Posts

Showing posts from June 5, 2016

10 Tips cergas di Bulan Ramadhan

Esok kita akan mula berpuasa. Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan Bulan Ramadhan yang dihadiahkan oleh Allah bagi umat Nabi Muhammad SAW.

Biasa bila berpuasa, kita kekurangan tenaga waktu siang hari. Tambah lagi mereka yang melakukan kerja berat dan ibu2 yang menyusukan anak. Jom Sue share 10 tips kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.

No. 1 : Lewatkan bersahur
Lewatkan masa bersahur kita dan ambil makanan yang memberikan tenaga sepanjang waktu siang.

No.2 : Bersahur dengan oat, kurma, buah-buahan
Ambil makanan bijirin seperti Oat kerana perut menghadam oat dengan masa lebih panjang dan lama. Kurma pula merupakan pemberi tenaga serta zat. Buah-buahan seperti tembikai mampu menyegarkan semua sel badan kita.

No.3 : Ambil 2 gelas air sahaja sewaktu bersahur.
Elakkan minum dengan banyak kerana lebihan air yang kita minum akan terus dikeluarkan melalui air kencing. Elak juga mengambil minuman bersusu kerana protein susu susah dihadam oleh perut. Ada orang yang akan menghadapi perut sebu di…