Monday, March 6, 2017

Bandung Day 2: Shopping trip

26th Feb 2017 (Ahad) : Shopping Trip

Perancangan awalnya hari ini kami nak pusing Lembang. Tapi Supir kami suggest kami ke Lembang pada hari Isnin supaya tak macet. Hari Ahad ramai orang ke Lembang, jadi perjalanan yang sepatutnya 30minit boleh memakan masa lebih 1 jam dan kita tak dapat menikmati pemandangan di Lembang dengan selesa. *Tips lagi ( Jangan ke Lembang waktu weekend ya sebab jalan jem dan ramai orang)

So, harini kami tukar plan shopping di Pasar Baru, Cibaduyut, Cihampelas, Toko Tiga dan Jalan Riau. Sebelum shopping wajiblah breakfast dulu di hotel. Huiisshhhh memang enak bangat juadahnya. 




Selesai breakfast kami bersiap untuk ke Pasar Baru. Pasar Baru buka pada pukul 9.00 pagi. Jadi bila sampai awal kuranglah orang yang bershopping. Mudahnya bila ambil supir bersama syarikat Hayaku ni, ada seorang tour guide yang dah diaturkan untuk kita sepanjang kita berada di Pasar Baru. Tour guide ini juga bantu angkat semua shopping bags. Aahhhhh mudahnya bila shopping ada orang tolong angkat barang. Hikkhikkss...

Kedai pertama yang kami pergi ialah kedai buat Suit & Blazer. Tu...bos besar tengah ambil ukuran buat blazer. Harga untuk buat fitted blazer sahaja ialah IDR 700,000 (RM 250) Kalau lengkap blazer dan seluar pula harganya dalam lingkungan IDR 1.2 juta ( RM 350). Tailor akan siapkan suit dan dress dalam masa 24jam. 


Lepas tempah suit kami ke bahagian cenderamata di tingkat GF Pasar Baru beli baju t-shirt dan keychain. Dapatlah 7 helai baju tshirt Bandung dengan harga IDR 100,000 (RM 30) murah betulkan? Lepas beli beberapa helai baju batik untuk mak mertua di kampung, anak2 dah tak boleh duduk diam. So....kami pun keluar dari Pasar Baru dan terus ke Cibaduyut tempat barang kulit.



Right.....husband beli sepasang sandal berharga IDR 60,000 dan loafer berharga IDR 140,000. Sue belikan sepasang sandal kulit untuk ayah berharga IDR 160,000 dan untuk anak2 kasut raya hello kitty pink gitew berharga IDR 50,000 setiap sorang. Disebabkan Sue dah borong kasut di Melaka Premium Outlet bulan lepas, jadi kene tahan nafsu beli kasutlah nampaknya. Hahaha....

Tangan dah penuh, perut dah lapar....jom kita lunch di Bakso Malang Langgeng. Tekak nak makan Bakso, ayam penyet dan minum Jus Alpukat.








Makan di kedai BML ni sangat murah. Kami order 3 nasi ayam penyet, 1 bakso special, 1 jus alpukat, 1 teh botol dan 2 jus jeruk total harga IDR 156,000. Nasi ayam penyet di Bandung ni berbeza sikit daripada di Malaysia. Ayam penyet di BML ni sangat lembut dan juicy. Kebanyakan di Malaysia ayam penyetnya keraskan?

Selesai makan, Bandung pun hujan dengan selebatnya. Jadi agak leceh nak berjalan dalam hujan ni. Kami postpone esoknya untuk ke Toko Tiga dan Jalan Riau. Terus minta supir hantar kami pulang ke hotel. Hotel kami berada di Cihampelas. Cihampelas merupakan syurga jeans...balik hotel boleh sambung shopping lagi. Hehehehe.... ok jangan lupa singgah makan di Bakso Malang Lenggang.



Travel tips :
1. Sekiranya anda ke Bandung pada hujung minggu, pastikan anda tidak ke Tangkuban Parahu pada hujung minggu sebab perjalanan mengambil masa lama disebabkan jalan jem.
2. Keluar awal pagi untuk shopping ke Pasar Baru kerana kurang orang shopping.
3. Jangan lupa singgah makan Bakso atau Makanan Sunda di Food Court Pasar Baru. Ikan Gurame goreng tu sedap.
4. Peruntukan 1 hari shopping untuk ke Toko Tiga, Cibaduyut, Cihampelas dan Factory Outlet Jalan Riau.



Ok, see you in the next entry Day 3 in Bandung.

Love,
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment