Posts

Showing posts from May 16, 2016

Koleksi Baju Raya Leeyana Rahman di Bangi

Image
Selasa yang lepas, Sue sempat berkunjung ke Bangi Sentral. Pertama kali ke Bangi Sentral, kagum tengok deretan butik-butik yang dimiliki oleh usahawan bumiputera dan usahawan muda. Dulu Bangi ni memang bisnes dimonopoli oleh Chinese..tapi sekarang nampak perkembangan bisnes bumiputera meningkat naik.

Opppss...lupa pula, sebenarnya Sue ke Bangi Sentral untuk berjumpa dengan business partner Yana Mokhtar untuk sesi personal coaching turunkan ilmu bisnes pada Yana. Kami berjumpa di Zawara Coffee untuk discussion. Lepas 2 jam dalam discussion, terus rasa nak pegi fitting baju raya. Kami memilih untuk ke butik baru LeeyanaRahman.



Masuk je ke dalam butik, banyak koleksi baju kurung, jubah, dress, tudung bermacam-macam warna. Jom tengok antara koleksi baju yang Sue try.



Ok size dress ni...Sue pakai size S. Harga diskaun sekarang RM 50 je dan ada 3 warna yang boleh dipilih.



Baju kurung moden ni pula Sue test size S dan sepasang berharga RM 269. Ada banyak warna yang cantik untuk kita pilih. Haaa.…