjadi tenaga sekiranya kita bersahur dan melewatkan bersahur. 

Bagi kes bersahur tengahmalam pula tanpa disusuli dengan solat malam serta terus tidur, makanan kita akan diuraikan dan menjadi simpanan lemak dan mengakibatkan kegemukan. Sebabtu tak boleh tido selepas makan. Haaa..... jangan buat lagi tau. Kalau nak bersahur tengah malam...sambung terus dengan solat malam dulu.

2) TIDAK AKTIF DI SIANG HARI

Berpuasa bukanlah tiket untuk kita hanya duduk, baring dan tidur. Cergaskan diri dengan menggunakan tangga dan berjalan kaki ke pejabat. Buat senaman stretching, plank atau yoga. Jangan risau anda tidak akan keletihan kerana tubuh menggunakan lebihan lemak dan air tersimpan dalam badan untuk memberikan tenaga di siang hari. Jangan sayang lemak perut anda. Hahahahahaha....

3) MAKAN TERLALU BANYAK SEWAKTU BERBUKA

Logiknya kenapa anda tidak digalakkan berbuka dengan makan terlalu banyak ialah....
  • Perut anda akan terkejut kerana menerima makanan yang banyak untuk dihadamkan. Kemungkinan proses penghadaman akan terganggu dan mengambil masa yang lama.
  • Setelah seharian menggunakan lemak simpanan sebagai tenaga,anda berbuka dengan makanan tinggi kalori serta lemak menyebabkan kandungan lemak dalam badan bertambah kembali.

4) MINUM AIR AIS

Oooo....ini antara pantang larang kalau nak badan sentiasa cergas sepanjang bulan puasa. Ais akan mengecutkan buah pinggang yang sememangnya mengecut sewaktu bulan puasa. Ais juga menyebabkan urat saraf kita akan lemah dan berangin dan kemudiannya melemahkan kita untuk solat tarawikh.

5) MAKAN MAKANAN MANIS DALAM KUANTITI BANYAK

Biasakan dengar banyak makan benda manis boleh dapat sakit kencing manis dan cepat gemuk. Kurangkan pengambilan makanan manis dan lebihkan pengambilan buah-buahan. 


Tujuan kita berpuasa ialah supaya kita dapat beribadat dengan lebih tenang,sihat dan rajin dan bukannya fokus pada apa nak makan setiap hari. Sekiranya berat naik disebabkan kita menuruti nafsu untuk berbuka... bagaimana kita nak beribadat tanpa rasa malas? Semakin ringan dan bersih badan kita ni....semakin cergas kita untuk menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadhan.


Selamat berpuasa,

Love,
Suhaili Isa