Monday, April 11, 2016

Kisah keropok dan peniaga jalanan


Assalamualaikum semua.....

Entry kali ini...Sue taknak sentuh tentang bisnes tapi lebih kepada pengajaran & tarbiyah Allah yang Sue belajar 2 minggu lepas. Hari Ahad seperti biasa Sue & husband bangun awal pagi dan plan untuk breakfast di Bandar baru Sungai Buloh.

Kami pilih untuk bersarapan di restoren Tempayan di Sungai Buloh. Sedap kedai ni dan sediakan banyak lauk pauk dan makanan panas. Sedang kami menikmati sarapan, datang seorang penjual keropok jalanan sambil membawa beg penuh berisi keropok dan duduk di meja berdepan kami.

Bila tengok muka pakcik tu...nampak sangat beliau dalam keadsan sedih, lapar dan bermasalah. Pakcik tu duduk di meja dan memesan sekeping roti canai dan air teh o. Sue perhatikan lagi cara beliau makan dalam keadaan sangat perlahan...macam taknak habiskan makan secepat mungkin. Kemudian Sue ternampak duit yang pakcik ni ada dalam poket hanyalah 3 keping RM 1. Dia berkira-kira macam mana nak bayar makanan tersebut.

Tengok keadaan beliau, Sue minta husband untuk bantu bayarkan makanan pakcik tu..apa yang memeranjatkan kami ialah kisah selepas beliau dapat tahu makanan & minuman tadi dah dibayarkan oleh orang lain...Pakcik tu datang ke meja kami dan ucap terima kasih. Kemudian dia ke tempat basuh tangan.

Lama beliau berdiri di depan sinki basuh tangan. Sekembalinya pakcik ke meja untuk ambil beg berisi keropok jualan....Sue ternampak beliau lap muka dan mata pakcik ni merah dengan air mata. Ya Allah sedihnya waktu tu...berkali2 pakcik ni ucap terima kasih. Sue tak pernah lagi berada di dalam situasi di mana bila kita bayarkan makanan orang lain, orang tu menangis sambil ucap terima kasih.

Rezeki Allah bagi walaupun sikit...kami cuba untuk kongsi bersama. Jadi Sue bantu beli 1 pek keropok ikan parang berharga RM 10. Maybe mahal bagi you all, tapi bagi Sue...RM 10 tu mungkin cukup untuk pakcik ni tanggung keluarga di rumah...

Suami kata " Bila kita rasa diri kita susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita". Buat anak2 mommy....kalau mommy dah takde di dunia ni...diharapkan entry blog ni dapat bantu anak2 mommy jadi insan yang berhati pemurah.

Walaupun Allah uji dengan rezeki yang sikit...jangan pentingkan diri, kongsi sedikit rezeki dengan orang2 yang betul2 dalam kesusahan. Apa yang kita belanjakan dengan ikhlas dan kerana Allah SWT, pasti Allah gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dan berkat.


Salam sayang,
Suhaili Isa
(Suhaili1984@gmail.com)