Monday, July 4, 2016

Kisah Duit Raya

Alhamdulillah seronok dah sampai kampung suami di Perlis. Kali ni raya pertama di kampung halaman suami. Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, Sue doakan semoga selamat sampai.



Bila tiba Syawal...orang memang akan peruntukan sejumlah belanja untuk persiapan duit raya. Betul tak? Seingat Sue...daripada Sue kecil sampailah umur dah 30an dan anak dah 2 orang ni, budaya duit raya ni memang dah ada.

Tak salah pun kalau nak memberi dengan seikhlas hati. Tapi ada segelintir yang memang tak mampu nak memberi duit raya pada anak-anak tetamu yang datang.
Tapi zaman dulu....bila Sue dapat duit raya, pakcik makcik akan kata, "Maaflah walaupun tak banyak, tapi duit raya ni untuk gembirakan hati anak2 kecil"

Kemudian Sue akan bersalam dgn si pemberi dan terus bagi pada mak. Abah awal2 dah siap pesan dalam kete sebelum turun beraya " Nanti bila dapat duit raya, jangan buka depan tuan rumah. Terus bagi pada mak. Kalau abah nampak ada yang bukak sampul...balik nanti kene rotan" Gitu....ayah & mak ajar Sue.

Zaman sekarang ni...bila ibubapa lupa ajar adab sopan pada anak2 kecil...itulah yang menyebabkan kejadian terasa hati bila anak2 bukak sampul duit raya depan tuan rumah sambil kata " bagi RM 2 je??? Nak beli apa?"

Sometimes....bukan anak2 je....mak ayah pun memang dah tertunggu2 duit raya anak2 ni jugak supaya mereka dapat gunakan untuk perbelanjaan selepas raya. Disebabkan duit raya sikit, ada yang terasa hati. Disebabkan taknak mendapat malu sebab tak mampu bagi duit raya....ada yang sanggup buat loan dengan bank atau pinjam duit orang lain supaya nak beraya dengan bergaya.

Bagi Sue...tak salah nak beri duit raya ikutlah seikhlas hati anda. RM 1 pun boleh, RM 0.50 pun boleh, bahkan kalau you all nak bagi anak2 Sue RM 0.05 sen pun Sue terima dengan hati gembira. Kalau tak bagi pun tak mengapa..sebab kami paham keadaan anda.

Sue doakan dengan pemberian anda yang walau berapa pun jumlahnya, semoga Allah datangkan rezeki 100 kali ganda kerana anda memberi dengan ikhlas.

Jadi...kawan2 semua jaga anak2 kita masing2 ye. Ajarkan adab bila pergi berkunjung rumah saudara mara dan rakan taulan pada Syawal ni. Tegur anak sekiranya mereka lupa jaga adab. Kalau tuan rumah tak bagi duit raya, janganlah si mak dan bapak pulak dengan muka tak malu pegi mintak duit raya.... semoga Syawal kali ni beri lebih makna buat kita semua & pastinya bukan disebabkan kejar DUIT RAYA.


Salam Ramadhan & Syawal
Suhaili Isa