Posts

Showing posts from May 17, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Image
Sebenarnya, Sue yang terlebih excited bila sampai Sambutan Hari Guru pada Isnin lepas 16 Mei 2016. Selamat Hari Guru 2016 buat semua yang bergelar pendidik. Tanpa guru yang menyuluh kehidupan Sue dengan ilmu, siapalah Sue di masa kini.


Sue ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua cikgu yang telah mengajar Sue daripada kecil. Cikgu tadika, semua cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selayang (1) dari Darjah 1 - 6. Terima kasih cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman Petaling Jaya, semua cikgu Asrama Toh Puan Norashikin, semua lecturers dan tutors Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Disebabkan pengorbanan mereka, Sue genggam segulung ijazah dan bergelar seorang Jurutera. Walaupun kini dah tinggalkan pekerjaan sebagai seorang Engineer, jasa cikgu yang paksa Sue belajar sehingga faham dan mahir, amatlah berharga.


Arfa kata nak bagi hadiah sempena hari guru...lama Sue fikir hadiah apa yang sesuai untuk beri penghargaan kepada cikgu Arfa. Masa berfikir tu, Sue teringat …