Monday, April 3, 2017

Anda ada IMPIAN??

Anda ada impian? Do you have a dream? Nǐ yǒu mèngxiǎng ma ? niṅṅaḷ oru svapnaṁ uṇṭēā ? kya aapaka koee sapana hai? 


Excited tak kalau Sue kata dengan menjadi salah seorang usahawan Premium Beautiful Expert, anda boleh realisasikan impian anda?




Bila bercakap tentang impian ni....tak ramai yang berani suarakan impian mereka. Ada yang kata...takut impian tak tercapai. Jadi persoalannya...salahkah ada impian? 
Betul bila kita dah tanam impian, kita cuba usaha merealisasikan impian kita tu. Berkat doa, usaha, istiqamah dan tawakkal...pasti impian kita akan tercapai.

Jadi....apa impian anda?
Adakah anda ada kereta impian?


Anda ada impian untuk buat simpanan RM 100,000, RM 500,000 atau simpanan berjumlah RM 1 juta?

Anda ada impian untuk hidup bebas hutang? Anda nak kebebasan kewangan dan boleh melancong ke mana sahaja?

Anda ada rumah impian yang anda idamkan?


Tak kesahlah apa pun impian anda...anda BOLEH CAPAI IMPIAN YANG ANDA ADA. Kuatkan semangat, usaha sebaik mungkin dan berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan anda dalam mengejar impian. Tidak salah berimpian asalkan dalam proses anda merealisasikan impian anda...jangan sesekali tinggal solat dan melakukan sesuatu yang menyalahi syariat.

Bagaimana pula dengan Sue? Sue ada impian tak?

Of course Sue pun ada impian. Pada entry kali ni Sue nak minta kawan-kawan doakan supaya segala impian Sue akan tercapai sebelum Sue capai umur 45tahun. Apa impian Sue tu?




Bantu doakan sama-sama supaya tercapai segala impian Sue hasil daripada perniagaan yang Sue lakukan sebagai seorang Premium Beautiful Expert.

"Berani berimpian"

Love,
Suhaili Isa

Saturday, April 1, 2017

Pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Ingat lagi tak Pertandingan Akhir Masakan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang diadakan di MAHA , Serdang? Bagi yang tak berkesempatan melihat Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016, Final battle Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 KLIK LINK untuk baca kemeriahan acara 2016 sebelum ini.

Pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Sebelum Sue cerita lebih lanjut tentang Majlis Pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 ini, Sue cerita sikit info tentang acara RKK. (Raja Kuah Knorr) 
Cabaran Raja Kuah Knorr ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mencipta resepi baru berasaskan kuah menggunakan produk Knorr.

Resepi masakan berkuah mestilah di dalam kategori masak lemak,masak kicap atau masakan gulai. Jom tengok antara resepi yang diolah oleh 4 finalis RKK 2016.


Kari Poley resepi Juara Budiman Bistari Muhamad


Sedapnya!!! Menarik dan kreatifkan? Majlis pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 telah berlangsung di Hotel Pullman Bangsar Kuala Lumpur pada 27 Mac 2017 yang lepas. 



Majlis berlangsung pada 3.00pm dan para hadirin dihidangkan dengan "signature dish" 4 finalis Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 dan makanan ringan. Kemudian juara Cabaran RKK 2016 Budiman Bistari menunjukkan cara memasak Resepi Kari Poley popular beliau.

Top Management Unilever Food Solutions mencuba masakan Raja Kuah Knorr 2016, Budiman Bistari

Demonstrasi masakan oleh Raja Kuah Knorr 2016 Encik Budiman Bistari

Tepat jam 4.00 petang, Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif UFS, Harry Brouwer, persembahan video daripada UFS Corporate dan ucapan pembukaan daripada Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen.

Sebahagian hadirin yang memeriahkan majlis

Antara tujuan UFS mengadakan pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr ialah ingin mengetengahkan produk Knorr yang membantu industri pemakanan meningkatkan kesihatan pelanggan, keselamatan dan kebersihan makanan, mengurangkan pembaziran sewaktu penyediaan makanan dan mengurangkan kos penyediaaan makanan melalui produk hebat yang dihasilkan oleh UFS dan 300 chef profesional untuk 50 jenis sajian dan 200 juta hidangan setiap hari.


Sesi pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Sesi pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 oleh tetamu VVIP daripada Unilever Food Solution. Pada tahun ini seramai 20 orang peserta bakal menyertai peringkat akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai peserta?
1. Anda perlu berumur 18tahun ke atas.
2. Anda ada resepi hebat yang ingin ditonjolkan dalam kategori masakan kari, masak kicap, kunyit dan rempah lain menggunakan Stok Ayam Knorr.
3. Hantarkan resepi ciptaan anda di laman web UFS
Sebelum majlis pelancaran berakhir, 4 finalis Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 berkongsi pengalaman pahit dan manis sewaktu pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016. Kagum dengan semangat dan kegigihan mereka dalam mencipta resepi baru yang menggunakan produk hebat Knorr dalam masakan mereka.

4 Finalis Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 berkongsi pengalaman

Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bertambah menarik dengan:

  • Hadiah utama berupa pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM 25,000 serta wang tunai sebanyak RM 15,000 dan hamper.
  • Naib johan menerima tunai RM 10,000 beserta hamper.
  • Pemenang ketiga mendapat tunai RM 6,000 dan hamper.
  • Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM 500 beserta hamper.

Jadi....cepat bagi mereka yang ingin menyertai Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, hasilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr dan hantarkan resepi anda ke UFS Malaysia. Sila layari laman web UFS Malaysia untuk info lanjut. www.unileverfoodsolutions.com.my


Salam sayang,
Suhaili Isa